Home / Berita Utama / Berita Nasional / Jemaah Tabligh Solat Berjemaah Bersama @NajibRazak

Jemaah Tabligh Solat Berjemaah Bersama @NajibRazak

Semalam di Masjid Sir Petaling amat istimewa buat para jemaahnya,Kehadiran mengejut PM ke masjid tersebut yang terkenal sebagai markas jemaah tabligh tidak dirancang seperti mana program program lain.

PM hadir bersama anaknya tanpa hiruk pikuk  siren pengiring,hinggakan ada sebahagian jemaah tidak menyedari kehadiran pemimpin nombor satu negara di masjid tersebut semalam,santai berkain pelikat kehadiran beliau turut diiringi oleh Datuk Seri Jamil Khir dan Datuk Raja Nong Chik.Sebaik PM tiba beliau terus bersolat Isyak berjemaah di imankan oleh Ustaz Khairi Al Hafiz.

Semalam masjid Sri Petaling cukup ramai kerana mempunyai rutin mingguan,selepas solat Isyak sesi menadah kitab hayatus sahabah oleh seorang iman muda di masjid tersebut.Pisau perhatikan Ds Najib khusyuk mendengar bacaan kitab hayatus sahabah bersama anak lelakinya Ashman.Selesai saja sesi bacaan kitab,Ds Najib diberi peluang untuk berucap,secara santai Perdana Menteri mengingatkan peri pentingnya penyatuan ummah dan Pisau lihat Ds Najib begitu menghormati golongan pendakwah seperti jemaah tabligh.Katanya jemaah tabligh telah melaksanakan tanggungjawab berdakwah dengan sebaik mungkin,Insyaallah usaha yang baik ini diberkati Allah.

Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan umat Islam supaya tidak merosakkan kepentingan agama serta ukhuwah sesama umat walaupun terdapat perbezaan pendapat serta pandangan dalam kalangan mereka.

“Semua orang ada peranan serta tanggungjawab masing-masing. Pendakwah, laksanakan dakwah dengan berkesan. Saya sebagai pemimpin, saya lakukan kerja saya sebagai pemimpin untuk memakmurkan negara. Dengan maqasid syariah, syariah Islam kita tinggikan dan kalimah Allah kita sucikan. Itu tanggungjawab kita.

“Sebab itu, walaupun kita berbeza pendapat, janganlah sampai kita rosakkan kepentingan Islam dan umat Islam,” katanya ketika berucap selepas mengerjakan solat isyak berjemaah .

Ucapan ringkas selama 10 minit itu disudahi dengan bacaan doa oleh Maulana Ustaz Abdul Hamid. Pisau ketika itu terasa bersemangat apabila lebih 800 jemaah yang ada didalam dan luar masjid ketika itu mengaminkan doa dan ramai menitiskan air mata memohon agar Allah pelihara dan beri perlindungan kepada agama,bangsa dan negara.

Pisau sempat berbual dengan jemaah tabligh rata ratanya melahirkan rasa terkejut dan berbesar hati dengan kehadiran PM,tanpa dirancang kehadiran PM secara santai dan tanpa protokol begini membuatkan para jemaah berasa lebih dekat dengan pemimpin nombor satu negara.
n1

n2n3n5n6

Pisau kata ” mudah mudahan Allah pelihara negara kita dari haprak pakatan”

About pisau

16 comments

  1. Satu-satu nya PM yg sanggup bagi masa ke Markas Tabliqh di Sri Petaling terharu rasanya , moga2 BN mencapai kemenangan yg cermalang hendak nya,Amin.

  2. Alhamdulillah…Itu lah sebaik2nya sebagai seorang pemimpin sentiasa dekat dengan hati rakyat tanpa mengira fahaman politik serta memberi pemahaman yang baik mengenai perpaduan sesama rakyat. Adalah di harapkan agar pendekatan ini dapat berterusan tanpa mengira keadaan semasa.

