Home / Berita Utama / Berita Nasional / Isu Tanah: Kerajaan Negeri Berdepan Perasaan Tidak Puas Hati Rakyat

Isu Tanah: Kerajaan Negeri Berdepan Perasaan Tidak Puas Hati Rakyat

IMG-20130208-WA019

TUMPAT – Kerajaan Pas Kelantan berdepan dengan perasaan tidak puas hati rakyat termasuk masyarakat orang Asli yang semakin memuncak berhubung isu tanah di negeri ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamad berkata, keadaan itu terbukti apabila setiap minggu wujud perhimpunan aman membantah tindakan kerajaan negeri yang mengambil tanah mereka untuk dijadikan ladang komersial.

Beliau berkata, perkara sedemikian tidak pernah berlaku di Kelantan sebelum ini.

“Mereka ini datang dari banyak kawasan. Tidak pernah dalam ingatan saya begini ramai rakyat yang mengadakan demonstrasi. Bukan sahaja orang Melayu, Orang Asli pun bertindak begitu.

“Ini bukan satu perkara kecil, kita kena hormati manusia, mereka manusia, mereka Orang Asli di sini dan saya amat dukacita kerajaan PAS tidak ambil berat perkara ini,” katanya kepada media ketika diminta mengulas desakan 120 penduduk agar kerajaan PAS Kelantan membatalkan kelulusan tanah seluas 376 hektar di Kampung Sungai Badong, Kuala Betis di sini, kepada dua syarikat asing bagi pembangunan ladang rakyat.

Menurut laporan, penduduk mendakwa telah membangunkan tanah itu dengan menanam kelapa sawit, getah dan dusun buah-buahan sejak lebih 20 tahun lalu.

Sementara itu Mustapa turut menjelaskan kini Orang Asli di 23 kawasan terpaksa berpindah kerana kawasan penempatan mereka terlibat dengan Ladang Rakyat.

“Kita tahu, memang tiada hak milik tetapi itu tanah tradisi mereka, tempat mereka mencari makan. Kalau dia orang ambil tanah, mana mereka nak pergi. Takkan mereka nak datang ke bandar, ke pantai. Mereka tak biasa hidup di bandar. Kalau mereka datang ke bandar, ke pantai sudah pasti mereka tidak boleh hidup.

“Ini satu penganiayaan, kezaliman yang berlaku di seluruh Kelantan. Jadi tak usah lah kerajaan PAS menafikan. Ini benda benar, bukan sandiwara. Ini bukan diada-adakan. Ini peristiwa yang benar berlaku,” katanya.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menjelaskan, tindakan kerajaan negeri itu dianggap tidak berperikemanusiaan walaupun mereka menafikan tindakan mereka itu zalim.

Pada masa yang sama, Mustapa turut mencabar kerajaan PAS agar menunjukkan kaedah yang betul untuk memohon tanah milik kerajaan itu jika mendakwa pemohon telah tidak menggunakan saluran yang betul.

“Kalau tidak betul beritahu cara yang betu. Hantar pegawai tunjuk borang ini cara yang benar. Saya cabar mereka pergi sekarang ini kerana mereka yang ada kuasa untuk tunjuk cara betul. Saya cabar mereka untuk pergi ke sana tunjuk cara yang betul dan adakah jaminan mereka akan dapat tanah selepas itu,” katanya.

Oleh RAITINI RAHMAN

About pisau

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current day month ye@r *


This seal is issued to pisau.net by StopTheHacker Inc.
Scroll To Top