Home / Berita Utama / Berita Nasional / Dulu Guan Eng Demo Bantah Tol Sg Nyior! Dari Rakyat Untuk Rakyat?

Dulu Guan Eng Demo Bantah Tol Sg Nyior! Dari Rakyat Untuk Rakyat?

Lim Guan Eng dan gerembolan DAP berjanji kepada rakyat akan menghapuskan Tol Sungai Nyior semasa kempen PRU12.

Sebelum itu mereka konsisten berjanji kepada rakyat malah turut menganjurkan demo membantah pembinaan Tol Sungai Nyior.

DSCN4708 DSCN4767 DSCN4823 DSCN4828 DSCN4834


Lim Guan Eng menggangap rakyat Pulau Pinang semuanya bodoh,mudah di perkotak katikkan,Apa saja yang disumbat pasti mereka akan percaya.Dengan menjenamakan jalan baru yang dibina sebagai ‘Jalan Rakyat’ beliau beranggapan ia adalah satu kejayaan yang amat besar untuk menipu rakyat dan dapat menutup segala janji PRU12.

Bukan saja tak berjaya hapuskan tol Sg Nyior malah paling ketara mereka tidak berani menyentuh mengenai isu penghapusan tol Jambatan Pulau Pinang yang mereka janjikan dulu.

Penduduk demonstrasi tuntut Kerajaan DAP P. Pinang tunai janji hapus tol

Sekumpulan penduduk Bagan, di sini mengadakan demonstrasi aman bagi menuntut kerajaan negeri Pulau Pinang menunaikan janji yang dibuat dalam manifesto pilihan raya lepas untuk menghapuskan tol Sungai Nyior, di sini.

Penyelaras Barisan Nasional (BN) Parlimen Bagan, David Chua berkata, penduduk di kawasan berkenaan kecewa dengan sikap Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang gagal menunaikan janji itu.

Katanya, janji yang diberikan ialah sekiranya memenangi pilihan raya umum, tol Sungai Nyior akan dihapuskan dalam tempoh tiga tahun tetapi sehingga hari ini Lim yang juga Ahli Parlimen Bagan masih gagal memansuhkan tol.

“Pengguna masih tetap membayar 50 sen setiap kali melalui tol berkenaan.

Bagaimana mereka (pakatan pembangkang) mahu mansuhkan tol lebuhraya utara selatan kalau tol 50 sen pun gagal dimansuhkan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan demonstrasi aman berkenaan hari ini.

Kumpulan itu turut membawa pelbagai sepanduk dalam beberapa bahasa bagi menunjukkan ketidakpuasan mereka terhadap kerajaan negeri yang gagal menunaikan janji itu.

“Mereka hanya pandai berjanji itu dan ini tetapi gagal menunaikannya dan saya berharap rakyat Pulau Pinang dapat membuka mata dan lihat apa yang mereka telah lakukan sepanjang tempoh lima tahun mentadbir negeri ini,” katanya. – BERNAMA

Pisau kata ” Dia janji nak adakan 30 tahun tol,hadiah dari rakyat untuk rakyat”

About pisau

Leave a Reply


This seal is issued to pisau.net by StopTheHacker Inc.
Scroll To Top