Home / Berita Utama / Google Gagalkan Pembohongan Lim Guan Eng

Google Gagalkan Pembohongan Lim Guan Eng

Lim Guan Eng,satu nama besar dalam bidang bohong dan putar belit fakta.Taraf beliau sebagai bintang besar seolah Neymar atau Messi dipandang cukup tinggi kerana skill beliau dikatakan tahap world..

Pisau kesal apabila skill bohong,putar belit dan fitnah Lim Guan Eng dipatahkan oleh seorang netizen dengan begitu mudah.

Tindakan netizen ini mencalarkan imej Lim Guan Eng sebagai pembohong profesional yang sedikit sebanyak boleh menjejaskan periuk nasi dan nama DAP secara umum.

Namun seorang Netizen bernama Tzu P. Wong membuat pendedahan yang memalukan Lim Guan Eng, sekaligus membuktikan betapa kuat dan tak malunya Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang itu menipu. Menurut Tzu P. Wong, selepas laporan yang dibuat kepada SPRM oleh ADUN PKR Penanti, Dr. Norlela Ariffin berhubung kilang haram yang memproses arang di kawasannya didedahkan, Kerajaan Negeri Pulau Pinang bertungkus lumus mencari jalan untuk menipu. Penangkapan Exco Negeri, Phee Boon Poh kerana salahguna kuasa dan rasuah, menyebabkan Lim Guan Eng seperti biasa, mencipta teori-teori penipuan dan pembodohan. Katanya, kilang tersebut telah dibina pada era BN, maknanya kilang tersebut dibina sebelum Mac 2008 iaitu sebelum PRU-12. Oleh kerana itu, Kerajaan Negeri yang dipimpinnya tidak boleh berbuat apa-apa walaupun sebelum itu, banyak premis lain dirobohkan tanpa belas kasihan terutama sekali rumah penduduk. Pencarian dan pemeriksaan akhirnya mendapati, Lim Guan Eng seratus peratus menipu!

Teknologi yang tersedia pada hari ini, tidak sukar untuk membuktikan penipuan Lim Guan Eng. Salah satunya adalah teknologi satelit dan salah satu fungsi satelit dalah merakamkan gambar dari udara. Dan gambar-gambar aerial satelit yang dicerap menggunakan app bernama Google Earth, menunjukkan Lim Guan Eng memang seorang penipu besar.

Pencarian mudah menggunakan Google Earth di kawasan Bukit Mertajam dengan fungsi garis masa yang ditunjukkan pada 31 Ogos 2008 membuktikan kawasan di mana kilang haram tersebut berada sekarang ini, masih kosong. Apabila DAP menang PRU-13 dan Lim Guan Eng mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang serta mula menikmati kehidupan mewah ‘RICH AND GLAMOUR’, maka tapak yang kosong itu mulai wujud kilangnya. Gambar satelit dengan garis masa bertanda 2009 sehingga yang terbaharu 2016 membuktikannya.

Pisau kata “PAN dan Cap Bunga mesti marah bila Guan Eng diganggu gugat”

It's only fair to share...

About pisau

Leave a Reply

Your email address will not be published.


x

Check Also

Selepas Salahkan Tuhan,DAP Salahkan BN Punca Banjir.

Lim Guan Eng tokoh banglo terbilang memang cukup mahir temberang,apabila berlaku banjir ...


Hit Counter provided by Curio cabinets