Home / Berita Utama / Berita Nasional / Jui Meng Trojan Horse BN – Karpal

Jui Meng Trojan Horse BN – Karpal

Pergaduhan diantara pakatan rakyat sudah membawa kepada tidak sepakat,Kita disajikan dengan lakonan dipentas ceramah kononnya mereka ini begitu sepakat bercium mulut bagaikan sudah tidak boleh dipisahkan .

Semakin mendekati PRU13 semakin banyak cerita timbul perbalahan diantara DAP,PAS dan PKR. Sebelum ini Pisau ada dedahkan mengenai perbalahan PAS Permatang Pauh dengan PKR dan sehingga sekarang perpecahan mereka makin merebak ke kawasan lain di Pulau Pinang.

Begitu juga di Johor, perbalahan diantara DAP dan PKR semakin teruk.Kita dapat lihat bagaimana DAP perlihatkan karekter sebenar sebagai ultrakiasu dan berlagak tokong.Artikel yang disiarkan oleh portal pembangkang ini kita dapat lihat bagaimana teruknya DAP sabotaj PKR.Portal ini teruk menghentam DAP dan tokongnya.

Manakala PKR pula yang tidak dominan didalam pakatan hanya bergantung kepada faktor Anwar semata mata. Bayangkan jika pondan tua itu mampus satu hari nanti.Mampukan PKR berdepan dengan ultrakiasu seperti DAP?

dap

Nampaknya Pengerusi DAP, Karpal Singh sudah melampaui batas – kali ini dia menyebelahi ahli junior partinya, Boo Cheng Hau menyerang Ketua PKR Johor Chua Jui Meng – dengan sengaja di media dan bertentangan dengan garis panduan dalam semangat pakatan.

Untuk menimbulkan keraguan pada kesetiaan Jui Meng kerana latar belakangnya dari MCA merupakan kepura-puraan yang paling hebat  lebih-lebih lagi DAP yang masih menjadi lawak jenaka Tunku Abdul Aziz, terutamanya apabila bekas timbalan pengerusi yang kini merupakan jaguh Umno, cuba untuk memulangkan paku buah keras pada bekas rakan sekerjanya, Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang, yang telah mengalu-alukannya dahulu.

Rebut kerusi cara samseng

Dalam perbalahan kerusi cara samseng yang dipaparkan oleh DAP, walaupun ia adalah Karpal yang telah mengeluarkan kenyataan, tidak mungkin dia diberi keizinan oleh ahli tertinggi seperti Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang. Ini adalah modus operandi yang sama digunakan oleh DAP terhadap PAS dalam isu-isu sukar seperti negara Islam atau kalimah Allah. Apabila Guan Eng dan Kit Siang ‘bersembunyi’ dibelakang Karpal dalam hal ini, mereka menganggap ia bijak. Sebenarnya, ia hanya perbuatan pengecut dan licik. Dan mereka cuba untuk melakukan perkara yang sama sekarang terhadap PKR.

Jelaslah DAP tidak dapat melepaskan latar belakangnya yang didominasi Cina. Mungkin, ia takut persaingan dari pihak yang lebih bercirikan pelbagai kaum dan inklusif. Orang muda Melayu dan juga golongan profesional Cina memberi perhatian serius pada PKR sekarang. Parti itu telah dapat berhadapan tekanan yang besar, ia dijangka meningkat dan berkembang dengan lebih cepat.

Di Johor, saingan adalah sengit tetapi janganlah kita lupa akan keadilan dalam mengejar kuasa, menuduh dan memfitnah tanpa bukti. “Dalang” merupakan perkataan yang jahat sekali. Setakat ini, sabotaj yang pernah kita lihat datang dari DAP, dalam bentuk pelbagai dakwaan yang dibuat oleh Boo terhadap Jui Meng di akhbar-akhbar Cina. Bukankah itu jelas perbuatan menikam,dari belakang?

Kemudian, siapa boleh lupa bagaimana pada tahun 2011, Wong Ho Leng yang dahaga kemenangan telah menggunakan media untuk memanfaatkan kerusi pada pilihan raya negeri Sarawak. Adakah ini apa yang Karpal dan DAP anggap cara penuh hormat dan betul untuk berjuang demi kerusi? Jika ya, mereka pasti merupakan ketua samseng, mampu menewaskan mana-mana ketua besar dari Hong Kong, Shanghai atau China!

Jika DAP begitu terdesak, kenapa buli Jui Meng?

Jika siasatan dibuat, Boo harus menjadi salah seorang yang disiasat. Karpal juga harus disiasat. Orang yang bertindak sesuka hati seperti mereka berdua ini mesti belajar untuk memahami apa makna disiplin. Jika tidak, mereka harus dipecat serta-merta – kedua-dua Boo dan Karpal.

Mencari bukti sabotaj Boo mudah. Hanya kumpul keratan akhbar. Bagi Karpal, dia tidak harus menipu dirinya dengan menganggap dirinya begitu disukai. Bukankah ia benar, Karpal sentiasa menjadi mulut tempayan bagi DAP, dengan melakukan kerja-kerja kotor untuk Lim dua beranak, tanpa modal politik atau kepintaran sendiri?

