Home / Berita Utama / Berita Nasional / Keperluan mendesak tingkat kemampuan pasukan keselamatan – Ahmad Zahid

Keperluan mendesak tingkat kemampuan pasukan keselamatan – Ahmad Zahid

10 orang anggota keselamatan maut,Lahad Datu,Semporna dan beberapa kawasan lain di Sabah terancam dek pencerobohan oleh askar upahan Anwar.Semasa berlakunya pencerobohan,Lim Kit Siang dan beberapa lagi pemimpin haprak pakatan mendesak dan kritik kerajaan kenapa tidak gunakan aset strategik negara seperti Kapal Selam.

Rata ratanya ketika itu menyeru agar agensi keselamatan negara menghantar aset aset pertahanan ke Sabah. Sebenarnya negara kita dalam keadaan terlalu selesa hinggakan perolehan aset strategik dipersoalkan malah kepentingan untuk mendapat aset penting diperlekeh dan dipolitikkan.

Nah sekarang ini keperluan kepada perolehan aset pertahanan negara boleh dikatakan agak mendesak,perlunya peningkatan peruntukan agar dapat diperkukuhkan lagi pertahanan negara. Kita jangan terkejut nanti apabila agen Singapura seperti Tony Pua akan bingkas bangun membantah.

Jangan berkompromi dalam mempertahankan kedaulatan negara,kerajaan harus naikkan lagi peruntukan pertahanan negara biar setanding bersama negara serantau.LIMA20_2603__c646397_13327_159

Malaysia yang selama ini antara negara paling berbelanja rendah bagi keperluan pertahanan di Asia dijangka terdorong untuk mengukuhkan kemampuan pasukan keselamatan khususnya Angkatan Tentera ekoran insiden pencerobohan pengganas Filipina yang masih berlarutan di Lahad Datu, Sabah.

“Saya pasti akan ada peningkatan dari segi perbelanjaan pertahanan terutama apabila aset dan peralatan serta pembangunan ditumpukan di pantai timur Sabah,” kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, perbelanjaan antara RM9 bilion dan RM11 bilion adalah tidak memadai sehingga banyak program pembangunan Angkatan Tentera terbantut dan aset ketenteraan tidak dapat diservis dengan baik, menjadi rosak dan tidak diganti.

Keadaan ini menimbulkan kritikan pihak tertentu yang beranggapan pemerintah terlalu tunduk kepada tekanan pembangkang yang mahu belanja pertahanan dipotong, katanya kepada pemberita semasa Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2013 (LIMA 13) di sini hari ini.

Katanya, oleh kerana kekangan tersebut, kerajaan tidak dapat menyelesaikan beberapa program pembangunan Angkatan Tentera yang dirancang pada Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) sehingga terpaksa diheret ke RMK-11.

Ahmad Zahid berkata, pengumuman penubuhan Zon Selamat Sabah Timur (Esszone) ekoran insiden pencerobohan pengganas yang menyebabkan 10 anggota keselamatan terkorban.

“Kita tidak tunduk pada mana-mana pihak tetapi kita menyedari perlu ada keseimbangan dari segi perbelanjaan yang akan berikan berlipat ganda dari segi pembangunan, ekonomi dan sosial maka perbelanjaan pertahanan telah diseimbangkan dengan keperluan semasa namun kita sedar beberapa aset dan pembangunan agak terabai selama ini,” katanya.

Katanya, kini wujud keperluan memperoleh beberapa pesawat khusus jenis Maritime Patrol Aircraft (MPA), tetapi buat sementara, dua helikopter dan tiga pesawat terbang akan diubah suai untuk melaksanakan tugasan sekarang.

Zahid berkata, apa sahaja perolehan pertahanan oleh kerajaan harus memberi keuntungan kepada negara, sebagai contoh melalui program offset jika aset yang dibeli bernilai RM100 juta, nilai offset yang dipersetujui harus bernilai RM100 juta juga.

“Program offset ini boleh dibuat melalui dua kaedah iaitu pertama, syarikat pertahanan ini perlu menempatkan pusat pengeluaran mereka di sini atau kedua, mendirikan pusat khidmat selepas jualan mereka atau servis mereka di Malaysia,” katanya.

Bercakap mengenai program Littoral Combat Ship (LCS), iaitu kapal perang generasi baharu yang bakal dibina di limbungan Boustead di Lumut, beliau berkata reka bentuk kapal itu dibuat oleh Boustead Heavy Industries Corporation (BHIC) dan Boustead Naval Shipyard (BNS).

“Kita juga telah senarai pendek 300 syarikat vendor untuk menyertai pembinaan kapal ini dan walaupun syarikat BNS merupakan syarikat tempatan, kita beri penekanan kepada offset program bagi membangunkan syarikat tempatan khususnya industri pertahanan laut,” katanya. – BERNAMA

Pisau kata ” tunggu la lepas ni mesti haprak pakatan bangkang”

About pisau

One comment

  1. Kita mesti membangunkan industeri pertahanan kita sendiri …Kita sudah ada kemampuan membina kapal kapal perang kita sendiri…..apa orang nak kata katalah …..lama lama kita akan menjadi mahir dan dihormati……..semangat mesti kuat jangan takut jika kita melkukan kurang baik untuk kali pertama …….saya berbanga dengan kemampuan BNS…..kerajaan kena ada dasar buat sendiri dan beri keutamaan …saya yakin kita akan berjaya dan disegani disatu hari nanti .

Leave a Reply


This seal is issued to pisau.net by StopTheHacker Inc.
Scroll To Top