hot! Hujah dan Serangan Murahan Mejar (DiPecat) Zaidi Pegawai KHAS TOKOH BANGLO TERLAJAK MURAH DI TEMPELAK SECARA BERSAHAJA OLEH PROF AZMI HASSAN.

in Berita Utama by

Viral di group group whatsapp sanggahan Mejar Zaidi terhadap pakar geostratigies hingga mengelar prof kangkung semata mataΒ  mahu buktikan beliau bersemangat pertahankan kedaulatan negara.

 

Hujah dan sanggahan beliau nampak gah.. jika dibaca seolah beliau seorang kepala besar dan pakar didalam institusi ketenteraan negara,malah serangan beliau bukan saja mahu perlekehkan kepimpinan negara malah beliau juga secara tidak langsung menyerang Panglima Angkatan Tentera Di Raja Malaysia dengan memberi persepsi yang amat buruk.

 

Jika nak berhujah biarlah nampak cerdik sedikit,kita tak mintak banyak sekurang kurangnya pamerkan kebijaksanaan sebagai pengampu tokoh banglo terlajak murah.

 

 

​Ini hujah Mejar Zaidi.. baca sampai habis.. dan dibawah sekali Pisau berjaya mendapat respon daripada Prof Azmi yang hanya menjawap secara ringkas dan padat tanpa perlu membebel meroyan seperti Mejar Zaidi

 

*KAPAL SELAM CHINA SINGGAH DI PANGKALAN TLDM ADALAH PERKARA LUAR BIASA DAN MENCEMARKAN KEDAULATAN NEGARA*

 
Saya ingin menyanggah satu tulisan oleh Profesor Azmi Hassan dalam portal Free Malaysia Today (FMT) bertarikh 17 Januari 2017 bertajuk “Perkara biasa kapal selam China singgah di Malaysia”.

 

Saya ingin menegaskan disini bahawa kenyataan beliau tersebut adalah salah dan menjurus kepada pengkhianatan kepada kedaulatan wilayah dan negara Malaysia. Β Hujah beliau yang membandingkan lawatan tersebut dengan lawatan oleh aset sama dari negara2 lain seperti Amerka Syarikat (AS), Australia dan Jepun adalah salah dan jauh menyimpang.

 

Soalan saya kepada beliau adalah;
1. Adakah AS, Australia dan Jepun menuntut wilayah Malaysia di Laut China Selatan (LCS) sepertimana yang di lakukan oleh negara China yg berfahaman komunis?
2. Adakah AS, Australia dan Jepun telah memasukkan wilayah Malaysia di LCS (termasuk perairan Sabah dan Sarawak) ke dalam peta rasmi negara mereka sepertimana yg dilakukan oleh China?
3. Adakah AS, Australia dan Jepun meletakkan kapal perang mereka di perairan negara kita selama lebih 2 tahun Β *TANPA KEBENARAN* dan enggan keluar walaupun mendapat bantahan seperti mana China yg telah meletakkan sebuah kapal pengawal pantai mereka di perairan beting patinggi ali yg letaknya hanya 80 km dari pantai Miri Sarawak. Kapal pengawal pantai ini juga telah menghalang nelayan Malaysia dari menagkap ikan di perairan tersebut?

 
4. Adakah AS, Australia dan Jepun menuntut beting patinggi ali sebagai hak mereka padahal ianya hanya 80 km dari pantai Sarawak sepertii mana yg dituntut oleh negara komunis China?

 
5. Adakah nelayan2 dari AS, Australia dan Jepun pernah menceroboh perairan negara kita seperti yg dilakukan oleh lebih 100 bot nelayan2 dari negara komunis China tidak berapa lama dulu (dengan dilindungi oleh kapal pengawal pantai mereka yg telah lama berkampung disitu) sehinggakan Menteri di JPM DS Shahidan Kassim baru2 ini mengeluarkan kenyataan bahawa kajian menunjukkan nelayan2 yg bertindak agresif tersebut dilatih dengan latihan ketenteraan?

 
6. Adakah AS, Australia dan Jepun membina pangkalan tentera di tengah2 LCS yg dilengkapi lapangan terbang sepertimana yg dilakukan oleh negara komunis China walaupun mahkamah antarabangsa telah memutuskan bahawa tuntutan China keatas LCS adalah tidak berasas?
Rasanya sudah cukup soalan2 yg saya kemukakan kepada beliau untuk dijawap. Kesimpulan saya ialah, jelas kepada masyarakat dunia China sedang berusaha menakhluk wilayah Malaysia di LCS yg terkenal kaya dengan sumber asli seperti minyak, gas dan perikanan.