  3. mendekati rakyat menyampaikan mesej yang mana jangan kerana berbedza pandangan membuatkan ISLAM berpecah belah, sayangilah ISLAM kita, laksanakan lah tugas dengan jujur dan betul

  4. Pemimpin yang merendah diri dan mendekati segenap lapisan masyarakat.Mudah-mudahan perjuangan beliau diberkati Allah.

  5. jgn ada puak sana..berkata..pemimpin mereka dah lama buat sudah…masalahnya PM adalah jawatan tertinggi dlm negara…dan sentiasa mempunyai jadual/undangan/lawatan yg padat…
    peluang utk lakukan sesuatu tanpa jadual rasmi…adalah tipis…berbanding menteri2 besar/menteri lain yg khusus dlm negari sahaja…

    • Manusia yang sesibuk seperti Nabi Sulaiman yang memegang bumi jin dan manusia pon dapat menurut perintah Allah, Lagilah syariat zaman nabi dulu dulu yang agak complicated berbanding syarak yang ditetapkan oleh Allah utk umat bongusNya Umat Nabi Muhammad S.A.W .

      Sorry nak cerita benda yang hak.
      sekdara renungan

  6. Tahniak DS Najib!!Semoga dapat buat selalu solat berjemaah selalu bersama rakyat…Takbir!!

  7. Alhamdulillah.
    1. Terbaik dari seorang pemimpin besar yang berjiwa rakyat.

    2. Mohon PM kita bertemu dan berjemaah pula bersama guru-guru dan ustaz di seluruh Malaysia.

  8. Smoga dtuk sri najib ikhlas melakukannya krna allah

  9. Smoga dtuk sri najib ikhlas melakukannya krna allah

  10. Alhamdullilah…info2 cam ni lah yg aku nk nenguk…..bukan fitnah….bukan mencaci maki…..bukan mencela….gan informasi ni….aku ter pikiq lak…..nape ada ulamak mengatakan solat jemaah yg nun tu x dpt pahala…..jdi solat jemaah karkun (tabligh/daie) yg ada pd masa tu pung x dpt pahala ka….or di sbb kan berita ini….maka ulamak tu cecpat mengatakan or mengeluarkan fatwa….jemaah nun x dpt pahala solat…..ontahlah jang

  11. Kalau ikhlas insyallah, tapi jarang2 PM buat mcm nie…2008 tak da pun…

  12. Ikhlas kerana ALLAH swt….tapi 2008 tak ada mari pun….minta doa berkat kot….

  13. angku asmara jgn ckp mcm tu…sblm ni masa ijtimak jemaah tabligh sedunia yang buat di seri petaling pun dato najib pergi… bukan baru2 ni sahaja. dato seri najib selalu menyertai program jemaah dan selalu juga pergi bersolat di masjid seri petaling…jadi jangan la kata macam tu.. jangan nilai keikhlasan seseorang kerana tu bukan kerja kita.tu kerja Allah. jangan pula kerana kita dan kata2 kita menyebabkan sesorang itu jauh dari hidayah Allah…kalau sampai berlaku mcm tu, maka celakalah kita… maaf ye.

  14. Ahlul Bayt Rasulullah SAW

    Semoga ahli-ahli/karkun-karkun Jemaah Tabligh dapat mencari org2/wali2 Allah yg kasyaf (jgn cari mereka yg dr Jemaah Tabligh sendiri) dan minta beliau lihat di mana salahnya Jemaah Tabligh ini sbb kami keturunan Ahlul Bayt amat tahu kedudukan sebenar Jemaah Tabligh dan juga sudah di beritahu di mana tempat tinggal Maulana Ilyas & Maulana Zakaria berada sekarang… Semoga Allah menunjukkan jalan yg benar kepada Jemaah ini yg sebenarnya sedang menuju kesesatan… Kami Ahlul Bayt adalah sarana keselamatan di bumi … Ikutlah jalan Ahlus Sunnah Wal Jamaah…Bukan Jemaah Tabligh.

    • Dasyhat Ahlul Bait ni. Boleh tau kedudukan Maulana Ilyas dan Maulana Zakaria sekarang. Saya sarankan A.Bait lihat pula kedudukan Sheikh Mahmud salah sorang guru tariqat.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current ye@r *


This seal is issued to pisau.net by StopTheHacker Inc.
Scroll To Top