Hubungan Luar Tabiie PAS & Cap Bunga. Jawatankuasa Tahaluf Siyasi Di Wujudkan Demi Menghalalkan Semula Hubungan DAP PAS.

in Berita Utama by

Kenyataan secara bersama diantara PAS dan Cap Bunga memperlihatkan kaedah jalan belakang menghalalkan hubungan PAS bersama DAP secara luar tabiie.

 

Semua orang tahu PAS bagaikan sudah berpatah arang,talak tiga dan putus terus hubungan dengan DAP.Dalam masa yang sama Cap Bunga menjalin hubungan yang cukup erat dan kuat dengan DAP.Pisau berasakan apabila Lim Kit Siang menghulurkan tangan agar DAP berdamai dengan PAS ditolak,Cap Bunga memainkan peranan sebagai penghubung agar penyatuan janda DAP dapat kembali semula dalam pakatan haprak.

 

Apakah tindakan Tuan Ibrahim Timbalan Presiden PAS mendapat lampu hijau dari Presiden PAS sendiri? Adakah ini satu cara agar PAS tidak mahu kelihatan sebagai pakar u -turn maka kaedah  hubungan luar tabiie diguna pakai.

 

PAS bermusuh dengan DAP,PAS tidak mahu bersama DAP, manakala PKR ,PAN dan Cap Bunga bersama sama didalam Pakatan Harapan.

Dalam masa yang sama PAS boleh sepentas bersama PKR,PAS boleh berunding dengan Cap Bunga. PAS juga begitu memusuhi anak luar nikah mereka iaitu parti PAN.

 

PAS sendiri mengharamkan agar tiada hubungan dengan DAP tetapi boleh semeja dengan CAP Bunga rakan karib DAP. Apa kejadah yang cuba PAS tonjolkan kepada rakyat?

 

Bukankah mudah jika PAS berterus terang,bukan susah pun nak buat U -Turn.. keluarkan lah dalil waima hadis untuk menghalalkan cara.. bukan perkara baru buat PAS.

 

 

KENYATAAN JAWATANKUASA INDUK BERSAMA PAS-PPBM

Mesyuarat Jawatankuasa Induk Bersama antara Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) telah berlangsung hari ini di Kuala Lumpur dan berjaya menghasilkan persefahaman antara kedua-dua pihak. Delegasi PAS diketuai oleh YBhg Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden PAS dan PPBM diketuai oleh YB Dato’ Seri Mukhriz Mahathir, Timbalan Presiden PPBM.

 

Mesyuarat hari ini telah memperhalusi deraf rangka kerjasama persefahaman politik PAS-PPBM dalam menghadapi PRU 14 dan beberapa ketetapan positif telah diambil dalam usaha untuk memeterai kerjasama antara kedua-dua parti.

 

Rangka kerjasama antara PAS dan PPBM akan diperhalusi oleh pimpinan tertinggi kedua-dua parti untuk ditandatangani oleh Presiden kedua-dua parti pada satu tarikh terdekat.

 

Sehubungan itu, mesyuarat hari ini juga telah bersetuju untuk membentuk sebuah Jawatankuasa Teknikal Bersama PAS-PPBM untuk mengambil tindakan susulan atas keputusan-keputusan yang dipersetujui oleh kedua-dua parti.

 

DATO’ TUAN IBRAHIM TUAN MAN

Timbalan Presiden PAS

YB DATO’ SERI MUKHRIZ MAHATHIR

Timbalan Presiden PPBM

1 Februari 2017

 

Pisau kata “Cap Bunga berjaya ngorat janda DAP”

It's only fair to share...

Leave a Reply

Your email address will not be published.