 

Tindakan menceroboh perairan negara kalau ditempat lain boleh membawa ketegangan sehingga tidak mustahil boleh membawa kepada peperangan. Walaupun China adalah kuasa besar dunia dan Malaysia sebaiknya mengelakkan dari berperang dengan China namun tindakan membenarkan kapal negara “musuh” singgah berlabuh dan mendapatkan bekalan di pangkalan tentera laut kita adalah satu tindakan bodoh dan menjurus kepada penggadaian kedaulatan negara kepada pihak “musuh”.

 

Begitu juga keputusan untuk membeli kapal perang dari China yang dibuat oleh pentadbiran Najib ketika lawatan ke China baru2 ini. Timbul persoalan adakah dalam lawatan ke China tersebut

 

*NAJIB TURUT MENGGADAIKAN KEDAULATAN NEGARA DENGAN BERSETUJU MEMBENARKAN KAPAL-KAPAL PERANG CHINA BERLABUH DAN MENDAPAT BEKALAN DI PELABUHAN2 MALAYSIA TERUTAMANYA PANGKALAN2 TLDM YG MERUPAKAN KAWASAN LARANGAN HATTA KEPADA RAKYAT SENDIRI???*.

 

Keputusan untuk membeli kapal perang dari China adalah tindakan bodoh dan berunsur pengkhianatan terhadap kedaulatan negara. Rasanya Malaysia adalah negara pertama di dunia yg membeli peralatan perang dari sebuah negara “musuh” yg secara jelas menyatakan hasrat menakhluk wilayah Malaysia dengan memasukkannya ke dalam peta rasmi negara mereka. Pernahkah Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina dan Brunei membeli peralatan perang dari Malaysia?

 

Jawapannya *TIDAK PERNAH* walaupun Malaysia pernah membeli helikopter dan pesawat pengangkut dari Indonesia. Malaysia pernah berperang sekian lama dengan Parti Komunis Malaya (PKM) yg menyaksikan ramai rakyat Malaysia terutama para perajurit terkorban dan ekonomi yg terjejas. Bukan satu rahsia bahawa PKM mendapat bantuan ketenteraan dari China dan ramai pemimpin PKM yg lari mendapatkan perlindungan di China.

 

Harini komunis cuba menguasai dan menakhluk perairan negara kita pula terutama di Sabah dan Sarawak. Sesiapa yang menyokong tindakan mereka walau dalam apa bentuk sekalipun adalah *PENGKHIANAT* kepada bangsa, agama dan negara Malaysia yang berdaulat dan boleh dikenakan tindakan di bawah undang-undang sebagai bersubahat dan membantu pihak musuh.
*KATAKAN TIDAK KEPADA KOMUNIS CHINA. KATAKAN TIDAK KEPADA UMNO BN*
Mejar (B) Hj Zaidi bin Ahmad TUDM

(Dipecat kerana isu dakwat SPR tak kekal)

0174164728
#VIRALKAN JIKA ANDA SAYANGKAN AGAMA, BANGSA, NEGARA DAN MASA DEPAN ANAK CUCU TERCINTA
*ALLAH MAHA BESAR!!!*
Tulisan profesor kangkung yg boleh dianggap *PENGKHIANAT NEGARA* ini boleh dirujuk di: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/01/17/perkara-biasa-kapal-selam-china-singgah-di-malaysia/
BUKTI CHINA MASUKKAN PERAIRAN SABAH DAN SARAWAK DALAM PETA BARU NEGARA MEREKA PADA TAHUN 2014

 

😑😑😑😑😑😑😑😑😑

πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

https://globalnation.inquirer.net/107107/china-publishes-new-map

 

Jawapan Prof Azmi

Jika ada yang berhujah bahawa Malaysia tak sepatutnya memberi kebenaran kapal selam China berlabuh di perairan negara krn isu tuntutan bertindih Laut China Selatan LCS maka hujah yg serupa jika dirambatkan Malaysia juga tidak boleh mengizinkan kapal perang Singapura (tuntutan bertindih Batu Putih/Middle Rocks/South Ledge), Indonesia (Sulewasi/Ambalat), Brunei (EEZ LCS) dan juga Vietnam (EEZ LCS).

 

Pisau kata ” diri sendiri jadi pencacai dap nak cakap soal kedaulatan negara.. puiii! “

It's only fair to share...

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.