Home / Berita Utama / Berita Nasional / Guan Eng Beri Konsesi Tol 30 Tahun, Jalan Termahal Dalam Sejarah Negara
Guan Eng Beri Konsesi Tol 30 Tahun, Jalan Termahal Dalam Sejarah Negara

Guan Eng Beri Konsesi Tol 30 Tahun, Jalan Termahal Dalam Sejarah Negara

Baru baru ini  Guan Eng Ketua Menteri Regim DAP mendedahkan perancangan besar dalam plan pembesaran  infrastruktur jalan di Pulau Pinang yang berjumlah 7 billion.

Projek tersebut merangkumi:-

1- 4.6km jalan pintas Bandar Air Hitam ke Lim Chong Eu Expressway
2- 6.5km terowong bawah laun dari Pesiaran Gurney ke Bagan Ajam
3- 12km jalan berkembar dari Telok Bahang ke Tanjong Bungah
4- 4.2km jalan pintas dari Pesiaran Gurney ke Lim Chong Eu Expressway merentasi pusat bandar

Pisau lihat keempat projek mega ini langsung tidak melalui tender terbuka malah kerajaan negeri langsung tidak memberi sebarang notis atau membuat pengumuman kepada rakyat.Inikah yang dikatakan Cekap,Akauntabiliti dan Telus?

Selepas itu pentadbiran Lim Guan Eng mengumumkan satu projek bernilai RM140juta pembesaran jalan 1.5km Jalan Bukit Minyak-Alma.Dengan hanya jarak  1.5km projek pembesaran jalan ini adalah paling mahal dalam sejarah Malaysia sejak merdeka.

Pengumuman yang dibuat oleh Lim Guan Eng adalah satu perkembangan yang banyak membuka mata banyak pihak didalam politik Pulau Pinang. Jurang diantara keputusan demi kepentingan politik yang membabitkan polisi telah mengatasi kepentingan rakyat .Pengumuman yang dibuat oleh Guan Eng adalah salah satu daripada senarai kegagalan polisi dari kacamata rakyat yang secara langsung menyerlahkan kesombongan beliau hingga polisi berkepentingan awam dilihat menurun dengan mendadak.

image
berakhirnya pemerintahan regim DAP pada pru13

Ketua menteri menolak dan tidak menerima langsung pendapat awam dalam membuat keputusan polisi.Inilah menjadi bukti apa yang disebut sebagai cocky arrogant tokong.Amat berbeza sekali dengan pendekatan yang dibuat oleh kepimpinan diperingkat kerajaan pusat yang diketuai oleh Najib yang mendahulukan rakyat dan janji ditepati.

Terowong sepanjang 6.5km yang bakal menghubungkan Gurney Drive dan Bagan Ajam bakal menjadi projek gajah putih.Dengan pembinaan jambatan kedua untuk menampung keperluan trafik sehingga 2022,apa keperluan terowong yang hanya berakhir didepan Gurney Plaza?

Pisau lihat keputusan membina terowong dasar laut dibuat tanpa mengambil kira pendapat awam terutamanya ia bakal mengugat pelabuhan Pulau Pinang yang bakal menjadi transhipment port.Transhipment port adalah menjadi lokasi persinggahan kapal kapal besar untuk mengambil kontena dan barangan untuk ke lain lokasi. Kedalaman selat 18.5m  amat diperlukan untuk menjadi laluan kapal besar.

Keputusan pembinaan terowong tersebut dibuat tanpa membuat kajian fisibiliti dalam menilai impak kemajuan pelabuhan. Lim Guan Eng membuat keputusan tersebut tak lebih kepada ego seorang ketua menteri yang mahu meninggalkan legasi politiknya dinegeri ini. Ternyata keputusan membina terowong tersebut pasti akan mengagalkan matlamat Pulau Pinang menjadi transhipment hub seperti Singapura .

Dalam masa penyokong kerajaan negeri mahukan status pelabuhan bebas dikembalikan sekiranya Putrajaya berjaya ditakluki oleh pakatan,Namun apa gunanya mempunyai pelabuhan bebas jika tidak boleh berfungsi sebagai hub transhipment  seperti Singapura dan Hong Kong

Gurney Drive dan di sekitar Pulau Tikus adalah kawasan yang mengalami kesesakan lalulintas yang amat teruk terutamanya pada waktu puncak dan hujung minggu,bayangkan jika cadangan pembinaan terowong dasar laut dibina sedangkan masaalah kesesakan lalulintas tidak diselesaikan.

Keputusan untuk membina lebih banyak jalan daripada penambahbaikan pengangkutan awam telah lari dari motto Penang Transport Council: Moving the people,not cars.

