Home / Berita Utama / Berita Nasional / Ibu Saudara Saiful Terlibat Konspirasi Liwat ? – Azlan

Ibu Saudara Saiful Terlibat Konspirasi Liwat ? – Azlan

Baru baru ini pada 24/3 di Dewan Yayasan Aman,Penanti. PKR Negeri Pulau Pinang menganjurkan taklimat tertutup yang dikhaskan untuk pimpinan cabang bersama Azlan Md Lazim iaitu bapa kepada Saiful Bukhari.

Pisau perhatikan taklimat tersebut adalah sesi untuk menyakinkan bahawa satu konspirasi liwat yang melibatkan anugerah tuhan PKR. Sepanjang ucapan beliau lebih 30 minit,ucapan Azlan dipenuhi oleh persoalan yang ditimbulkan oleh beliau sendiri. Dalam menimbulkan  persoalan beliau turut  membuat analisis hebat hinggakan banyak yang meninggalkan dewan pada waktu taklimat beliau yang belum tamat pada ketika itu.

Pimpinan yang hadir pada taklimat tersebut termasuklah Dato Johari Abdul MP Sungai Petani,Dato Mustafa Kamal Pengarah Jentera Pilihanraya Negeri Pulau Pinang,Dato Mansor TKM 1,Syed Mikael Naib Ketua AMK bersama Pak Jab Timbalan Ketua Cabang PKR Bukit Mertajam.

Taklimat yang bermula jam 4 petang cukup singkat apabila ramai meninggalkan dewan dan terpaksa ditamatkan sejam kemudian.Kenapa hadirin meninggalkan dewan pada masa Azlan sedang memberi “taklimat”?

Pisau lihat hadirin yang menyertai taklimat amat  berharap agar dapat mendengar sesuatu yang baru daripada Azlan kononnya berlaku satu konspirasi kes liwat melibatkan Saiful,namun amat mengecewakan hadirin apabila Azlan lebih banyak persoalkan kenapa beliau sebagai bapa tidak tahu lebih awal anaknya diliwat dan mempersoalkan kenapa bekas kakak iparnya dari Johor lebih tahu awal dan hadir ke Hospital ketika Saiful sedang menjalani pemeriksaan.Azlan memberi alasan yang paling bodoh kononnya beliau tergerak hati kejadian liwat berlaku adalah satu konspirasi hanya kerana beliau gagal menghubungi anaknya malah mempersoalkan kenapa pihak polis atau hospital tidak menghubunginya terlebih dahulu. Sedangkan beliau sendiri gagal memberitahu bahawa beliau bukanlah rapat sangat dengan anak lelakinya.

Apa yang menariknya kenyataan Azlan seolah mengaitkan bekas kakak Iparnya bersekongkol dalam konspirasi liwat bersama Saiful menjatuhkan Anwar benar benar memperbodohkan para hadirin.

Sebagai seorang bapa,Azlan mempersoalkan pihak polis kenapa beliau tidak diambil keterangan hingga hari ini,sedangkan semua orang tahu bontot Azlan tidak pernah disentuh oleh Anwar ,ini memang menjadi persoalan besar buat kita semua.Kenapa secara tiba tiba beliau persoalkan polis dan mahkamah yang tidak menjadikan beliau sebagai saksi.

Selepas Saiful bersumpah dia lah yang pertama memeluk Saiful,Lima tahun dulu dialah yang berada di sebelah Saiful sewaktu Saiful bersumpah laknat dalam Masjid.Hari ini dia kata itu semua bohong.

Dalam taklimat tersebut Azlan berkata beliau tidak ragu ragu kononnya anaknya telah dipergunakan untuk kepentingan politik orang orang tertentu namun apa yang menjadi persoalan kenapa beliau sendiri  pada ketika itu mahu mengemukakan rayuan di mahkamah.

Secara keseluruhan taklimat Azlan selama 30 minit membuatkan ramai yang meninggalkan dewan,mereka yang hadir berasa tidak ada apa yang baru dan tidak tertarik dengan pendedahan Azlan. Kesimpulannya bagaimana rakyat nak percaya pendedahan Azlan sedangkan  pimpinan PKR peringkat cabang sendiri pun tak percaya.

azlan

Pisau kata ” cakap 30 minit..semua orang pakat blah.. orang pkr sendiri pun tak percaya..macam mana ni?”

 

 

About pisau

4 comments

  1. apa la bebal punya bapak. patut membela anak,ini terbalik kot pulak. entah-entah da kena jolok jubur ngan duit nuar jubs.botak mangkuk hayun.gua hayun mangkuk tingkat kat kpala lu baru tau.nnti akan terpancar kebodohan n lidah biawak lu,puiiiii punya azlan botak

  2. teruskan pisau.net,gua skong lu x brbelah bagi. haramjadah smua PR memang patut di kluor kn agar insap atau lesap di bumi m”sia

  3. kenbodohan penyokong umno tahap tertinggi. kes lembu nfc, lrt, pkz dl
    buat senyap. cari org yg dedahkan pulak.

    cukupla ahli umno saja yg bodoh dlm malaysia ni.
    kami yg lain akan memastikan supaya umno jadi pandai
    atau lenyap terus dr malaysia

  4. Punyalah bahlul si Azlan ni !!!! kaum yang anggap si Azlan ni bijak hanyalah manusia seperti yg banyak berkeliaran di zaman Nabi Lut S.A.W. ( ya lah , pengikut2 Al Juburi termasuklah yg menamakan diri dia Umno Mmg Bodoh Mcm Lemnu )
    Si Azlan bapak Saiful ni pun biol punya manusia …. sepatutnya lah BEKAS kakak iparnya tahu terlebih dahulu …dah si Saiful tu di tinggalkan olih bapaknya sejak kechik dgn BEKAS (ARWAH) isterinya .Jadi anaknya itu lebih rapat dgn emak saudara sebelah arwah jandanya . masya’allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current ye@r *


This seal is issued to pisau.net by StopTheHacker Inc.
Scroll To Top