Boo juga perlu mengambil perhatian bahawa Bakri – kerusi panas yang dimenangi oleh DAP dengan hanya margin sempit 722 undi pada tahun 2008 – akan menjadi lebih selamat jika dipertandingkan oleh Jui Meng. Bakri adalah kubu kuat Jui Meng, kerusi yang pernah dipegang oleh beliau selama 5 tempoh.

Namun, dalam semangat besar ‘bermurah hati’, Guan Eng enggan menukarnya kembali – dengan kasar dan melalui akhbar seperti sengaja menghina Jui Meng. Siapa yang berkelakuan seperti Maharaja Cina sekarang?

Jadi, jika DAP mahu memberi risiko kepada peluang Pakatan dengan mempertandingkan Bakri, mengapa perlu Jui Meng atau mana-mana rakan-rakan PKR tidak mendesak untuk Gelang Patah?

Lagipun, Gelang Patah ( yang mempunyai 104496 pengundi berdaftar, 33.9% Melayu, 52.9% Cina, 12.4% India 0.8% lain-lain) adalah kerusi tradisi yang ditandingi oleh PKR sejak tahun 2004 dan 2008. Siapa yang mementingkan diri sendiri dan sombong sekarang? Lebih-lebih lagi yang tamak dambakan kuasa.

Bukan satu-satunya parti dalam PR punyai orang Cina yang berbakat

DAP sepatutnya  ingat ia bukanlah satu-satunya parti yang mempunyai orang Cina yang berbakat Cina dalam gabungan Pakatan Rakyat. Mereka tidak harus menuntut semua kerusi di kawasan majoriti Cina.

Apa yang sudah berlaku kepada Malaysia untuk orang Malaysia? Adakah kita akan melihat modus operandi yang sama digunakan dalam  peruntukan kerusi Sarawak tahun 2011 di mana Wong & Co berkeras mengambil semua kerusi kawasan Cina, dan kemudian mempunyai tipu muslihat yang amat dikesali dan dengan kejam mentertawakan Baru Bian dari PKR kerana mengambil tempat duduk di kawasan pedalaman yang kebanyakannya dikawal oleh Taib Mahmud & wangnya yang berbillion, tetapi masih berani dipertandingkan oleh pembangkang kerana ia merupakan satu prinsip dan akauntabiliti kepada rakyat Sarawak.

Ia nampak seperti kekasaran, sikap berkira dan mementingkan diri mula berleluasa dalam DAP, sebuah parti yang telah dituduh menarik ahli jenis ‘Ah Beng’ atau orang samseng.

Boo akan Nampak belangnya dan akan menangis seperti bayi di hadapan ketua partinya seperti yang dijangka. Dia tidak dihormati, diperlekehkan dibelakang oleh kebanyakkan rakannya sendiri yang menyifatkannya seorang yang sering berubah mood kurang penyabar.

Bagi Karpal untuk mengeluarkan kenyataan akhbar yang menuduh Jui Meng menjadi Trojan BN, dan menyatakan kesetiaan Jui Meng adalah diragui, menunjukkan bahawa legenda hidup ini tidak lagi layak untuk nama itu. Melainkan Karpal sudah nyanyuk seperti Dr Mahathir Mohamad, maka dia bukanlah lelaki yang layak mendapat penghormatan itu lagi.

Pertama sekali, sebagai pemimpin tertinggi PR, Karpal perlu tahu proses dan prosedur. Ia adalah mudah melainkan jika dia sememangnya bodoh, dia patut tahu sebarang aduan perlu dirujuk kepada majlis tertinggi. Mengapa dia tidak melakukan demikian? Mengapa Karpal – seorang ahli senior PR – berpakat dengan Boo untuk menggunakan media untuk mencemarkan nama Jui Meng? Adakah DAP begitu terdesak?

Mengapa tidak menghentikan kepura-puraan dan mengaku sahaja. Sesetengah orang tamak akan kerusi dan sanggup membuli hanya untuk mendapatkannya, walaupun ia akan menggoyahkan gabungan itu dan memberi kelebihan kepada BN! Bukankah ini menampakkan mereka sangat mementingkan diri sahaja? Tidak hairanlah,tidak ramai orang Melayu mahu menyertai parti itu. Mereka akan dimakan hidup-hidup oleh mereka yang bermaharaja lela dan mementingkan diri dan ini jelas apabila perwakilan baru-baru ini enggan melantik mana-mana orang Melayu untuk mengetuai majlis pusat.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mesti bertindak cepat dan tegas dalam perkara ini. Karpal mesti meminta maaf. Kelakuan sedemikian tidak baik. Bukan kerana PRU ke-13 yang begitu dekat dengan tetapi dalam apa jua keadaan pun, perbuatan samseng politik tidak boleh diterima.

Akhirnya, sebelum Guan Eng menjadi semakin sombong dan ayahnya serta Karpal menganggap diri mereka sahaja sebagai jiwa Pakatan Rakyat, tidak terlibat dalam rasuah dan mula menuduh orang lain yang tidak bersetuju dengan mereka mempunyai niat untuk berpaling tadah atau membantu BN, mereka harus membersihkan diri mereka dari khabar angin bahawa mereka telah mengadakan perbincangan dengan Umno!

Malaysia Chronicle

Pisau kata ” Malaysia Chronicle kantoi menipu Mahathir paling kaya didunia :KLIK SINI  ”

About pisau

Leave a Reply


This seal is issued to pisau.net by StopTheHacker Inc.
Scroll To Top