March 22, 2017

Sebelum ini Pisau ada siarkan rakaman video penafian tokong DAP mengenai pembabitan beliau dalam tidak menyambung kontrak mufti Pulau Pinang,malah tokong DAP juga menafikan keputusan majlis fatwa dibawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

 

Tokong DAP bukan saja menafikan malah terus menyerang PAS dengan dakwaan beliau difitnah,malah beliau juga menasihati PAS agar jangan kuat fitnah malah mengingatkan betapa besarnya dosa fitnah.

 

Dengan reaksi kononnya yang amat terkejut ,Tokong DAP  mendakwa beliau adalah mangsa fitnah seperti mana berlakunya kes beliau dengan Nasharudin Tantawi.

 

Nah.. sekarang Afnan Hamimi mendakwa proses pemfatwaan adalah benar dan bukan fitnah..

 

Seperti yang kita semua kenal.. tokong DAP cukup mahir berlakon … adakah rakaman video ini adalah salah satu aksi kungfu dan taichi tahap tertinggi yang semua orang boleh terbeli? Atau adakah PAS memang fitnah tokong DAP?

 

KENYATAAN CAMPUR TANGAN POLITIK TERHADAP PROSES PEMFATWAAN ADALAH BENAR, BUKANNYA FITNAH.
1. Sebagai seorang bekas Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang (sehingga Disember 2015), saya menegaskan bahawa kenyataan wujudnya campur tangan politik terhadap proses pemfatwaan adalah benar dan bukan fitnah yang direka.

 
2. Hal campur tangan politik ini sebenarnya pernah dibincangkan di dalam salah satu Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang pada tahun 2015. Salah seorang ahli mesyuarat yang hadir ketika itu ialah Sohibul Fadhilah Us Hj Soid Mohd Amin (difahamkan sekarang beliau merupakan salah seorang AJK Parti Amanah Negara negeri P.Pinang). Selain beliau, ahli mesyuarat yang lain turut hadir mengikuti perbincangan tersebut.

 
3. Ketika PAS bersama dalam Pakatan Rakyat P.Pinang, isu ini juga pernah dibincangkan di dalam Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri P.Pinang ketika Tuan Hj Mohd Sabu menjadi Pesuruhjaya PAS P.Pinang. Mesyuarat itu dipengerusikan sendiri oleh Tuan Hj Mohd Sabu yang juga merupakan Timbalan Presiden PAS ketika itu. Mesyuarat bersetuju supaya Tuan Hj Mohd Sabu sendiri mewakili PAS bagi menyuarakan bantahan melalui saluran dalaman Pakatan Rakyat.

 
4. Perlu diingatkan semua pihak, dalam apa jua keadaan, kepentingan Islam hendaklah mengatasi kepentingan politik. Berasaskan prinsip inilah PAS P.Pinang mengambil tindakan membangkitkan isu campur tangan politik terhadap proses pemfatwaan, untuk meletakkan institusi mulia seperti Jawatankuasa Fatwa Negeri pada tempat yang sepatutnya dan bebas daripada sebarang campur tangan politik mana-mana pihak.

 
5. Oleh itu, perlu difahami bahawa isu ini dibangkitkan bukan bertujuan untuk memusuhi pihak berkuasa agama, atau pihak pentadbir Kerajaan Negeri, bahkan jauh sama sekali untuk bertentangan dengan pihak Mufti Negeri P.Pinang atau para alim ulama di dalam Jawatankuasa Fatwa Negeri P.Pinang sekarang.
6. Namun, jika pihak Exco Agama Kerajaan Negeri P.Pinang tetap berkeras mendakwa bahawa kenyataan ini adalah satu fitnah, beliau sepatutnya berani mengambil tindakan undang-undang terhadap PAS P.Pinang.

 
Sekian, terima kasih.
AFNAN HAMIMI DATO’ TAIB AZAMUDDEN

Ketua Pemuda PAS Negeri P.Pinang
2 Februari 2017

 

Jika benar tokong DAP difitnah.. adalah lebih baik beliau saman puak PAS kerana telah melakukan dosa besar dan menjatuhkan maruah beliau sebagai pembela dan hero umat Islam pakatan harapan di Pulau Pinang..

Pisau kata ” PAS macam suam suam kuku lawan Guan Eng.. terkenang cinta lama ka…”

It's only fair to share...

pisau

One Comment

  • Reply
    alien
    07/02/2017

    yg tuduh la kena ada bukti… apa kes suruh yg tuduh saman balik penuduh plak???? tuduhan setakat cakap2 takde bukti

Leave a Comment



Hit Counter provided by Curio cabinets