Home / Rencana / Dr Sidek : Pendedahan Bekas Pegawai Agama Anwar Mengejutkan

Dr Sidek : Pendedahan Bekas Pegawai Agama Anwar Mengejutkan

Prof. Datuk Dr. Sidek Baba berkata beliau agak terkejut dengan pendedahan seorang mufti yang pernah menjadi pegawai agama Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut hadir dalam pertemuan tertutup di rumahnya kira-kira pertengahan tahun lalu.

“Di antaranya yang saya tanya adalah seorang mufti, yang pernah menjadi penasihat agama Datuk Seri Anwar. Beliau datang ke rumah saya dalam pertemuan tertutup rakan-rakan saya dalam ABIM dan simpatisme ABIM.

“Siapa Anwar sebenarnya..saya agak terkejut. Jadi, saya tidak kutip pandangan-pandangan daripada orang biasa berkenaan Datuk Seri Anwar. Beliau penasihat agama Datuk Seri Anwar Ibrahim.”

Beliau tidak menyatakan siapakah mufti yang juga bekas penasihat agama Anwar itu serta butiran pendedahan yang didedahkan kepadanya, namun difahamkan kejadian tersebut berlaku ketika Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Dr Sidek yang bekas Setiausaha Agung ABIM turut mendedahkan maklumat bekas orang kanan Anwar, Senator Ezam Mohd Nor yang bercerita tentang kejadian Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang pernah menelefonnya dari Washington agar tidak membenarkan mana-mana lelaki bermalam di rumah kediamanya bersama Anwar.

Difahamkan kejadian itu berlaku sekitar tahun 2005 dan menjadi punca utama Ezam meletakkan jawatan dalam PKR dan menjauhkan diri daripada Anwar.

“Saya berjumpa anak murid saya, saudara Ezam Mohd Nor. Dia belajar di UIAM dulu, saya sebagai Timbalan Rektor masa itu.

“Saya tanya dia, Ezam tolong cerita dengan cikgu, mengapa kamu tinggalkan Anwar ?

“Ezam ceritakan..bahawa suatu malam, sewaktu Anwar balik, di mana Dr Wan Azizah telefon daripada Washington (bertanya) dengan siapa bersama Anwar masa itu.

“Wan Azizah berasa resah..sehingga sekarang Wan Azizah tidak nafikan. Sehingga sekarang Anwar tidak nafikan benda itu berlaku. Kalau dia tidak nafikan, apakah benda itu berlaku atau macam mana ?

“Bagi saya seorang ahli akademik, sudah tentu, saya nak tahu, mengapa tidak dinafi ?,” katanya kepada Buletin Utama, TV3 hari ini selepas mengunjungi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, di pejabatnya Yayasan Al Bukhary, Kuala Lumpur.

Menyentuh tentang ramai tokoh-tokoh ABIM yang bertanding atas tiket PKR dalam Pilihan Raya Umum ke-13, Dr Sidek berkata, ABIM kini sudah tidak boleh mendakwa sebagai badan ‘bebas’ lagi dan dalam jangka panjang, ia akan merosakkan imej NGO itu sebagai sebuah badan dakwah.

“Kali ini dikatakan ramai pimpinan ABIM akan terlibat dalam politik. Sedangkan ABIM adalah sebuah pertubuhan yang saya anggotai lebih 30 tahun, sejak dulu, sehingga Anwar menjadi menteri dalam kabinet kerajaan, ABIM mengambil sikap non-partisan.

“Ini penting bagi ABIM, kerana ABIM sebuah badan dakwah dan tarbiah. Kalau ABIM mula memihak kepada tokoh-tokoh politik tertentu, bayangkan perjuangan selama ini dan jangka panjang ABIM.”

Pada 27 Mac lalu, Dr Sidek mendedahkan tiga sebab beliau meninggalkan Anwar, meskipun lebih 30 tahun mereka bersahabat.

Katanya, sebelum meninggalkan Anwar beliau menyiasat serta menemu bual 28 individu yang sangat rapat dengan Anwar dan kemudian membuat solat sunat istikharah bagi memohon petunjuk.

“Anwar ketika kami bersama-sama dalam ABIM dulu sentiasa mengingatkan saya bahawa seseorang pemimpin bukan sahaja kena bersih tetapi mesti kelihatan bersih dan saya pegang erat amanat itu sampai sekarang.

“Namun, dalam siasatan selama tiga tahun sebelum meninggalkan beliau, saya dapati terlalu banyak persoalan moral yang melingkari Anwar. Saya pegang kata-kata saya ini kerana kesemua 28 saksi itu masih hidup.” – AIDC20130403-060814.jpg

About pisau

7 comments

  1. Pakatan rakyat dah tinggal nyawa-nyawa ikan dah,,,,,

  2. ok..Ni artikel dari ahli UMNO.

    sedakasejahtera.blogspot.com/2013/04/berapi-siapa-sidek-baba-ditelanjangi.html

  3. tak susah nk kenal seseorang yg berhati mulia dgn yg berhati munafik. Prof Sidek dh sedia utk diserang, sbb tu dia ke depan.

  4. satu2nya menteri yg anak2nya terdidik,sopan,x sosial dan isterinya pakai tudung dan juga sopan dan xpakai cincin rm1 juta

  5. kaki auta yang berpakat,bukannya rakyat….

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current day month ye@r *


This seal is issued to pisau.net by StopTheHacker Inc.
Scroll To Top