Home / Wilayah / Guan Eng Minta Maaf Dalam Mesyuarat;Pakatan Dah Sedar Bakal Kalah PRU13

Guan Eng Minta Maaf Dalam Mesyuarat;Pakatan Dah Sedar Bakal Kalah PRU13

Baru baru ini satu perkara mengejutkan ramai pihak di Komtar,dalam satu mesyuarat tertutup yang dipengerusikan oleh Lim Guan Eng bersama beberapa jabatan,sebaik saja tamat mesyuarat Guan Eng berkata ini “adalah mesyuarat terakhir sebelum PRU13 dan kita akan berjumpa lagi selepas PRU13″ kemudian Guan Eng keluar meninggalkan bilik mesyuarat.

Apa yang mengejutkan ramai, Lim Guan Eng berpatah balik sambil memegang microphone  “Jika selepas PRU13 saya tidak ada dan pakatan gagal kekalkan kuasa,saya mohon maaf jika ada sebarang kesilapan dan selamat maju jaya kepada anda semua ” selepas itu beliau terus meninggalkan bilik mesyuarat dan membuat kesemua yang hadir terpinga pinga melihat akan gelagat Guan Eng.

Gelagat Guan Eng menjadi buah mulut di Komtar,masakan tidak kita mengenali akan kesombongan Lim Guan Eng ketua menteri paling celaka dalam sejarah regim DAP Pulau Pinang malah diperakui oleh Timbalannya sebagai arrogant,cocky & tokong. Kenapa Guan Eng dilihat bagai orang yang nak mati,buang tebiat? kata pegawai kanannya kepada Pisau..

Seperti yang Pisau katakan sebelum ini laporan sulit culaan pengundi dari DAP telah membayangkan pakatan gagal ke Putrajaya dan peluang DAP kekalkan kuasa di Pulau Pinang bagai dihujung tanduk.

Sambutan Tahun Baru Cina 2013 baru baru di Pulau Pinang memberi satu indikator baru.Semasa berada di Kolej Han Chiang sorakan kepada Najib dan 1Malaysia agak lain macam.Gemanya meremang bulu roma..Realitinya cuba dipadam dengan video beberapa kerat  haprak pakatan yang kebudak budakan.Hingga sekarang Malaysiakini portal bohong dan fitnah masih menyentuh kehadiran PSY ke program itu. Sorakan oleh hadirin ketika itu melahirkan rasa kelainan yang amat sangat terutamanya di Han Chiang lokasi yang Pisau gelar sebagai pusat melahirkan hibrid ultrakiasu DAP.

Impak yang dibawa oleh BN dan Najib cukup besar hingga mengusarkan ramai pihak di sebelah pakatan.Kita semua masih ingat bagaimana Lim Guan Eng dengan sombongnya berkata BN telur ayam dan tidak akan dapat menang sama sekali di Pulau Pinang.

Guan Eng lupa,beliau dari Melaka yang tidak tahu perangai dan sikap pengundi di sini.Cina Pulau Pinang cukup bijak berpolitik,mereka yang pertahankan kerajaan BN dan merekalah juga yang menjatuhkan kerajaan BN. Sekarang ini ombak kebangkitan sokongan kepada BN meningkat naik dan tidak mustahil pengundinya akan memberikan semula kepada BN kerana ternyata regim DAP Pulau Pinang gagal sama sekali memberi keyakinan kepada rakyat.

Unit komunikasi  ketua menteri anggap rakyat Pulau Pinang tidak ada otak,mereka perbodohkan pengundi dengan belanja puluhan juta wang rakyat untuk terbitkan Buletin Mutiara yang banyak menyiarkan lebih banyak auta daripada fakta.

 

no money no talk

Guan Eng dan regim DAP mentadbir negeri secara tidak bijak,slogan cekap,akauntabiliti dan telus dimomokkan sendiri oleh Guan Eng dan barisan pimpinan negeri kerana terang terangan menyeleweng,kayakan kroni,rasuah dan tidak serius membantu rakyat.

Rekod cemerlang kerajaan BN cuba dipadam dengan pembohongan seolah dahulunya Pulau Pinang sebuah negeri yang mundur,bertukar saja kepada pemerintahan DAP kesemuanya menjadi maju. Lim Guan Eng dengan program anti kemiskinan ternyata gagal walaupun pada satu ketika menggunakan wang dari kelab lumba kuda.Di dewan rakyat mereka istiharkan berjaya menghapuskan miskin tegar ,rujuk kaedah hapus miskin tegar cara DAP:klik sini

