Home / Berita Utama / Berita Nasional / Kronologi Pencerobohan Di Lahad Datu

Kronologi Pencerobohan Di Lahad Datu

20130301-232539.jpg

KUALA LUMPUR: Berikut adalah kronologi pencerobohan kumpulan bersenjata dari selatan Filipina;

9 Februari – Kumpulan penceroboh memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu.

11 Februari – Sebahagian daripada anggota kumpulan itu dikesan sekumpulan nelayan tempatan pada waktu malam dan nelayan tersebut membuat laporan polis mengenai lebih 100 lelaki berpakaian ala tentera dan bersenjata api berkampung di Kampung Tandou.

12 Februari – Kumpulan itu dikenal pasti berpecah di beberapa lokasi di kampung itu iaitu di kawasan sungai bakau kampung itu, sebuah surau di kampung itu dan rumah Ahmad Malandi atau dikenali Mad bon.

14 Februari – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan Malaysia akan melakukan yang terbaik termasuk melalui perundingan, bagi menangani isu pencerobohan tersebut sebelum mengusir mereka keluar dari kawasan itu.

1 Feb – Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, polis telah mengenal pasti kumpulan warga Filipina yang mendarat di pesisir pantai Lahad Datu, Sabah sebagai pewaris berketurunan ‘Raja Sulu’ dari Selatan Filipina.

Ismail berkata, kumpulan terbabit menuntut mereka dikenali sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan mereka tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu dihantar pulang ke negara asal.

Ismail berkata, rundingan dengan pihak bersenjata masih dijalankan bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik tanpa melibatkan pertumpahan darah.

14 Februari – Laporan memetik salah seorang anggota tentera Filipina yang merupakan pengikut setia Raja Muda Sulu, Raja Muda Azzimudie Kiram sebagai berkata kedatangan kumpulan tersebut selepas mendapat jemputan pihak pembangkang untuk membincangkan isu tanah di Sabah.

16 Februari – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan kumpulan tersebut bukan kumpulan militan atau pengganas sebaliknya penyokong kuat ‘Kesultanan Sulu’ dan menegaskan situasi di Kampung Tanduo adalah terkawal.

Kumpulan itu yang mahu dikenali sebagai ‘Askar Diraja Kesultanan Sulu’antara lain menuntut Sabah dikembalikan ke wilayah kesultanan Sulu, kerana sebelum ia diambil British ia di bawah kerajaan Sulu.

18 Februari – Hishammuddin berkata, kerajaan Malaysia dan Filipina sentiasabekerja rapat dalam menyelesaikan konflik ini dan memberitahu ia akan dilakukan secara diplomasi tanpa sebarang pertumpahan darah.

24 Februari – Kerajaan Filipina menghantar sebuah kapal dalam misi kemanusiaan untuk membawa pulang kumpulan 180 anggota termasuk 30 pengawal bersenjata yang bertahan di Lahad Datu, Sabah sejak 12 Februari lalu.

26 Februari – Tempoh pengusiran mereka tamat namun rundingan masih dijalankan terhadap kumpulan penceroboh itu.

28 Februari – Kerajaan Malaysia digesa mengadakan rundingan secara terus dengan Sultan Jamalul Kiram III di Manila untuk menamatkan konflik perebutan kawasan di Lahad Datu, Sabah yang berlanjutan selama lebih tiga minggu.

Gesaan tersebut disuarakan adik bongsu Jamalul, Agbimuddin Kiram yang menegaskan hanya abangnya boleh mengarahkan kira-kira 180 ‘tentera diraja’ meninggalkan Felda Sahabat 17, Lahad Datu.

1 Mac – Pertempuran tercetus antara pasukan keselamatan dan sekumpulan kecil kumpulan penceroboh ketika kumpulan terbabit cuba keluar daripada kepungan polis di Kampung Tanduo, menyebabkan dua anggota pasukan keselamatan terkorban serta tiga lagi cedera.

Dua belas penceroboh bersenjata terbunuh. – BERNAMA

About pisau

13 comments

  1. Tian chua kata ini konspirasi umno….pukitan rakyat ni takda kerja lain berpolitik sepanjang masa

  2. Kita buang Tian Chua di Kg Tanduo, dia tidak sedar selama ini
    dia bernafas dan bercakap sesuka hati kerana anggota keselamatan kita yg menjaga negara ini. Saya sangat terkilan dengan kenyataan Tian Chua. Orang seperti ini otak dah tak betul…

  3. Dia tu tiada hati perut klu keluarganya yg mati di tembak di tandou mungkin lain kenyatannya. Memang kalau bukan tanah tumpahnya darahku tidak faham. Mjngkin menyanyikan lagu dan baca ikrar Tian Chua tidak tahu. Itulah dia tidak faham erti pengorbanan. , kesetiaan kepada raja dan negara

  4. Tian Chua mmg kuarang ajar, Dia dgn juak2 PKR /DAP/PAS hidup senang lenang , aman damai-

    Anggota keselamatan mempertaruhkan NYAWA/ KELUARGA demi keamanan NEGARA!

    Anggota2 yang terkorban ini mati meraka adalah mati Syahid

  5. keamanan sabah adalah di tahap yg tinggi di bawah pemerintahan malaysia.kenapa harus rakyat yang menjadi mangsa oleh pihak yang tidak bertanggungjawab atas kematian dua orang parajurit kita.harap kita buka minda sama-sama jika kita tidak ada kerjasama antara kita.jgn campurkan politik untuk menjadikan rakyat menjadi mangsa.celaka punya tian chua…moga di dilaknat tuhan…

  6. aku. ingatkan tian chua lebih baik kau duduk dalam hutan dgn BABI tu lagi bagus.jangan tuduh sebarangan.kalau aku jumpa kaumemang aku terajang bodoh lembu

  7. tian Chua ni jenis manusia yang suka mengambil kesempatan dalam kesempitan orang lain.

  8. Org cam celaka tian Chua nie bg aku baik dikerat2 kasi makan buaya….. yg meninggal syahid tu sedara aku……..memang aku pantang bila ade celaka anjing yg Cuba bercakap bodoh mcm tahi nie kata kes tu konspirasi…..woooiiiii…..kalu ade batang p#$#r mai la turun d medan lahad datu nie…..stakat bg komen sambil jilat j#$%r buat ape…..

  9. tian chua cakap tanpa berpikir,ingat lidah lebiih tajam daripada pisau….

  10. tian chua cakap tanpa berpikir,ingat lidah lebiih tajam daripada pisau….

  11. bagi mereka2 yang berlidah PR dan bertelinga PR akal pun PR anda tidak mempunyai hospital yang dapat mengubati anda,jadi berhati2lah agar jangan dijangkiti penyakit PR ini…

  12. najib nak ke sabah ari ni nak tengok sendiri wayang yang tian chua a/l anuar menjadi pengarahnya…

  13. SAYA SOKONG TENTERA MALAYSIAGTHRT

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current ye@r *


This seal is issued to pisau.net by StopTheHacker Inc.
Scroll To Top