Pening bila difikirkan tindakan Pemuda Pakatan Harapan Malaysia melantik Howard Lee Chuan How, seorang bekas chef yang kini aktif dalam DAP, sebagai Ketua Setiausahanya.
Walaupun Howard Lee Chuan How, berdasarkan pengakuan beliau sendiri, adalah seorang penganut agama Kristian, saya tidak pula mahu memainkan sentimen agama dalam soal ini.
Walaupun isteri Howard Lee Chuan How, bernama Dr Fiona Williamson, adalah seorang warganegara British, saya juga tidak mahu memainkan sentimen kaum dalam soal ini.
Sebelum berpindah ke National University of Singapore, Dr Fiona Williamson pernah bertugas di Pusat Penyelidikan Politik dan Keselamatan, UKM, dari 2012 ke 2016.
Apa yang mahu saya bangkitkan ialah bagaimana Howard Lee Chuan How boleh dilantik ke jawatan amat penting itu tatkala ketaatsetiaannya kepada negara sedang dipertikaikan.
Howard Lee Chuan How sendiri secara terbuka mengakui memohon untuk mendapatkan kewarganegaraan Britain pada tahun 2002, dan mencubanya lagi kemudian, tetapi gagal.
Menulis pada 29 September 2007, Howard Lee Chuan How mendedahkan beliau menetap di Britain sejak 1995 dan memohon menjadi warganegara Britain selepas pada 2002.
Bila mahu berkahwin dengan Dr Fiona Williamson pada 2006, Howard Lee Chuan How baru tahu permohonan menjadi warganegara Britain beliau ditolak dan passport beliau hilang.
Berpandukan nasihat Immigration Advisory Service Britain, Howard Lee Chuan How pulang ke Malaysia pada 2007 untuk mendapatkan passport baru dan masuk semula ke Britain.
Malangnya, permohonan visa Howard Lee Chuan How bagi membolehkan beliau masuk semula ke Britain telah ditolak oleh British High Commission di Kuala Lumpur.
Maka bermulalah episod rayuan Howard Lee Chuan How, khususnya melalui akhbar Eastern Daily Press dan petisyen, bagi menyokong hasrat beliau “to return home” ke Britain.
Saya tidak berapa pasti apa yang seterusnya berlaku selepas itu, tetapi apa yang jelas ialah permohonan Howard Lee Chuan How untuk menjadi warganegara Britain tetap ditolak.
Mengikut rekod di dalam blog beliau, Howard Lee Chuan How menyertai Pilihan Raya Umum 2008 sebagai pengurus kempen Ketua Pemuda DAP sekarang, Wong Kah Woh.
Seterusnya, dalam Pilihan Raya Umum 2013, Howard Lee Chuan How sendiri bertanding di DUN Pasir Pinji, Perak, dan menang setelah mengalahkan calon BN, Thong Fah Chong.
Di dalam DAP pula, kelantangan beliau, termasuk di dalam menghentam parti-parti musuh DAP seperti PAS, UMNO dan MCA, membuatkan nama beliau agak cepat dikenali.
Beliau tegas memperjuangkan isu seperti negara sekular atas jawatan Ketua Pemuda DAP Perak mahupun Pengarah Biro Hal Ehwal Antarabangsa Pemuda DAP Malaysia.
Paling akhir adalah pemberian kepercayaan terhadap beliau sebagai Ketua Setiausaha Pemuda Pakatan Harapan Malaysia oleh Pemuda DAP, PKR, PPBM dan AMANAH.
Menarik bila seorang individu yang rekodnya memohon untuk menjadi warganegara Britain boleh diakses secara terbuka melalui internet oleh sesiapa sahaja dilantik ke jawatan itu.
Menarik juga bila Howard Lee Chuan How sendiri secara terbuka mendedahkan betapa, sebelum berkahwin, beliau bersekedudukan dulu selama dua tahun dengan isteri beliau.
Boleh saja dibayangkan apa akan berlaku kepada Malaysia bila individu seperti ini diletakkan sebagai model pemimpin tinggi negara pada masa hadapan oleh Pakatan Harapan.
Dr. Kamarul Yusoff

It's only fair to share...

pisau

No Comments

Leave a Comment



Hit Counter provided by Curio cabinets
Show Buttons
Hide Buttons