Ini menjadi bukti,Lim Guan Eng dan regim DAP Pulau Pinang tidak berpegang kepada janji kepada rakyat.Pisau amat hairan kenapa Guan Eng dan kerajaan negeri menghabiskan jutaan ringgit dengan melantik syarikat dari luar untuk membuat kajian lalu lintas .Sebaliknya Lim Guan Eng sendiri yang menjadi penyebab kepada kesesakan lalu lintas.

Lim Guan Eng bukan saja angkuh,sombong,pembohong rupanya beliau juga bebal dan bodoh sombong.Jika blogger boleh nampak akan kebodohan Ketua menteri dalam membuat keputusan apatah lagi rakyat diluar sana yang disajikan dengan berita dari Buletin Mutiara dengan cerita bombastik sedangkan didepan mata saban hari masaalah tidak juga selesai.

Pisau buktikan bahawa sekumpulan anjing haprak pakatan sememangnya bodoh,kerja mereka hanya menyalak tanpa memberi sebarang kebaikan kepada rakyat Pulau Pinang.Salah satunya kumpulan HAPUS yang menuntut agar tol Jambatan Pulau Pinang dihapuskan.

Dalam masa Lim Guan Eng gagal penuhi janji menghapuskan tol Sungai Nyior,beliau arahkan anjing anjingnya menyalak terhadap Jambatan Pulau Pinang. Kumpulan anjing HAPUS ini Pisau rasakan bodohnya sudah tidak boleh diajar.Mereka tidak pula mengkritik Lim Guan Eng apabila ketua menteri yang bebal lagi bodoh ini mencadangkan agar terowong dasar laut dikenakan tol. Katanya baru baru ini tiada pembayaran atau pembiayaan diberikan kepada pihak kontraktor yang menjadi pemegang konsesi sebaliknya kerajaan negeri akan memberi konsesi,pertukaran tanah atau pun tol.

Lim Guan Eng berkata bayaran tol dijangka sama seperti harga tol Jambatan Pulau Pinang dan jambatan kedua.

Kononnya regim DAP mengamalkan cekap,akauntabiliti dan telus,namun Lim Guan Eng membuat keputusan mengenai konsesi dan pertukaran tanah secara rahsia.Apabila disoal oleh wartawan mengenai konsesi ,Lim Guan Eng berkata konsesi ditawarkan kepada kontraktor tanpa jaminan dari pihak kerajaan negeri bahawa terowong tersebut mampu mendapatkan trafik.

Apabila didesak oleh wartawan bagaimana beliau mampu mencapai matlamatnya.Bagi pihak Ketua Menteri, Lim Hock Seng yang memegang porfolio Kerja Raya Utiliti dan Pengankutan berkata tanah Tanjung Pinang dan beberapa kawasan bersama 30 tahun konsesi diberikan kepada pihak pemengang konsesi untuk mengutip tol.Katanya lagi pemegang konsesi diberi kebebasan untuk membuat apa saja keatas tanah yang diberikan.

Guan Eng dan exconya sehingga sekarang gagal menerangkan lebih terperinci mengenai konsesi 30 tahun yang diberikan kepada pihak kontraktor. Paling mengejutkan dalam masa Guan Eng mengkritik pemberian konsesi terhadap syarikat yang membina lebuh raya dan jambatan Pulau Pinang oleh kerajaan pusat. Sebaliknya beliau memberikan habuan yang cukup besar kepada pemegang konsesi terowong dasar laut.

This is unacceptable and giving such a long concession only benefits the few, allowing the toll operator to earn mega profits of pharaonic proportions at the expense of 1.6 million ordinary Penangites especially when the prime land at Tanjung Pinang is estimated to cost a few billions.-Lim Guan Eng

Pisau cadangkan gerembolan haprak pakatan yang menuntut agar tol dihapuskan,agar lupakan saja niat anda. Tanya dulu Lim Guan Eng apa yang dibuat dibelakang anda secara sulit dalam masa yang sama mendesak agar tol jambatan Pulau Pinang dihapuskan.

Tanya Lim Guan Eng kenapa jalan yang hanya jaraknya 1.5km menelan belanja 140juta menjadi jalan termahal di Malaysia sejak merdeka.

image

Berdasarkan maklumat dalaman DAP,agak sukar buat DAP pertahankan kerajaan ,sokongan terhadap Najib dan BN meningkat dengan mendadak.Ingatlah..Lim Guan Eng tidak akan sesekali akan mintak maaf didalam mesyuarat jika beliau sudah tahu DAP bakal tumbang!:klik sini

Pisau kata ” banyak lagi yang akan didedahkan…”

About pisau

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current ye@r *


This seal is issued to pisau.net by StopTheHacker Inc.
Scroll To Top