Home / Berita Dunia / Kanak-kanak tiru aksi kartun terjun guna payung dari tingkat 10

Kanak-kanak tiru aksi kartun terjun guna payung dari tingkat 10

SEORANG kanak-kanak dari wilayah Suzhou, China cedera parah setelah terjun dari tingkat 10 menggunakan payung. 

Memetik laporan portal Shanghaiist.com, kanak-kanak yang berusia tujuh tahun itu ingin meniru perbuatan siri kartun dimana salah satu wataknya menggunakan payung itu sebagai ‘parachute’.

Walaupun tinggal di tingkat lima, namun oleh kerana ia merupakan apartmen duplex (dua tingkat), ketinggian itu sama dengan 10 tingkat. 

Doktor di sebuah hospital tempatan berkata kanak-kanak itu dalam keadaan stabil.

Namun berpantang mati sebelum ajal, yang menyelamatkan kanak-kanak itu adalah wayar elektrik yang memperlahankan beliau jatuh.

Laman web yang sama turut melaporkan bahawa kejadian yang sama pernah berlaku pada 2013 di Shenzhen juga kerana ingin meniru aksi kartun. 


Source by [author_name]

It's only fair to share...

About pisau

Leave a Reply

Your email address will not be published.


x

Check Also

Korea Utara sudah bersedia tenggelamkan binatang jijik Amerika Syarikat

SEOUL: Korea Utara berkata negara itu kini bersedia untuk menenggelamkan kapal pengangkut ...


Hit Counter provided by Curio cabinets