Home / Berita Utama / Berita Nasional / BN Bina, Guan Eng Yang Dapat Nama.Lancar Buku Menjelang PRU13.

BN Bina, Guan Eng Yang Dapat Nama.Lancar Buku Menjelang PRU13.

Lim Guan Eng layak digelar sebagai Credit Hunter dan juga publicity crazy,Dalam ceramah beliau diseluruh negara Guan Eng nyatakan selama lebih 50 tahun sejak merdeka BN tidak membawa kemajuan dan pembangunan kepada Pulau Pinang.Pisau begitu teruja apabila melihat tukang kipas,tukang jilat dan juga tukang hisap..kesemuanya memberi puji pujian kepada tuhan DAP seolah sejak pemerintahan regim DAP perubahan yang mendadak berjaya dilakukan.

Ada yang berkata sebaik saja turun dari lapangan terbang antarabangsa  Bayan Lepas mereka sudah nampak akan perubahan Pulau Pinang berbanding zaman BN memerintah. Butakah mata…butakah hati..apakan daya ini semua dek panahan cinta dan keimanan kepada tuhan DAP Yang Mulia Lim Guan Eng.

Apa yang Guan Eng dan regim negeri sorok kepada anda? Meh Pisau dedahkan…Ini berita yang penyokong haprak pakatan dan juga penganut PAS tidak mahu rakyat Pulau Pinang tahu.

Untuk pengetahuan korang, Pulau Pinang pada 2012 dalam 4 bulan pertama telah menjunam ke tangga ke enam dalam FDI. Menurut analisis  dalam masa 2-3 tahun akan datang Pulau Pinang akan menghadapai masaalah pengangguran yang serius.

Kedudukan Pulau Pinang sekarang ini merosot teruk jatuh ke tanggan keenam dibawah Terengganu apabila jumlah kemasukan pelabur hilang lebih daripada separuh. Sebelum ini Guan Eng dan regim DAP sering berbohong mengenai data dan fakta FDI.

Akibat daripada itu kesannya sudah mula dirasai. Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) dalam tempoh empat bulan pertama 2012,ranking kemasukan pelabur asing jatuh ke tangga ke 6,manakala jumlah pelaburan domestik dan luar merudum ke tangga ke 7.

Dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini jumlah pelaburan bernilai 4.7 billion ke negeri Sabah yang sekarang ini menduduki tempat pertama dari segi kemasukan pelabur,Selangor dan Johor menduduki tempat kedua dan ketiga . Dan selepas itu diikuti oleh Terengganu,Sarawak,Perak, Pulau Pinang dan Kedah.

Lim Guan Eng dan juga regim negeri tidak mendedahkan fakta ini bahawa kemasukan pelabur asing hanya 600 juta, Amat sukar untuk Pulau Pinang menandingi Sabah apabila jumlah pelaburan ke negeri dibawah bayu itu bernilai 4.7billion.

Terengganu juga mempunyai pelaburan asing yang tinggi iaitu 1.3billion ringgit dua kali ganda berbanding Pulau Pinang.Berdasarkan analisis dari pakar ekonomi Pulau Pinang sekarang ini kekurangan pelaburan jangka masa panjang ditambah pula dengan keadaan ketidak stabilan politik menjadi sebab utama pelabur asing menarik diri daripada melabur di Pulau Pinang.

Pakar ekonomi menjangkakan ,Pulau Pinang dalam tempoh 2-3 tahun akan datang bakal menghadapi pengangguran yang serius,kuasa beli dikalangan rakyat dilihat signifikan dan bakal menjerumuskan masaalah keselamatan sosial.

2 tahun sebelum ini,Lim Guan Eng menghebohkan seluruh dunia regim DAP dibawah pemerintahannya mendapat kemasukan pelaburan yang tinggi disebabkan kecekapan CAT dan Pakatan rakyat.

Nah..kenapa apabila kedudukan Pulau Pinang jatuh ke tangga keenam,seluruh kepimpinan regim DAP dan haprak pakatan mendiamkan diri?

2 tahun sebelum ini apabila kedudukan Pulau Pinang ditangga pertama dinegara ini,Lim Guan Eng mendabik dada katanya selama 50 tahun BN memerintah tidak membawa kemajuan berbanding dirinya dan pakatan yang berjaya membawa kemasukan pelabur yang tinggi.

Media crazy dan credit hunter, 2 istilah ini memang melekat di dahi Lim Guan Eng. Sekarang ini apabila pelabur asing menarik diri daripad melabur di Pulau Pinang,apa alasan Lim Guan Eng pula?

