Home / Berita Utama / Berita Nasional / Guan Eng digesa tampil perjelas isu tender projek RM6.3 bilion

Guan Eng digesa tampil perjelas isu tender projek RM6.3 bilion

20130307-204628.jpg

GEORGE TOWN 7 Mac – Pemuda Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang hari ini menggesa Ketua Menteri, Lim Guan Eng tampil menjelaskan isu pemberian tender projek mega bernilai RM6.3 bilion kepada sebuah konsortium.

Wakil mereka, Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Shaik Hussein Mydin berkata, sebagai ketua menteri yang memimpin kerajaan negeri, Lim tidak harus menyerahkan tugas memberi penjelasan mengenai isu itu kepada pegawai kerajaan negeri.

“Siapa yang akan bertanggungjawab kalau projek ini ada masalah? Adakah pegawai kerajaan? Ketua Menteri hanya cuci tangan dengan menyatakan tidak terlibat dalam proses penilaian teknikal dan pemilihan tender,” katanya pada sidang media di sini.

Isnin lepas, kenyataan akhbar bersama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Farizan Darus dan Pegawai Kewangan Pulau Pinang, Datuk Mokhtar Mohd. Jait menyatakan: “Sebagai rumusan, proses penilaian teknikal dan pemilihan tender dijalankan secara profesional oleh jawatankuasa yang dipengerusikan masing-masing oleh Pegawai Kewangan dan Setiausaha Kerajaan Negeri, tidak melibatkan Ketua Menteri.”

Pemuda BN negeri sebelum itu dilapor mempertikaikan tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang menyerahkan tender projek tersebut kepada sebuah konsortium yang memiliki modal berbayar RM2 dan modal dibenarkan RM100,000.

Projek mega yang diumum kerajaan negeri dipimpin DAP itu melibatkan pembinaan empat lebuh raya utama termasuk terowong bawah dasar laut dari Gurney Drive ke Bagan Ajam.

Pembinaan projek itu diserah kepada Consortium Zenith BUCG Sdn. Bhd. iaitu syarikat tujuan khas yang dibentuk daripada lima syarikat – Zenith Construction Sdn. Bhd., China Railway Construction (dua syarikat ini memegang keseluruhan 70 peratus ekuiti), Beijing Urban Construction Group (BUCG), Sri Tinggi Sdn. Bhd. dan Juteras Sdn. Bhd. yang masing-masing memiliki 10 peratus.

Mengulas lanjut, Shaik Hussein berkata, mereka juga pelik dengan pemilihan tiga syarikat dalam konsortium itu iaitu Zenith Construction, Sri Tinggi dan Juteras kerana masing-masing tidak dikenali oleh pemaju dan kontraktor lain.

Shaik Hussein turut mendakwa Consortium Zenith BUCG Sdn. Bhd. baru ditubuhkan tiga bulan sebelum proses tender dijalankan. – BERNAMA

Pisau kata “pakatan mintak hapus tol..ada haprak pakatan bising bila guan eng umum 30tahun konsesi tol”

About pisau

2 comments

  1. Tanya Sama Najib…
    Apa Sebab Goyang…
    Nanti Jawab Najib…
    Sabah Dah Hilang…

    Masa Berjauhan..
    Apa Nak Di Kenang…
    Bila Di Hitungkan
    Sarawak Melayang….

    Tanya Sama Kak Mah…
    Sebab Apa Sabah Hilang…
    Nanti Jawab Kak Mah…
    Najib Dah Jadi Pembangkang…

    Muhyidin Takut Tak Dan…
    Rakyat Sokong Pakatan…
    Bee End Kena Tendang…
    PM Dapat Kat Pakatan…

    Muhyidan Takut Tak Dan…
    Rakyat Tak Kasi Can…
    Bee End Kena Tendang..
    Jawatan PM Pon Melayang…

    • Nyanyilah Taik ooi, nanti bila lepas PRU13 jangan nangis tengah jalan sudahlah takut kena langgar trektor. Kalau nak nangis, nangislah dibelakang guri.

Leave a Reply


This seal is issued to pisau.net by StopTheHacker Inc.
Scroll To Top