NEW YORK: Satu letupan bom berlaku di terminal bas penguat kuasa pelabuhan New York, iaitu antara hab penumpang yang tersibuk di bandar berkenaan pada Isnin.

Seorang suspek ditangkap dan empat orang dilaporkan cedera dalam insiden berkenaan yang berlaku jam 8 pagi waktu tempatan.

Polis dan petugas kecemasan bergegas ke lokasi kejadian di barat Manhattan sejurus mendapat laporan.

Menurut ABC News, Datuk Bandar New York Bill Debasio sudah diberi taklimat mengenai kejadian itu.

Setiausaha Media White House, Sarah Sanders menerusi akaun Twitternya turut mengesahkan Presiden Donald Trump telah dimaklumkan mengenai kejadian itu.

Terminal bas itu ditutup sementara.



Source by [author_name]

It's only fair to share...

pisau

No Comments

Leave a Comment



Hit Counter provided by Curio cabinets
Show Buttons
Hide Buttons