Home / Berita Dunia / Dua militan maut lapan anggota keselamatan cedera di Selatan Thailand

Dua militan maut lapan anggota keselamatan cedera di Selatan Thailand

PATTANI: Dua anggota militan maut dan lapan anggota keselamatan cedera dalam kejadian serangan dan bom meletup di tiga wilayah di selatan Thailand.

Jurucakap Pemerintah Operasi Keselamatan Dalam Negeri (ISOC) Kol Pramote Prom-in berkata, dua anggota militan itu yang maut di Sabayoi, Songkla dikenali Matbidee Lamado, 32, dari Pattani dan Matzakee Cheklek, 32, dari Songkla .

“Mereka maut kerana bom yang dibawa mereka meletup secara tiba-tiba,” katanya pada sidang media di Kem Sirinthorn hari ini dan menurutnya dipercayai sasaran bom dibawa mereka adalah sebuah markas kawalan polis.

Katanya pihak berkuasa turut menyiasat sebuah motosikal yang dinaiki kedua-duanya dan pemilik motosikal itu telah dipanggil untuk memberi keterangan.

Pramote berkata, individu tidak dikenali turut melancarkan serangan menggunakan senjata api dan bom secara serentak terhadap 18 sasaran di Pattani, Narathiwat dan Songkla terdiri daripada balai polis dan pos keselamatan bermula 7.30 malam semalam, mengakibatkan lapan anggota keselamatan cedera.

Pihak keselamatan percaya serangan itu dilakukan oleh kumpulan sama yang menyerang infrastruktur bekalan elektrik di wilayah-wilayah selatan Thailand sehingga menyebabkan sebahagian besar wilayah itu bergelap pada awal 7 April lepas, katanya. — BERNAMA


Source by [author_name]

It's only fair to share...

About pisau

Leave a Reply

Your email address will not be published.


x

Check Also

Ceritalah ASEAN – U Phyo Min Thein Ketua Menteri Yangon curi tumpuan ramai

BIARPUN Naypyidaw yang terletak 320 kilometer ke utara telah menjadi ibu kota ...


Hit Counter provided by Curio cabinets