Istilah Pengganas IS Beri Imej Buruk Kepada Islam,Media Disaran Guna Perkataan Daesh – Zahid Hamidi

in Berita Nasional by

Saranan oleh YAB Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi agar menukar perkataan IS atau Islam States yang merujuk kepada pengganas kepada daesh.

Baca penerangan mengenai daesh yang di petik dari freewordcentre

So what does Daesh really mean? Well, D.A.E.SH is a transliteration of the Arabic acronym formed of the same words that make up I.S.I.S in English: ‘Islamic State in Iraq and Syria’, or ‘لدولة الإسلامية في العراق والشام’ (‘al-dowla al-islaamiyya fii-il-i’raaq wa-ash-shaam’). That’s the full name chosen by the organisation, and – when used in full – it’s definitely how they want to be referred to. In Arabic, just like in English, that phrase consists of six words, four of which make it into the acronym (‘in’ and ‘and’ are omitted) : ‘دولة dowla’ (state) + ‘إسلامية islaamiyya’ (Islamic) + ‘عراق i’raaq’ (Iraq) + ‘شام shaam’. That last word, ‘shaam’, is variously used in Arabic to denote Damascus (in Syrian dialect) ‘Greater Syria’ / the Levant, or Syria – hence the US-preferred acronym ISIL, with the L standing for Levant. In Arabic there is a single letter for the sound ‘sh’, hence our transliteration of the acronym having five letters, not four. And the vowel which begins the word ‘islaamiyya’ becomes an ‘a’ sound when differently positioned in a word, hence the acronym being pronounced ‘da’ish’ when written in Arabic, and the ‘a’ coming over into our transliteration of the acronym. Of course the amazing Arabic letter ‘ع’ which begins the word for ‘Iraq’ is unpronounceable to an anglophone, and can’t be written in Latin letters, hence the use of an ‘e’ (or occasionally an ’e) in the transliteration.
Still with me? Nothing mysterious there – or nothing that anyone who speaks Arabic wouldn’t be able to explain. It’s not a previously existing word in its own right. It does indeed now mean ‘tyrannical, despotic, murdering fundamentalists who claim to be Islamic and claim to be a state’ but only as a result of how it sounds (more on that in a minute) and as a result of the associations that quickly attach to a neologism, in the same way that they have attached to the word ISIS. So it’s not based on any previous – or mysterious, or quasi-mystical Eastern – meaning.

Malaysia bersedia berkongsi kepakarannya dengan United Kingdom (UK) bagi menangani isu militan dan kumpulan radikal agama termasuk memulihkan mereka yang terlibat dalam kegiatan militan di Syria dan Iraq.Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. 

Ahmad Zahid Hamidi berkata, Program Deradikalisasi yang dilaksanakan sejak 1948 bagi mengatasi ancaman komunis itu telah melalui beberapa proses penambahbaikan dan berjaya menunjukkan kejayaan sehingga ke tahap 95 peratus.

Malah, tegasnya, dengan pelbagai pengalaman baharu menangani pengganas termasuk kumpulan al-Maunah dan sebagainya, sebanyak 18 bidang telah diperincikan dalam program deradikalisasi itu bagi menjamin kejayaannya.

“Program ini bukan sahaja melibatkan polis, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Penjara tetapi juga melibatkan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, ulama-ulama di institusi pengajian tinggi dan pondok yang berkemahiran memperbetulkan akidah yang silap.

“UK mempunyai latar belakang yang berbeza dan mereka berminat dengan model kita kerana sebagai sebuah negara Islam, kita mempunyai lebih banyak pengalaman dan pengetahuan untuk berdepan dengan kumpulan militan dan radikal ini,” katanya kepada wartawan di sini hari ini.

Beliau berada di sini dalam rangka lawatan kerja empat hari yang menumpukan kepada isu-isu keselamatan, keganasan dan imigresen.

Ahmad Zahid menambah, UK berminat untuk mempelajari acuan Malaysia itu dan akan menghantar pegawai-pegawainya ke pusat pemulihan militan di Malaysia.

