Kelmarin ketua menteri ultrakiasu chauvanis regim Dap  mendakwa IGP tidak menggunakan akal yang waras apabila beliau akan menyiasat PPS .

Guan Eng dakwa atas kuasa regim Dap Pulau Pinang mereka bebas menubuhkan apa apa pertubuhan dan turut menyamakan pertubuhan seperti JKKK.

Perlu diingatkan ..JKKK mereka tidak pukul orang awam dan wartawan.JKKK juga tak bawa senjata rotan dan cota.JKKK juga tidak gantung bendera,tutup jalan halang lalu lintas.

JKKK juga tidak berkempen sehingga kedalam pusat membuang undi.

Lim Guan Eng terbukti mempertahankan sebuah pertubuhan haram yang berlagak seperti  Polis.Malah regim Dap terbukti menyalurkan wang berjuta juta ringgit wang rakyat kepada kumpulan gengster ini.

Video dibawah menjadi bukti..bukan sekali tetapi berkali kali PPS mencederakan orang ramai termasuk wartawan.

GEORGE TOWN, 28 Ogos: Kerajaan tidak membenarkan mana-mana negeri menubuhkan pasukan keselamatan mereka sendiri kerana soal keselamatan adalah tanggungjawab kerajaan persekutuan, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata pasukan keselamatan seperti polis dan tentera yang ada di negara ini adalah mencukupi untuk menjalankan penguatkuasaan dan menjaga keselamatan semua negeri.

“Bayangkan jika kita benarkan Pulau Pinang buat (pasukan keselamatan) sendiri, semua negeri juga nak tubuhkan siap dengan pemakaian pangkat dan sebagainya, negara akan penuh dengan pasukan keselamatan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu Wan Junaidi merasmikan Seminar Gejala dan Bahaya Penggunaan Daun Ketum Peringkat Zon Utara Agensi Anti Dadah Kebangsaan di Universiti Sains Malaysia.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang yang dikatakan sebagai pertubuhan yang menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 41 Akta Pertubuhan kerana tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Wan Junaidi berkata setiap pasukan untuk menjaga keselamatan yang ingin ditubuhkan mesti mendapat pengiktirafan kerajaan persekutuan dan setiap persatuan mesti berdaftar sebelum bergerak.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh pula  meminta semua pihak bersabar dan menyerahkan kepada polis untuk melengkapkan siasatan berhubung PPS Pulau Pinang itu.

   “PPS sebuah pertubuhan yang haram dan kami sedang siasat mengikut Seksyen

41 Akta Pertubuhan kerana tidak berdaftar dengan ROS. Kalau ada kesalahan polis

akan buka kertas siasatan dan bincang dengan Peguam Negara untuk tindakan

“Biar polis jalankan kerja kami dulu iaitu buat siasatan dahulu, pihak lain bertenang dan tunggu laporan siasatan polis,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Jawatankuasa Penguatkuasa Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (Atipsom) 2014, di sini hari ini.

Selasa lepas, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengeluarkan kenyataan bahawa PPS dianggap sebagai pertubuhan yang menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 41 Akta  Pertubuhan kerana tidak berdaftar dengan ROS.

Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Negeri Air Itam Wong Hon Wai pada sidang akhbar di sini, berkata PPS di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Itam akan bertugas seperti biasa.

Beliau berkata seramai 100 anggota PPS melibatkan kawasan DUN itu iaitu di Desa Mawar, Kek Lok Si, Jalan Thean Teik dan Kampung Melayu komited meneruskan rutin harian mereka bagi membantu pihak berkuasa menjaga kebajikan komuniti setempat.

“PPS memainkan peranan penting di sini. Lagipun trafik kawasan Air Itam agak sesak dan mereka banyak membantu mengawal keadaan,” katanya.

Beliau berkata tugas rondaan trafik PPS di kawasan berkenaan mempunyai koordinasi dengan polis di Balai Air Itam dan buku log bertugas mereka dicop dan ditandatangani oleh Ketua Balai Polis Air Itam sendiri.

“Mereka hanya penduduk setempat yang hanya mahu berbakti. Apa-apa kejadian seperti kebakaran, kenderaan hilang, orang kemalangan mereka lebih cepat sampai bagi bantuan kerana mereka lebih dekat,” katanya. – BERNAMA

Pisau kata ” tengok video tu.. jaga keselamatan atau jaga Dap”

It's only fair to share...

pisau

No Comments

Leave a Comment



Hit Counter provided by Curio cabinets
Show Buttons
Hide Buttons