Home / Berita Utama / Etnik Rohingya bukan haiwan – TPM

Etnik Rohingya bukan haiwan – TPM


MANILA: Malaysia membuat kenyataan tegas dan berani mengenai isu Rohingya pada mesyuarat khas menteri ASEAN di Hotel Conrad Manila, hari ini.

Kenyataan dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu menyebabkan bilik mesyuarat dihadiri ketua delegasi senyap seketika.

Ahmad Zahid mempersoalkan tindakan Myanmar yang tidak membenarkan bantuan kemanusiaan daripasa organisasi antarabangsa dan tindakan kejam pasukan keselamatan negara itu.

“Pasukan keselamatan Myanmar membunuh wanita dan kanak-kanak tanpa belas kasihan.

“Etnik Rohingya adalah manusia dan bukannya haiwan,” katanya.
Timbalan Perdana Menteri turut mengingatkan Myanmar walaupun terdapat perbezaan pendapat, krisis di Rakhine perlu ditangani mengikut piawaian antarabangsa jika negara itu benar-benar mengamalkan demokrasi.

Menteri ASEAN berkumpul di Manila ketika ini bagi menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan (AMMTC) Ke-11 dan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Kebangkitan Radikalisasi dan Keganasan Melampau (SAMMRRVE) .

It's only fair to share...

About pisau

Leave a Reply

Your email address will not be published.


x

Check Also

Tindakan Shahrir Samad Gagalkan Mimpi Basah Rafizi Amat Dikesali !!

Pisau berasa kesal dengan tindakan Tan Sri Shahrir Samad yang mendedahkan Rafizi ...


Hit Counter provided by Curio cabinets