Home / Berita Utama / Berita Nasional / Khalid Cabar Saifudin Lapor SPRM Siasat Atau Bakal Di Saman !
Khalid Cabar Saifudin Lapor SPRM Siasat Atau Bakal Di Saman !

Khalid Cabar Saifudin Lapor SPRM Siasat Atau Bakal Di Saman !

Nampak gayanya Khalid masih mahu belum tunduk kepada tekanan yang diberikan oleh pimpinan PKR. Kali ini Saifudin cuba mengertak Khalid kononnya berlaku salah guna kuasa.. Nah.. apa lagi Khalid sudah mencabar agar satu laporan dibuat kepada pihak SPRM ..

Pisau berharap sangat agar pihak SPRM membuat penyiasatan kepada seluruh pentadbiran kerajaan negeri Selangor. Mungkin ramai kroni PKR DAP dan PAS terlibat kerana Selangor adalah negeri yang terkaya di Malaysia.

 

 

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan terlibat dalam salah laku seperti yang dituduh PKR, malah mencabar partinya membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Menteri besar Selangor itu menyangkal dakwaan terlibat dalam urus niaga jualan tanah seperti didedah Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

 “Saya memandang serius tuduhan salah laku yang dilemparkan oleh Setiausaha Agung Keadilan Datuk Saifuddin Nasution. 

 “Saya menafikan dakwaan ini kerana tidak benar sama sekali,” kata Khalid dalam satu kenyataan hari ini. Khalid juga mencabar Saifuddin supaya melaporkan kepada SPRM dan Bank Negara dengan segera bagi membuktikan tuduhan ke atas dirinya benar.

 “Maka beliau (Saifuddin) dan rakan-rakan dalam Keadilan sepatutnya membuat laporan dengan kadar segera kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Bank Negara Malaysia,” katanya. Beliau juga menyatakan kesediaan untuk bekerjsama jika disiasat pihak pihak berkuasa.

 “Saya mengambil kesempatan ini untuk menyatakan kesediaan untuk memberikan sepenuh komitmen dan kerja sama sekiranya ada siasatan dijalankan terhadap saya,” katanya. Khalid turut tidak menolak tindakan undang-undang akan diambil ke atas pemimpin dalam PKR susulan tuduhan yang dilemparkan kepadanya. 

“Saya berhak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kenyataan fitnah yang dilemparkan terhadap saya,” katanya. Menteri besar dua penggal itu pada ketika ini berdepan kemungkinan disingkirkan partinya sendiri.

 Awal hari ini, Saifuddin mendedahkan Khalid terlibat dalam aktiviti meragukan membabitkan urus niaga jualan tanah di negeri itu. Saifuddin berkata, urusan jualan tersebut berlaku sejurus selepas tempoh sebulan Khalid mencapai penyelesaian luar mahkamah kes hutang dengan Bank Islam.

 Saifuddin berkata, Eco World memperoleh 125 hektarah yang dijual oleh Tropicana Corp Berhad yang membelinya sebelum itu daripada kerajaan negeri Selangor pada April 2013. Katanya, urusniaga penjualan kepada Eco World berlaku pada 19 Mac 2014 selepas penyelesaian hutang Bank Islam dengan Khalid pada Februari 2014. Malahan, Saifuddin juga mendakwa penjelasan Khalid mengenai penyelesaian tersebut tidak menyakinkan dan integritinya dipersoalkan.

 

Pisau kata ” rupanya banyak penyelewengan dalam kerajaan Selangor.. kerajaan “rakyat” lah katakan.. haha”

About pisau

One comment

  1. 1998: anwar resign or face charges…anwar refused and 10,000 reformasi-chanting Malaysians jammed Kuala Lumpur.

    Allegations: immoral conduct
    Publication: 50 dalil, Talkin untuk anwar ibrahim
    Venue: 1998 UMNO general Assembly

    2014: Khalid resign or face charges…khalid refused but no reformasi chanting.
    Allegations: keraguan integriti. disiplin (hanya menghadirkan diri ke mesyuarat parti sebanyak 42 daripada 136 kali sejak PR memeritah Selangor.)
    venue: Kongres tahunannya yang ke-10 pada 22 hingga 24 Ogos 2014
    Publication: 50 pages report

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current day month ye@r *


This seal is issued to pisau.net by StopTheHacker Inc.
Scroll To Top