Home / Berita Utama / Berita Nasional / InterAksyon : ‘Sultan Sulu’ Nafi Jumpa Najib

InterAksyon : ‘Sultan Sulu’ Nafi Jumpa Najib

anwarmisuari‘Kesultanan Sulu’ melalui jurucakapnya, Abraham Idjirani menafikan laporan media yang mendakwa terdapat pertemuan antara ‘Sultan’ Esmail Kiram II dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berbincang tentang konflik Sabah. Esmail Kiram II adalah adik kepada ‘Sultan’ Jamalul Kiram III yang berkongsi kuasa mendakwa mereka adalah ‘Sultan Sulu’ bersama.

Abraham Idjirani, jurucakap ‘kesultanan Sulu’

“Esmail II dan PM Najib tidak pernah berjumpa, apatah lagi bercakap, kata jurucakap dan setiausaha agung ‘kesultanan’ itu, Idjirani Abraham. “Gambar-gambar yang mendakwa pertemuan kini beredar di internet mungkin telah direka,” katanya kepada portal Filipina, InterAksyon.com. Idjirani juga berkata Esmail II telah cuba untuk meyakinkan saudaranya Raja Muda Agbimuddin @ Azzimudie Kiram untuk menimbang semula rancangan untuk ke Sabah sebelum berlakunya pencerobohan, namun usaha itu gagal.

Jurucakap ‘Kesultanan Sulu’ membuat kenyataan itu ketika memberi respon dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilaporkan Malaysiakini, 25 Mac menuduh Najib dan bekas menteri Datuk Aziz Shamsuddin telah berjumpa dengan Esmail II. “Ada bukti bergambar foto pertemuan dengan Aziz Shamsuddin, Menteri dan bekas Setiausaha politik Tun Dr Mahathir (Mohamad) yang terlibat dalam projek IC dan juga dengan Datuk Seri Najib.

“Patut ada siasatan rapi tentang hubungan mereka dengan pimpinan Umno. Tidak hanya menuding dan tohmah pemimpin pembangkang,” kata Anwar dilapor Malaysiakini yang memetik sumber dari organ PKR, Keadilan Daily. Pada 20 Mac lalu, jurucakap ‘Kesultanan Sulu’ juga turut menjawab tuduhan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yang menuduh Agbimuddin @ Azzimudie Kiram adalah warganegara Malaysia kesan dari projek IC zaman Tun Dr Mahathir Mohamad sekitar tahun 1980-an dengan menunjukkan dokumen Raja Muda ‘Sultan Sulu’ itu pernah menjadi pegawai junior pentadbiran di Daerah Kudat pada tahun 1974.

Idjirani dilaporkan InterAksyon.com mengesahkan Agbimuddin @ Azzimudie Kiram adalah bekas penjawat awam di pejabat daerah Kudat Sabah, tetapi menafikan Raja Muda ‘Sultan Sulu’ itu memiliki IC dan menjadi warganegara Malaysia. menurutnya, Agbimuddin @ Azzimudie Kiram adalah warga Filipina dan tidak pernah menjadi warga Malaysia sepertimana yang didakwa PKR itu. Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan menyelar tindakan Rafizi Ramli yang dilihatnya sebagai cubaan untuk mengaitkan Agbimuddin @ Azzimudie Kiram dengan Umno Sabah. “Kalau benar dia pernah jadi ADO Kudat pada 1970-an, ia tidak ada kaitan dengan Umno..Mana ada Umno (di Sabah) waktu itu…Umno masuk ke Sabah pada tahun 1990,”katanya.- AIDC

About pisau

3 comments

  1. ai,anu ar main twist plak dh…pndai btl jadi sesumpah la makhluk sekor ni..

  2. serius..power betul mulut anwar ni…
    nak study la dr dia…tp nk jd playboy aje..tamo jd biseksual…hahahahaha

    • Tak sdh2 rafizi ni bodoh mcm lembu cakap sembarangan tahun 1974 mana ada umno disabah ketika tu yg ada usno memerintah ketika itu dibawah ketua menteri tun datu mustapha datu harun.

Leave a Reply


This seal is issued to pisau.net by StopTheHacker Inc.
Scroll To Top