Home / Berita Utama / Berita Nasional / Kenapa DAP Mendiamkan Diri Selepas Terima 1.2Billion Dari Israel?

Kenapa DAP Mendiamkan Diri Selepas Terima 1.2Billion Dari Israel?

Apabila terkena batang hidung sendiri DAP terutamanya Lim Guan Eng bukan saja tidak memberi penjelasan malah menyalahkan pihak lain.

Isu DAP menerima 1.2billion wang sumbangan dari Israel yang didedahkan oleh bekas orang kanan Lim Guan Eng sehingga sekarang masih tidak dijawap.Apa yang menarik DAP lantang menyerang Umno dan Ds Najib kerana menerima wang derma 2.6billion dari Arab Saudi tetapi mendiamkan diri malah mengelak untuk jawap .

Kepada pihak yang menyerang Ds Najib,adalah lebih baik persoalkan bagaimana DAP boleh menerima wang sebegitu banyak sejak sekian lama dari negara yang menghalalkan pembunuhnan rakyat Palestin.

muka-buku

Jika sebelum ini Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) menuntut DAP menjelaskan isu RM1.2 billion dana Israel sepertimana yang didedah oleh bekas aktivis DAP, Mohamed Razali Abd Rahman, kini desakan yang sama turut dibuat oleh Persatuan Mukabuku Pulau Pinang.

Setiausaha Persatuan Mukabuku Pulau Pinang Muhsin Lateef menuntut agar Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tidak berdiam diri dalam isu itu sebaliknya mempunyai keberaniaan untuk menyaman Razali jika dakwaannya tidak benar.

Desakan itu dibuat semasa ketika sekumpulan Persatuan Mukabuku Pulau Pinang berhimpun sambil membawa plakad ‘bilion RM1.2’ di luar rumah terbuka Tahun Baru Cina Ketua Menteri Pulau Pinang di Arena SPICE di Bayan Lepas hari ini.

Pada 2012, ketika berceramah di Putrajaya, Razali mendedahkan wakil Israel di Singapura yang ditemui Lim telah bersetuju untuk memberikan sebanyak USD300 juta (RM1.2 billion) kepada DAP bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).

“Untuk pengetahuan Tuan-tuan dan Puan-puan, tiap bulan Lim Guan Eng akan pergi ke Singapura. Saya biasa mengikuti banyak kali rombongan beliau ke Singapura. Dia akan pergi hari Sabtu petang dan akan balik hari Ahad petang.

“Di Singapura, kita akan jumpa dua orang saja. Satu bekas pemimpin atau bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew dan lagi satu wakil Duta Israel di sana. Dua ni yang akan kita jumpa.

“Sewaktu kita jumpa dengan Duta Israel atau wakil Israel, Tuan-tuan tahu tak, pihak Israel telah bersetuju memberi dana sebanyak 300 juta USD untuk PRU yang ke 13 ni. USD ya bukan RM ya. Duit tu sekarang berada di Singapura ya. Benda ni antara projek Isreal-Singapura dan DAP.

“Bila saja bubar Parlimen, masa tulah duit akan masuk dan juga pakar-pakar Israel. Mereka merupakan beberapa warganegara asing. Mereka juga akan menyusup masuk ke bumi Malaysia ni. Semasa itulah Tuan-tuan boleh melihat kempen pilihanraya yang paling ganas akan berlaku di bumi Malaysia ni.

“Kita pun nak tanya juga pasal apa pihak Israel ni sanggup bagi duit sebanyak tu. Takkan saja-saja dia nak bagi duit. Mesti ada sebab. Sebabnya, Lim Guan Eng telah berjanji, sekiranya Putrajaya telah ditawan, kita akan serahkan Port Dickson sebagai base tentera Israel yang baru. Janji Guan Eng dekat Israel,” dedah Razali. -AIDC

Pisau kata ”  kes terowong dasar lat yang ramai tak nampak berlaku penyelewengan yang cukup besar”

It's only fair to share...

About pisau

Leave a Reply

Your email address will not be published.


x

Check Also

Sampai Masanya Politik Lalang & Hipokrasi PKR Ditalakkan – PAS Pulau Pinang

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim yang lantang terus terusan ...


Hit Counter provided by Curio cabinets