Home / Berita Utama / Laporan Audit Dedah Perumahan Di Pulau Pinang Ramai Yang Hanya Mampu Tengok.

Laporan Audit Dedah Perumahan Di Pulau Pinang Ramai Yang Hanya Mampu Tengok.

*LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA SIRI 1- PULAU PINANG : PERUMAHAN PPR*
1. Laporan Ketua Audit Negara Siri 1 menyatakan terdapat 4 kes permohonan untuk mendiami Rumah PPR oleh pemohon-pemohon yang berpendapatan melebihi RM8,500 telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Pendedahan ini amat mengejutkan kerana ia berlaku di bawah Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang mengamalkan Kompetensi, Akauntabiliti dan Transparensi.
Amat mendukacitakan masih berlaku ‘kebocoran’ dalam sistem saringan kelayakan yang diperkenalkan dan digunapakai oleh Kerajaan DAP Negeri Pulau Pinang
.

2. Laporan LKAN itu juga menyatakan 490 pemohon PPKR dan 666 pemohon Projek Perumahan Rakyat (PPR) belum mendapat rumah walaupun mendaftar permohonan melebihi 15 tahun.

Kelemahan proses migrasi data pemohon dari sistem lama kepada baharu dikenalpasti sebagai punca masalah. Ini adalah satu ketidak-cekapan dalam urus tadbir Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Amat mengejutkan perkara sebegini masih boleh berlaku walaupun Selection Process Enhancement Committee atau SPEC telah ditubuhkan oleh Exco Perumahan pada Ogos 2013 untuk menyaring dan memudahcara permohonan rumah Kos Rendah, Kos Sederhana Rendah dan Mampu Milik.

3. LKAN juga menyatakan terdapat sebanyak 436 buah PPR masih kosong walaupun terdapat sebanyak 3,747 permohonan dalam senarai menunggu bagi enam PPR di Pulau Pinang.

Adalah tidak masuk akal sebegitu banyak rumah PPR dibiarkan kosong sedangkan begitu ramai masih menunggu kelulusan daripada Kerajaan Negeri. Malang sekali, oleh kerana kegagalan Kerajaan Negeri menyewakan rumah-rumah PPR tersebut, rakyat Pulau Pinang yang berpendapatan rendah dan memerlukan rumah tidak mendapat rumah untuk dihuni manakala Kerajaan Negeri pula kehilangan pendapatan.

Apa logiknya Kerajaan Negeri Pulau Pinang mendesak Kerajaan Persekutuan untuk membina lebih banyak PPR di Pulau Pinang sedangkan bilangan yang sekarang pun gagal diurustadbir dengan baik oleh Kerajaan Negeri.

4. Menurut LKAN 2017, sehingga Ogos 2016 Akaun Amanah Pelbagai Bagi Pembiayaan Projek Perumahan Awam Kos Rendah mempunyai baki berjumlah RM121.99 juta dan terimaan sejak 2013 tidak dibelanjakan.

Wang Rakyat itu bukannya untuk dimegah-megahkan begitu banyak terkumpul dalam tabung hanya kerana mahu menunjukkan kepandaian Kerajaan Negeri menyimpan wang.

Kerajaan Negeri yang baik adalah kerajaan yang menguruskan wang rakyat dengan baik untuk menyediakan segala keperluan dan kemudahan untuk rakyat.

Ini jelas menunjukkan ketidak-cekapan perancangan pembangunan dan pengurusan kewangan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Wang Rakyat yang sepatutnya dimanfaatkan untuk perumahan rakyat tidak dibelanjakan untuk keselesaan hidup rakyat. Ia adalah satu kegagalan di pihak Kerajaan DAP Negeri Pulau Pinang.
Terima kasih.

*#SelamatkanPulauPinang*
It's only fair to share...

About pisau

Leave a Reply

Your email address will not be published.


x

Check Also

1MDB Buat Khalid Puas, Rafizi dan Cap Bunga Kantoi Lagi Bohong.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada PAS kerana melibatkan saya dalam penerangan ...


Hit Counter provided by Curio cabinets