Home / Berita Utama / Berita Nasional / DAP Bela 5 Penjenayah Di Tembak Mati.

DAP Bela 5 Penjenayah Di Tembak Mati.

Ramai pemimpin DAP bangkit menyuarakan bantahan apabila pihak polis telah menambak 5 penjenayah. DAP berjanji untuk menuntut bela keatas kematian penjenayah ini malah mereka mempersoalkan tindakan polis yang menembak mati kesemua suspek.

R.S.N Rayer, ADUN Seri Delima bergegas menyertai kaum keluarga penjenayah malah langsung tidak melahirkan rasa berterima kasih kepada pihak polis yang bergadai nyawa mencegah jenayah.

Inilah masaalahnya apabila punyai pembangkang yang BODOH! Jika berleluasanya jenayah..tembak sana sini mereka kutuk kerajaan dan hina polis.Bila pihak polis bertindak dicerca hina seolah penjenayah pula dizalimi.

Baru baru ini Pisau ada mendedahkan haprak pakatan membela para penjenayah ini dengan membuat pameran dengan mempamerkan gambar gambar penjenayah yang berjaya ditembak polis sebagai hero mereka. klik sini

Tidak ada seekor pemimpin haprak pakatan yang tampil untuk membela mangsa penjenayah… Dari peliwat hinggalah kepada pembunuh..kesemuanya dibela oleh haprak pakatan secara membabi buta.. Inilah acuan negara yang diimpikan oleh haprak pakatan.

 

Polis mengesahkan lima lelaki yang mati dalam kejadian berbalas tembak dengan polis di Sungai Nibong di sini awal pagi tadi terbabit dalam beberapa jenayah senjata api.

Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, mereka yang mati dikenali sebagaiJ.Gobinath, 31, R.Ramesh, 27, A.Vinut, 23, M.Suresh, 25, dan M.Gobinath, 21.

Polis juga menemui tiga pucuk pistol yang digunakan oleh penjenayah terbabit iaitu jenis Noricho berwarna perak, Revolver .38 berwarna perak dan Walther PPK berwarna hitam.
Kesemua mereka mempunyai alamat terakhir di negeri ini.

Beliau berkata, para penjenayah terbabit dapat ditumpaskan hasil maklumat awam dan risikan apabila sepasukan pegawai dan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bahagian Siasatan Khas (D9) Pulau Pinang dengan bantuan JSJ D9 Ibu Pejabat Polis Bukit Aman serta D9 Kedah menyerbu sebuah apartmen sewaan di Century Bay di Sungai Nibong pada pukul 4.30 pagi.

Menceritakan detik serbuan itu, Abdul Rahim berkata pasukan polis telah mengetuk pintu sebuah unit di apartmen itu dan memperkenalkan diri, tetapi tidak mendapat sebarang jawapan dari penghuninya menyebabkan polis terpaksa memecah pintu sebelum memasuki unit berkenaan.

“Sejurus menyerbu masuk, penghuni di dalam rumah itu terus melepaskan tembakan bertalu-talu dan berlaku kejadian berbalas tembakan antara mereka dengan polis.

“Setelah selesai berbalas tembakan dan tiada lagi berlaku ancaman, polis membuat pemeriksaan di dalam apartmen tiga bilik itu dan menemui lima lelaki mati di dalam bilik-bilik berasingan,” katanya.

Polis masih menjalankan pemeriksaan di dalam apartmen berkenaan. – BERNAMA

 

Pisau kata ” bila polis ditembak siapa pula nak bela mereka?”

It's only fair to share...

About pisau

Leave a Reply

Your email address will not be published.


x

Check Also

Hilang kewarganegaraan Malaysia jika pegang 2 warganegara – Zahid

Kewarganegaraan seseorang rakyat Malaysia akan gugur secara automatik sekiranya didapati pernah memegang ...


Hit Counter provided by Curio cabinets