USIANYA baru 22 tahun, namun dia telah menjalani hampir 30 prosedur pembedahan plastik sejak lima tahun lalu.

Semua itu dilakukan bintang YouTube Hong Kong, Berry Ng, demi cinta terhadap teman lelakinya.

Memetik laporan China Press, Ng mengakui mengalami masalah kurang keyakinan diri sejak awal remaja lagi.

“Saya sering membandingkan diri saya dengan kecantikan yang dimiliki peragawati dan bintang terkenal. Saya tahu ia tidak patut tetapi saya tidak dapat halang diri saya,” katanya.

Perkenalan Ng dengan seorang lelaki yang sembilan tahun lebih tua tidak lama selepas itu, membawa Ng berjinak-jinak dengan pembedahan plastik.

Jika kebanyakan lelaki akan menerima teman wanita mereka tanpa syarat, sebaliknya pula berlaku pada Ng. Dia diyakinkan teman lelakinya bahawa dia ‘tidak cukup cantik’.

“Dia kerap memuji gadis lain dan mengatakan saya tidak cukup cantik. Setiap kali saya melakukan prosedur pembedahan plastik, ia tetap tidak memuaskan hatinya.

“Saya melakukan prosedur di bahagian dahi, mata, pipi, hidung dan dagu. Namun dia tetap tidak memuji saya,” cerita Ng.

Tambah Ng, jika dia mendapat pujian seperti yang diharapkan, dia akan berhenti melakukan kesemua prosedur itu.

Kemuncaknya apabila Ng melakukan pembedahan payudara selepas teman lelakinya mengkritik ‘saiznya terlalu kecil’.

Namun ketika dia terlantar di hospital selepas pembedahan, teman lelakinya datang dan memarahinya, sambil mendakwa dia tidak pernah menyuruh Ng melakukan pembedahan itu.

Kesabaran Ng sampai ke penghujung selepas melihat ibunya kerap menangis sewaktu menjaganya di hospital, lantas mengambil keputusan memutuskan hubungan.

Ditanya jika dia suka dengan penampilannya hari ini, Ng berkata, dia lebih suka wajahnya dahulu.

“Kalau saya mampu, saya akan lakukan apa sahaja untuk kembali ke masa silam dan hentikan kebodohan saya,” katanya.



Source by [author_name]

It's only fair to share...

pisau

No Comments

Leave a Comment



Hit Counter provided by Curio cabinets
Show Buttons
Hide Buttons