Malah, beliau turut mengundang Setiausaha Dalam Negeri UK, Theresa May untuk menghadiri Persidangan Antarabangsa Mengenai Radikalisasi dan Keganasan Melampau di Malaysia pada 26 dan 26 Januari tahun depan.

Selain UK, beliau berkata, Amerika Syarikat, Australia, semua negara ASEAN, Arab Saudi dan Yemen juga telah menyatakan komitmen untuk mempelajari model memulihkan militan itu.

Selain itu. beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, dalam pertemuan dengan agensi keselamatan UK pagi ini, kedua-dua pihak bersetuju menggunakan istilah Daesh bagi menggantikan pengganas Negara Islam (IS).

Ini kerana, katanya, istilah pengganas IS yang digunakan sebelum ini memberikan tanggapan yang salah terhadap agama Islam yang tidak pernah mengajar umatnya untuk menjadi pengganas.

“Saya juga minta media menggunakan perkataaan Daesh ini bagi menggantikan pengganas IS,” tegasnya. – UTUSAN

It's only fair to share...

1 Comment

  1. Pemimpin utama IS adalah ejen Mossad ?!

    http://1.bp.blogspot.com/-CPu4pT41ofg/VNoC5aGaM1I/AAAAAAAAAE8/uTLt7BbwQW0/s1600/Al-Baghdadi-Agen-Mossad.jpg

    Baru-baru ini sebuah portal online Perancis pernah membuat pendedahan yang mengejutkan ramai pihak apabila mendakwa pemimpin utama IS, Abu Bakr Al-Baghdadi sebenarnya adalah seorang agen perisikan Israel Mossad.

    Banyak pihak termasuk di dunia Arab dilaporkan terkejut dengan pendedahan tersebut apabila diketahui identiti sebenar Al-Baghdadi ialah seorang Yahudi yang dikenali sebagai Elliot Shimon.

    Shimon atau Al-Baghdadi dilaporkan mendapat latihan perang psikologi di Israel dan diserap menyertai agensi perisikan Mossad selain turut menjalin kerjasama erat dengan perkhidmatan rahsia Amerika Syarikat.

    Menurut portal itu lagi, Al-Baghdadi telah ditugaskan menjayakan perancangan sulit agensi perisikan rahsia Amerika, British dan Israel untuk mewujudkan sebuah organisasi (‘Negara Islam’ atau IS) yang berupaya menarik perhatian pelampau dan pengganas dari seluruh dunia.

    Serentak dengan perancangan itu Shimon melalui organisasi IS yang diketuainya akan berperanan mempengaruhi hati nurani rakyat awam di negara-negara yang dianggap boleh mengancam Israel seterusnya memusnahkannya dari dalam.

    Portal yang sama turut memetik sumber lain yang mengesahkan Al-Baghdadi adalah agen risikan Israel yang turut memakai nama palsu Ibrahim ibn Awad ibn Ibrahim Al Al Badri Arradoui Hoseini.

    Hal ini mengingatkan penulis kepada watak Mandarin dalam Iron Man 3. Mandarin adalah seorang pelakon yang diupah untuk memainkan peranan sebagai pengganas antarabangsa. Bersama-sama dengan konco-konconya dia telah merakamkan beberapa siri pembunuhan yang dilakukannya dalam bentuk video. Rakaman itu dilakukan di studio tertutup. Video tersebut disebarkan ke seluruh dunia menerusi media-media perdana. (realiti dunia media perdana – mereka hanya merujuk kepada berita dari Eropah dan Amerika seperti BBC, CNN dll)

    Tahukah anda bahawa sebahagian daripada rakyat Amerika dan Eropah sendiri sebenarnya tidak mempercayai bahawa al-Qaeda dan IS itu adalah Islam. Hal ini bermula sejak terjadinya insiden 9/11, apabila ‘nashkah’ al-Qaeda yang diciptakan Mossad-CIA gagal menimbulkan kebencian terhadap Islam diseluruh dunia.

    Sumber: aku-macjay

Leave a Reply

Your email address will not be published.