Home / Berita Utama / Berita Nasional / MB Kedah Hentam Kerajaan Selangor Sebab Tak Tunai Janji

MB Kedah Hentam Kerajaan Selangor Sebab Tak Tunai Janji

Inilah yang dikatakan manifesto bukan janji,sebenarnya Ostad Zizan silap,apa yang dilakukan oleh Khalid Gagap telah menepati KPI yang ditetapkan oleh dasar pakatan bahawa dibolehkan berjanji bulan dan bintang.

Janji yang dicapati ini sudah pasti akan digunakan sebagai senjata paling ampuh buat pakatan semasa PRU13 nanti.

BN kena berhati hati dengan kempen haprak pakatan kerana janji bulan dan bintang sudah terbukti cukup berkesan hinggakan haprak pakatan boleh menumbangkan BN di Selangor.

20130402-171250.jpg

Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengatakan antara kesilapan Pakatan Rakyat (PR) Selangor adalah kerana terlalu banyak berjanji semasa kempen Pilihan Raya 2008 sehingga tidak mampu ditunaikan.

Selangor seperti juga Kedah buat pertama kali dimenangi oleh gabungan longgar PAS, PKR dan DAP daripada Barisan Nasional (BN) yang memerintah kedua-dua negeri tersebut semenjak pilihan raya pertama berlangsung di negara ini.

“Selangor tu sebab mereka dulu tiada pengalaman. Bukan … mereka janji banyak sangat. Lepas tu tak larat nak bayar,” kata menteri besar Kedah itu dalam satu wawancara eksklusif bersama The Malaysian Insider minggu lalu.

“Geng-geng tu protes setiap hari, sampai rumah pun suruh kerajaan bayar. Gila puak ni,” tambah Azizan merujuk kepada protes yang sering berlaku terhadap kerajaan negeri Selangor pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Terbaru pada 28 Mac lalu seramai 1,010 suri rumah memfailkan saman terhadap kerajaan Selangor menuntut tunggakan sejumlah RM5.858 juta kerana gagal memberikan bantuan elaun kepada suri rumah yang menjaga anak mereka di rumah seperti yang dijanjikannya dalam manifesto pilihan raya umum 2008.

Saman difailkan Tetuan Kamarudin & Partners di Mahkamah Tinggi di sini hari ini bagi pihak suri rumah di Selangor yang diketuai seorang suri rumah, Norela Abu Bakar, 41.

Mereka menamakan kerajaan negeri Selangor yang terdiri daripada PKR, PAS dan DAP sebagai defendan pertama dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku ketua eksekutif kerajaan negeri sebagai defendan kedua.

Dalam saman itu, mereka mendakwa defendan pertama berjanji kepada rakyat Selangor termasuk plaintif-plaintif untuk memberi elaun kepada suri rumah sekiranya defendan pertama memenangi pilihan raya umum 2008.

Menurut Azizan yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Kedah, rakyat pada masa kini bukannya mahu bergantung kepada kerajaan akan tetapi mahukan sebuah kerajaan yang dapat menjamin kehidupan lebih baik untuk mereka.

“Yang penting dalam konteks masa kini, rakyat bukan nak bergantung kepada duit kerajaan. Dia mahu kerajaan yang baik, kerajaan yang beri jaminan, keselamatan dan kesejahteraan kepada mereka.

“Sebab itu kita panggil ‘Kedah Sejahtera’. Dia berniaga, dia bertani, dia ada duit dia. Tapi kita jangan rasuah, jangan menyeleweng, jangan ada kroni, jangan semua you bolot untuk kamu semua,” tambah beliau merujuk kepada tema yang digunakan oleh negeri tersebut.

Ketika ditanya apakah janji yang akan diberikan kepada pengundi negeri sekiranya PR berjaya memerintah semula Kedah selepas Pilihan Raya 2013, Azizan berkata: “Tiada janji, kita tambah penambahbaikan sajalah.”

Pilihan raya umum (PRU) ke 13 dijangka akan diadakan tidak lama lagi, bila-bila masa dari sekarang, dengan DUN Negeri Sembilan sudah terbubar secara automatik Rabu lepas.

Dalam Pilihan Raya 2008, gabungan PKR, PAS dan DAP berjaya menafikan majoriti tradisi dua pertiga BN di parlimen dan menang di negeri Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

Perak walaubagaimanapun, kembali semula ke tangan BN selepas tiga ADUN PR berpaling tadah.

Pisau kata ” Ostad Zizan pun janji capati jugak..macam mana pulak tu?”

About pisau

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current day month ye@r *


This seal is issued to pisau.net by StopTheHacker Inc.
Scroll To Top