March 23, 2017

Diskriminasi dan sikap majikan berbangsa cina yang rasis bukan cerita baru..

Selepas Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menyelar amalan diskriminasi kaum dalam pengambilan pekerja dan menggesa kerajaan mengambil tindakan, beberapa kesatuan sekerja lain turut tampil menyatakan pendirian sama.

Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja-Pekerja Pengangkutan Semenanjung Malaysia (TWU), Tan Sri Zainal Rampak berkata, amalan diskriminasi seperti itu sudah lama wujud dan disifatkan sebagai tidak menepati cita rasa gagasan 1Malaysia.

“Majikan kaum Cina bukan sahaja mengamalkan diskriminasi kaum dalam pengambilan pekerja melalui syarat wajib penguasaan bahasa lain, selain bahasa Melayu dan Inggeris tetapi juga dalam pembayaran dan pelarasan gaji.

“Walaupun terdapat kakitangan Melayu yang berkelulusan dan berinovasi tinggi, mereka tetap tidak mendapat peluang yang sama rata seperti dimiliki pekerja kaum Cina,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas tentang kerajaan diminta mengambil tindakan tegas terhadap majikan yang mengamalkan diskriminasi kaum dalam pengambilan pekerja seperti mensyaratkan penguasaan bahasa lain, selain bahasa Melayu dan Inggeris.

chinese

Kenapa Pisau kata “melayu ni cina saja boleh ajaq.”

Kita boleh lihat di sekeliling hidup kita,setiap hari di tempat kerja atau pun soal POLITIK.

Tempat Kerja /Majikan.

1. Orang melayu tak boleh ada boss atau majikan melayu,kalau ada boss melayu, mulalah merungut boss tak adil,nak dapat cuti susah,nak naik pangkat susah & tak sporting.

2. Ada jugak yang merungut boss melayu ni berkira sangat, nak corner baring sikit tak boleh,nak mengulat(curi tulang) sikit pun tak boleh.

3.Bila keadaan tak menyebelahi atau mengikut kehendak diri kita,maka hukuman di jatuh kan, “Baik aku kerja dengan boss cina,senang sikit”

ayat seperti di atas memang ada didalam hati si bangsa melayu ini.merelakan bangsa lain menjadi tuan,walhal tidak memandang atau berfikir si boss melayu ini menjalankan kerja dengan amanah & berkira tentang halal haram di tempat kerja.

Atas sifat apa yang ada di dalam hati? busuk ,dengki atau pun tidak boleh sebangsa menjadi boss kepada diri sendiri.

4. Maka nya, apabila boss melayu tadi ditukar ke department lain, maka datang lah seorang boss baru berbangsa cina.

5.Bila ada seorang boss cina, nak tahu apa akan terjadi, kerja nya tak cakap banyak,serius,tak boleh hanky panky,tak ada lebih kurang,semua kena betul.time solat pun tak boleh,kalau nak pergi hanya 5 minit.nak cuti pun susah.
(sebab apa pisau kata tak boleh hanky panky,sebab anak buah dia melayu,so si boss ni berkira lah)

6. Part yang paling best, time naik pangkat atau ambik staff baru untuk jawatan yang lebih tinggi,dia ambik bangsa dia atau pun bukan melayu, nak tau kenapa? sebab melayu hanya layak duduk di bawah,di perintah macam kuli batak.

7. Justeru,apabila berlaku nya senario begitu,maka berlaku lah kesedaran di hati,alahai,dulu boss melayu takde pulak macam ni,dia tak pernah berkira tentang masa pergi bersolat,nak pergi solat jumaat,balik office lewat sikit pun tak apa,kalau nak cuti raya pun boleh ambil cuti advance sempat la balik rumah mak mentua yang jauh2.

8.Soal nya boss cina rasis,dia mengutamakan bangsa sendiri,selesa berkerjasama dengan boss yang berbangsa sendiri,apa apa pun dahulukan bangsa sendiri.Tetapi adakah boss melayu lakukan perkara yang sama,barangkali tidak,kerana apa? sebab nya boss melayu tidak melihat kepada warna kulit.

9.Adakah kita sedar,orang melayu selesa berkerja di bawah boss bukan melayu? secara tak langsung anda rela bertuankan bukan melayu.

Apabila timbul nya soal soal sebegini, adakah anda pernah terfikir betapa anda di diskriminasi secara tidak sedar? Mendiskirminasi boss melayu anda, dan ada di diskriminasi oleh boss bangsa lain.

Pisau tidak menuduh semua boss bukan melayu sebegitu,tetapi perkara ini terlalu banyak berlaku,buat yang bukan melayu,anda harus terima hakikat,perkara ini benar benar berlaku.Jangan hipokrit.

Pisau ambil satu lagi contoh.

