Home / Berita Utama / Kembali Jadi Tungangan? Atau Kelantan Bakal Hilang. – DAP

Kembali Jadi Tungangan? Atau Kelantan Bakal Hilang. – DAP

Apabila tokong DAP Lim Guan Eng mula mengertak PAS,Pisau melihat Pakatan Harapan menaruh harapan yang tinggi agar kuda tunggangan mereka kembali berkhidmat dibawah panji pakatan harapan.

 

Sebelum ini PAS berikrar tidak sesekali untuk dijadikan tunggangan semula,serik dan berasa dizalimi oleh DAP dan PKR. Apatah lagi DAP yang menjadi punca satu golongan mengoyak tiket ke syurga dengan menubuhkan PAN.

 

Mungkin gertakan DAP terhadap PAS dengan harapan pak lebai PAS berasa gentar dan berharapan agar PAS kembali.

 

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, Pas berdepan risiko kehilangan Kelantan pada PRU14 berikutan keengganan parti itu kembali menyertai pakatan pembangkang.

“Pas akan masih mempunyai sokongan penyokong tegarnya tetapi mereka akan berdepan ‘kekalahan’ di semua tempat (ditandinginya pada PRU14 nanti)” dan malah berisiko kehilangan Kelantan,” katanya.

Guan Eng yang juga ketua menteri Pulau Pinang mendakwa Pas tidak boleh membentuk sebuah kerajaan baharu kerana parti itu tidak mempunyai cita-cita untuk menjadi kerajaan.

Beliau berkata demikian pada sidang media ketika diminta mengulas kenyataan Pakatan Harapan baru-baru ini yang memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan Pas pada PRU14.

Sehubungan itu, Lim mengingatkan parti-parti gabungan dalam Pakatan Harapan untuk tidak berharap Pas akan kembali menyertai pakatan pembangkang.

Beliau mendakwa Pas kini dilihat lebih cenderung untuk bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) dan berikutan itu Pakatan Harapan perlu bersedia untuk menghadapi pertandingan tiga penjuru pada PRU14. – Bernama

Sanggupkah PAS kehilangan Kelantan? DAP sanggup melakukan apa saja asalkan Kelantan jatuh ke tangan PAS,mungkin mereka sudah menyalurkan dana yang besar untuk mengerakan PAN ke seluruh negeri Kelantan.

It's only fair to share...

About pisau

2 comments

  1. Surah Almaidah ayat 51 melarang berpihak kepada kafir harbi.

    Kalau Guan Eng jual tanah sesuka hati untuk tujuan politik dan bukan untuk kepentingan Negeri dan rakyat bukankah ini menyalah guna kuasa yg serious? Apakah tindakan yg. perlu diambil?

  2. Sebagai parti yang berlatar belakang Islam, Pas mesti tegas dengan pendirian. Kalau matlamatnya hendakkan Islam berkuasa, “lalu bujur, melintang patah”, peduli apa dengan gertak parti haprak kiasu Dap. Kalah menang Allah yang tentukan. Jangan sekadar konon tonjolkan Islam tetapi lemah tiada pendirian. Bertambah malang kalau masih menyimpan sindrom kebencian dan berdendam yang tak sudah sudah sesama Islam.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


x

Check Also

Selepas Salahkan Tuhan,DAP Salahkan BN Punca Banjir.

Lim Guan Eng tokoh banglo terbilang memang cukup mahir temberang,apabila berlaku banjir ...


Hit Counter provided by Curio cabinets