Tahukah anda berlakunya insiden apabila wartawan ekonomi sebuah akhbar Barat bertanya Lim Guan Eng dalam satu sidang akhbar mengenai pelaburan tahun 2012 di Pulau Pinang. Ketua menteri ini telah mengelak untuk menjawap soalan daripada wartawan tersebut.

Menarik sekali apabila didesak Guan Eng memberi alasan keadaan ekonomi global yang kurang cergas dan lemah menjadi punca kurangnya kemasukan pelabur ke negeri Pulau Pinang.Kenapa Guan Eng tidak jujur dan ikhlas untuk memberitahu kepada rakyat mengenai alasan beliau?
Sedangkan sebelum ini beliau sering kali berbangga diri dengan pentadbiran CAT yang beliau sendiri kata cekap,akauntabel dan telus.

Paling mengejutkan Lim Guan Eng berkata adalah tidak penting untuk menarik pelaburan asing!

Tahukah anda bahawa komuniti pelabur mencemuh Lim Guan Eng dan kerajaan negeri Pulau Pinang? Ini semua gara gara Lim Guan Eng sering mendakwa kemasukan pelabur berpunca daripada dasar CAT yang memberi keyakinan kepada pelabur.

Para pelabur seolah berasa terhina seolah Lim Guan Eng anggap mereka ini mendirikan kilang dan masuk melabur secara tergesa gesa setelah DAP memerintah. Guan Eng memberi gambaran seolah komuniti pelabur teruja dengan diri beliau.

Menurut sumber Pisau, Guan Eng anggap membina kilang,melabur di Pulau Pinang seperti membuat perniagaan menjual makanan seolah pelabur datang ke Pulau Pinang,tengok tanah kosong dan terus buat kilang. Menurut jurucakap Penang Invest ,berdasarkan amalan biasa dan pengalaman beliau.Pelabur asing biasanya menggambil masa 3 tahun untuk membuat keputusan sama ada untuk membuat pelaburan atau tidak. Itu pun setelah memilih dan meneliti beberapa kawasan pilihan sebelum mereka membuat keputusan muktamad

Bayangkan sejak 2008 hingga 2010 ,Guan Eng dah mendabik dada bahawa dasar CAT berjaya menarik pelabur asing. Terang terangan beliau telah berbohong kepada rakyat.

Baru baru ini pada 29 March hari Jumaat di PDC ,Lim Guan Eng melancarkan buku menyambut ulang tahun ke 40 Industrialisation In Penang.Malangnya buku tersebut bukan saja berbohong mengenai fakta pelaburan tetapi Lim Guan Eng juga memperbodohkan rakyat seolah beliau membawa transformasi industri di Pulau Pinang.Kepada siapa sebenarnya Guan Eng mau bohong?

Apa yang diperkatakan Lim Guan Eng didalam buku itu tak lebih kepada meniru bulat bulat dasar kerajaan membangunkan K Ekonomi semasa zaman Tun M dan Pak Lah menjadi Perdana Menteri.

Screen Shot 2013-04-01 at 3.07.10 AM

 

Screen Shot 2013-04-01 at 3.07.28 AM Screen Shot 2013-04-01 at 3.07.39 AM

 

Lim Guan Eng nyatakan didalam buku tersebut mahukan pentadbiran yang bersih,sebenarnya apa yang dimaksudkan beliau pentadbiran yang patuh kepada pemerintahan ala diktator yang diamalkan. Tidak ada mana mana pihak selain dari Lim Guan Eng yang boleh membuat keputusan selain daripada beliau sendiri. Jika sesuatu keputusan dibuat tanpa persetujuan beliau pasti akan dibatalkan serta merta.

Sebab itulah kita dapat lihat bagaimana tanah Bayan Mutiara yang nilainya berbillion ringgit dijual dibawah harga pasaran,begitu juga dengan skandal sPICE yang turut menyebabkan kerajaan negeri kerugian lebih 1 billion ringgit dan memberi keuntungan kepada pemaju berlipat kali ganda.

Good governance regim DAP tidak berhenti disitu saja sebaliknya berterusan dengan penjualan tanah untuk rumah murah dibawah harga pasaran di Taman Manggis. Kehebatan akauntabiliti dan ketelusan regim DAP juga berjaya meningkatkan kos membina terowong dari 4 billion kepada 6 billion dengan hanya memberi alasan kesilapan menaip.

 

Pisau kata “kerajaan negeri semasa pemerintahan BN tinggalkan wang tunai lebih 800 juta,tak sampai 2 tahun Guan Eng kata berjaya kumpul 1 billion..dia nak bohong kat sapa sebenarnya?”

About pisau

Leave a Reply


This seal is issued to pisau.net by StopTheHacker Inc.
Scroll To Top