Pekerja melayu apabila berkerja dengan tokeh melayu,pelbagai karenah di timbulkan,malas berkerja,cuti pun kerap,datang kerja lewat,merungut gaji bayar rendah.
Tetapi apabila berkerja dengan tokey cina, rajin pulak datang kerja,cuti memang lah tak dapat,pasal susah tokeh cina nak bagi cuti,datang lewat comfirm dah kena buang kerja , soal gaji memang lah lebih sedikit.

Nampak tak di mana kekurangan dan kelebihnya? Cina ajaq melayu dengan duit,tapi diperlakukan seperti hamba?dalam tak sedar,anda menjadi rajin hanya diperhambakan dengan duit gaji lebih yang tak seberapa,boleh jadi kerja dengan tokeh melayu gajinya RM1200,tapi kerja dengan tokey cina gajinya RM1500, hanya perbezaan RM300 anda tunduk “YES BOSS”

Mungkin akan ada yang menidakkan akan hal nya begini,kerana apa, mungkin ada tidak pernah mengalami atau terdengar cerita cerita begini, contoh banyak di Penang datang dan bertanyalah orang orang di sini.

Buat mereka yang pernah mengalami,dia yang makan cili akan terasa pedas nya.

Kemudian Pisau tertarik dengan artikel yang dipetik dari akhbar cina ..di negara ini kononnya bangsa yang menguasai ekonomi lebih 90% dinegara ini mengeluh kononnya ditindas oleh kerajaan… Anda bandingkan sendiri diluar sana …terutamanya di bandar bandar besar hinggalah dipekan pekan kecil..siapa yang menguasai siapa.. Usahawan melayu akan disabotaj dan diboikot sampai mampus.. pergilah di mana mana pasaraya…anda bandingkan sendiri berapa peratus barangan keluaran bumiputra dan bukan bumiputra..

KELUHAN ORANG CINA

PERASAAN tidak berpuas hati peniaga dan orang Cina terhadap dasar kerajaan yang disifatkan menekan mereka turut diulas oleh akhbar Nanyang Siang Pau bertarikh 10 Disember 2013.

Artikel bertajuk ‘Masyarakat Cina tertunggu-tunggu penyelamat’ yang ditulis oleh penulis yang menggunakan nama samaran Choo Han disiarkan dalam ruangan Pendapat Yuan Lun halaman W3.

Pada zaman Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, orang Cina telah dilabel sebagai penyokong komunis. Kesetiaan mereka terhadap tempat kelahiran iaitu Tanah Besar China menjadikan kaum ini sasaran pihak-pihak yang berdendam dengan mereka sehingga berlaku kejadian tidak diingini.

Ketika pemerintahan Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein iaitu selepas diadakan hubungan diplomatik dengan China, barulah sumbangan orang Cina di negara ini ditagih terutama dalam membangunkan perdagangan dan ekonomi negara. Tetapi pada zaman Perdana Menteri ketiga, Tun Hussein Onn, orang Cina kembali menjadi warganegara kelas kedua.

Kebenaran hakikat itu tidak perlu disangsi dan dipertikaikan. Antaranya, orang Cina dilarang sama sekali mendominasi bidang politik. Sebab itu, parti-parti Cina, sehingga sekarang hanya memainkan peranan sebagai pengikut telunjuk dan dikuasai oleh orang lain.

Walaupun wujud layanan tidak adil, sumbangan masyarakat Cina dalam pembangunan ekonomi negara memang tidak boleh dinafikan lagi. Ramai usahawan Cina berjaya, walaupun mereka memulakan perniagaan dengan sehelai sepinggang dan tangan kosong.

Mereka berusaha gigih dengan titik peluh sendiri untuk meneroka bumi ini dan juga menggunakan pengalaman beberapa generasi sehingga akhirnya menikmati kejayaan dalam bidang perniagaan.

Hakikatnya Malaysia memang memerlukan sumbangan peniaga Cina terhadap pembangunan ekonomi negara ini dan ia seperti anggota badan yang tidak boleh dipisahkan kerana saling memerlukan antara satu sama lain. Bagaimanapun, peniaga Cina kini mengalami tekanan apabila kerajaan secara berterusan memperkukuhkan dasar ekonomi bumiputera.

Dasar yang telah dilaksanakan sejak sekian lama, telah menampakkan kesan positif apabila banyak sektor perniagaan telah dikuasai golongan bumiputera.

Penguasaan ekonomi oleh bumiputera yang semakin hari semakin meluas ini telah memberi kesan kepada peniaga Cina apabila terdapat di kalangan mereka yang jatuh merudum dalam perniagaan. Mereka tidak mendapat sokongan parti-parti Cina yang lemah dan dan tidak henti-henti menghadapi persengketaan dalaman.

