Skandal kertas kerja bernilai lebih 300juta yang membabitkan regim DAP Pulau Pinang dan kroni mencatatkan sejarah paling hebat didunia.

Pencapaian hebat ini semua orang tahu hasil kepakaran DAP Pulau Pinang dan kroni yang tidak mampu ditandingi oleh PKR atau mana mana haprak pakatan sekali pun.

 Namun atas nama rakyat yang dilaungkan oleh para pemimpin parti parti puaka ini kita harus sokong kerana ini semua hasil inisiatif undi dan kuasa rakyat Pulau Pinang.

Justeru SPRM harus perhalusi segala tindakan terhadap skandal ini kerana rakyat Pulau Pinang terutamanya penyokong kuat DAP menghalalkan kertas kerja bernilai lebih 300 juta ini. 
Pisau yakin penyokong regim DAP Pulau Pinang merestui rompakan lebih 300 juta ini memandangkan sokongan terhadap DAP makin kuat dan meningkat.

Putrajaya 10 Jan : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah telah mengeluarkan perintah reman selama enam (6) hari terhadap seorang pengarah eksekutif kanan Konsortium Zenith Construction Sdn Bhd untuk membantu siasatan ke atas projek Terowong Dasar Laut yang dicadangkan menelan belanja RM6.3 bilion.

Majistret Fatima Amyra Abdul Jalil menetapkan reman terhadap individu yang berusia 59 tahun itu yang akan ditahan oleh SPRM sehingga 16 Januari. Suspek tiba di Istana Keadilan pada pukul 9.45 pagi, hari ini.

Difahamkan beliau telah ditahan di ibu pejabat SPRM pada pukul 8.45 malam pada hari selasa (semalam).

Pejabat syarikat dan perunding yang terlibat projek kontroversi ini telah diserbu oleh SPRM membawa kepada penahanan dua (2) pengarah syarikat tersebut. Malahan dijangka seorang lagi pengarah syarikat turut juga ditahan di mahkamah majistret Pulau Pinang sekitar 12.00 tengahhari hari ini.

Jurucakap SPRM berkata serbuan terbaru ini dibuat berdasarkan bukti baru yang dikemukakan kepada mereka mengenai penyelewengan tentang projek tersebut yang diserah oleh Datuk Huan Cheng Guan, Timbalan Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) baru baru ini.
Pisau kata “Wan ji nak jadi calon Seberang jaya ka.. haha..”

It's only fair to share...

pisau

One Comment

Leave a Comment



Hit Counter provided by Curio cabinets
Show Buttons
Hide Buttons