Home / Berita Utama / Lantik Wan Ji Bukti DAP Anti Kesultanan Melayu.Video Rakaman Jadi Bukti.

Lantik Wan Ji Bukti DAP Anti Kesultanan Melayu.Video Rakaman Jadi Bukti.

Perlantikan aktivis PKR, Wan Ji Wan Hussin sebagai pegawai penerangan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengesahkan DAP merupakan sebuah parti yang anti Kesultanan Melayu.


“DAP lantik orang yang mahu menghapuskan institusi Diraja di Malaysia. Sekarang kita tahulah apa agenda sebenar DAP,”kata Mummy Foo dalam Twitter.

Pada tahun 2013, tersebar satu rakaman video perancangan Wan Ji untuk menghapuskan kesultanan Melayu bagi membina semula negara menjadi sebuah negara republik.

“Kita dah buat perancangan. Sebenarnya game ana (saya) ini awal lagi, 2011 dah ada. Apa ana punya game? Game ana, tahun yang pertama, ana nak buat game orang kata sultan syaitan. Mulut orang, syaitan, syaitan, syaitan dan terbukti berjaya. Game yang kedua, 2012 dan 2013, macam mana nak letup bagi gegar sikit?

“Mesti ada orang kena tangkap kerana faktor sultan. Maka lahirlah orang nama Aduka Taruna, Ahmad Abd. Jalil dan ada orang namanya, Wan Ji. Game tu dah berjaya, sekarang fikir game 2013. 

Apa nak buat? Itu aku tak boleh cerita. Maknanya, dia ada game step by step untuk mencapai kejayaan sultan zero. Inflasi sultan,” katanya di dalam video tersebut.

It's only fair to share...

About pisau

Leave a Reply

Your email address will not be published.


x

Check Also

Tindakan Shahrir Samad Gagalkan Mimpi Basah Rafizi Amat Dikesali !!

Pisau berasa kesal dengan tindakan Tan Sri Shahrir Samad yang mendedahkan Rafizi ...


Hit Counter provided by Curio cabinets