Memang diakui peniaga Cina boleh mengorak langkah untuk mengembangkan perniagaan di luar negara dan bersaing ke peringkat antarabangsa, tetapi terdapat juga yang tidak mampu berbuat demikian dan perlu memberi tumpuan berniaga dalam negara.

Peniaga ini menghadapi tekanan yang semakin ketara. Keluhan mereka tidak habis-habis dan kisah sedih yang diluahkan mereka ini memang benar dan nyata.

Di saat kita menghadapi keadaan yang amat pahit ini, diharapkan masyarakat Cina dapat berteriak sekuat-kuatnya sehingga orang pekak dapat mendengarnya.

Kita juga perlu mengeluarkan buah fikiran dan idea-idea bijaksana bagi menyelamatkan masyarakat Cina.

 

Pisau kata “Cina saja boleh ajaq melayu,baru boleh sedar, ada faham ka?”

It's only fair to share...

pisau

5 Comments

  • Reply
    Jo
    15/06/2014

    Kalau tuan boleh buat interview, cari pekerja2 melayu yang kerja dengan cina, tuan akan tahu ini adalah satu realiti. Sila buat post tentang topik ni. Takpun bekerjasama dengan mazidulakmal untuk membuat interview ini.

    Ps. Sedih bila ada kompeni yang dulunya majoriti melayu telah mula ambil orang cina untuk jawatan2 penting kononnya untuk nampak fairness.

  • Reply
    Mama Abu
    08/11/2015

    Saya tak pasti lah, tetapi saya perasan bekerja dengan orang cina sikapnya lain sangat berbanding kerja dengan melayu. Kerja dengan melayu, mereka lebih kedekut ilmu, suka mengular dan datang pun datang lambat.

    Cina pun ada mengular, tapi tu boss aje. Dari segi kerja boleh respect sikit si cina ni. Entah saya kerja dengan multiracial company, jadi mereka lebih balanced dari segi culture, kurang discrimination & lebih harmoni.

  • Reply
    hatiku
    11/04/2016

    Saya sokong melayu berjaya menubuhkan perniagaan dan syarikat. Tetapi ada segelintir melayu yang bila dia jadi bos, dia kedekut nak bayar gaji mengikut kelulusan, tetapi tenaga kita die perah, kerah dah mcm washing machine. Lepastu diminta untuk kerja lebih masa tetapi TIDAK MAHU bayar kerja lebih masa itu.. jika mahu pergi solat dan makan pun hanya dibenarkan selama 20 minit. APEKAH itu? tunggu pesanan makanan dikedai shaja sudah berapa minit, nak makan lagi, nk bergegas semula ke pejabat… Ini bos bangsa melayu , islam pun boleh berkelakuan begini terhadap pekerja melayu mereka. tetapi bila bos yang mengular , ohh itu tidak apa.. adil ke? gaji pula, selalu lambat dengan alasan tidak dapat payment dari client, tetapi bos boleh beli 2 biji kereta NISSAN atas tiket kereta syarikat, tetapi digunakan untuk peribadi boleh pula…. ini sebab kenapa kadang-kadang ramai yang lebih suka bekerja dengan bos bngsa asing bukan kerana tidak mahu tolong melayu, tetapi jika bos melayu begitu, siapa sanggup jadi pekerja mereka… sudah lah bos melayu tidak ramai.

  • Reply
    sue
    08/10/2016

    hai,
    agak lama dah kan article ni keluar but, saya baru kerja dengan bos cina sebagai kerani dan saya baru habis belajar dari Uitm. gaji yang dia berikan hanya RM1100.00 sahaja tanpa elaun dan kerja saya 6 hari full day 9 jam include sabtu dan ahad cuti. Saya agak pelik sebab gaji yang diberikan sangat tidak sesuai walaupun ada pengalaman kerja. =(((((, tapi saya tetap positif dan teruskan kerja kerana sangat susah nak cari kerja dan saya mencari pengalaman walaupun gajinya sangat tidak berbaloi.

    • Reply
      Izzu
      28/01/2017

      Hi Sue,

      Saya juga baru mendapat pekerjaan di dalam bidang I.T sebagai Computer Technician si Syarikat milik bangsa Cina selepas ” dilepaskan ” dari sebuah Syarikat OIL & Gas milik Bumiputera. Sebelum ini saya juga pernah bekerja dengan Syarikat milik Bumi dan bukan Bumiputera. Saya perhatikan semasa bekerja dengan Bangsa Melayu, banyak kelonggaran yang diberi. Contohnya jika datang lewat atau pulang lebih awal, Majikan berbangsa Melayu lebih toleransi dari Majikan Cina, namun Syarikat milik bangsa Cina jauh lebih stabil dari segi ekonomi dari Syarikat bangsa Melayu

Leave a Comment



Hit Counter provided by Curio cabinets