Haprak pakatan amat benci dan tidak akan sesekali menerima fakta yang BN sebelum ini berjaya memacu ekonomi kerajaan negeri.
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Pulau Pinang untuk 1970 hanyalah RM1.25 bilion meningkat ke RM17 bilion pada 2002, yakni dalam masa 30 tahun. Ia meningkat 30 kali ganda kepada RM32 bilion pada 2008 di bawah kerajaan BN. Bukan mudah memacu pertumbuhan ekonomi – 30 kali ganda dalam 40 tahun. Kalau kita tengok pelaburan asing, tahun 80-an > RM4 bilion, 90-an > RM20 bilion, tahun 2000 hingga 2008 > RM 40 bilion.
Sejak 1995, Pulau Pinang mencatat kedudukan antara 10 bandar raya terbaik Asia untuk didiami – bukan mudah nak dicapai tahap ini. Di bawah BN, ia berusaha selama 12 tahun tidak henti-henti sebelum mendapat pengiktirafan UNESCO sebagai bandar raya Warisan.
Di bawah Penang Skill Development Centre semasa ditadbir kerajaan negeri dahulu sejak 20 tahun, sudah dilatih 150,000 tenaga profesional untuk keperluan industri. Juga dipergiatkan latihan anak-anak muda dalam bidang vokasional dan teknikal di Perda Tech dan 14 Giatmara yang ada di setiap kawasan Parlimen di Pulau Pinang.
Di Pulau Mutiara ini, BN mencapai 100 peratus tenaga kerja yang digaji. Pekerjaan ada untuk semua asalkan tidak memilih kerja.
Dari segi perumahan pula, dalam masa 18 tahun sejak 1990 di bawah Kerajaan negeri dahulu, BN membina dan meluluskan untuk pembinaan 69,275 rumah kos rendah dan kos sederhana untuk rakyat di samping 4,614 untuk disewakan bagi yang kurang mampu.

Laporan Audit Negara 2010 menyebut Pejabat Ketua Menteri dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri hanya belanja 54 peratus peruntukan dan 46 peratus lagi tidak dibelanja, 23 projek ditangguh tidak siap seperti 6 projek besarkan masjid dan Sekolah Agama, 3 projek kubur orang Islam, 6 projek rumah murah, 2 projek mahkamah syariah dan lain-lain.Malangnya umat Islam dibohongi dengan billboard diseluruh negeri kononnya regim DAP membelanjakan puluhan juta peruntukan kepada umat Islam Pulau Pinang.

Yang ketara ialah kerajaan DAP Pulau Pinang menyerah bulat-bulat pembangunan negeri Pulau Pinang kepada kerajaan Pusat. Mereka hanya berpolitik dan memaki hamun. Sedangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sangat pentingkan rakyat Pulau Pinang.

UMNO dan BN Pulau Pinang memohon meminta projek-projek untuk kemudahan rakyat tidak ditangguh hanya disebabkan UMNO dan BN tewas. Rakyat masih memerlukan pembangunan dan Kerajaan Pusat bersetuju bahawa semua projek pembangunan mesti berjalan seperti biasa seperti yang dirancang bersama kerajaan negeri dulu,
Hakikatnya, untuk empat tahun ini sahaja sejak 2008 hingga sekarang, Kerajaan Persekutuan BN telah membelanjakan peruntukan sejumlah RM22.5 bilion untuk Pulau Pinang, seperti berikut:
l Projek- projek bawah RMK-9 > RM4 billion
l 1st rolling plan RMK-10 > RM1 billion
l Projek Mega Persekutuan berjumlah RM9.1 bilion melibatkan Jambatan Pulau Pinang Kedua (RM4.5 bilion),
Landasan berkembar KTMB (RM2.7 bilion), Empangan Mengkuang (RM1.2 bilion) pembesaran lapangan terbang (RM0.3 billion), pelebaran Jambatan Pulau Pinang (RM0.4 bilion)
l Projek-projek kecil Persekutuan PIA dan PIAS > RM71.1juta.
l Projek Khas PM dan TPM (masjid, dewan, jeti, jambatan, rumah ibadat, gerai, sukan dan lain-lain > RM249 juta.
l Bayaran elaun guru Kafa, takmir, imam, penyelaras masjid dan lain-lain pentadbir ugama >RM40.8 juta
l Projek-projek bantuan rumah dan penjanaan pendapatan di bawah program pembasmian kemiskinan > RM12 juta.
l Pelbagai Belanja Mengurus Persekutuan untuk 86 Jabatan dan Agensi Persekutuan yang beroperasi di Pulau Pinang > RM8 bilion (RM2.2 bilion setahun dari 2008 hingga 2011).
Kerajaan DAP tidak wajar mendabik dada menyatakan pelaburan asing sudah masuk RM10 bilion ke negeri itu. Sedangkan sebahagian besar daripadanya adalah hasil Kerajaan Persekutuan menarik pelaburan di bawah MITI dan Mida dan prasarana infrastruktur yang dibina oleh Kerajaan Pusat.
Guan Eng ada alasan kukuh untuk menjadi ketua pembangkan di negeri Pulau Pinang

Pisau kata ” ramai ahli PAS bakal undi BN”

About pisau

Leave a Reply


This seal is issued to pisau.net by StopTheHacker Inc.
Scroll To Top