Home / Berita Utama / Cipta Fitnah Terbaru Untuk Beri Nyawa Politik Kepada Anwar.

Cipta Fitnah Terbaru Untuk Beri Nyawa Politik Kepada Anwar.

Adalah tidak mengejutkan jika haprak pembangkang mencipta fitnah demi kelangsungan politik.Malah demi menyelamatkan nyawa politik Anwar kelakuan liwat dihalalkan.

Politik Malaysia lain macam,malah peguambela Anwar sendiri mengaku kejadian liwat memang berlaku.Apatah lagi Anwar diberi peluang untuk membela diri,di beri peluang untuk kemukakan alibi atau saksi.. Namun semua ini tidak berlaku.

Sekarang bersumberkan portal fitnah dan penipu Sarawak Report,mereka cuba sekali lagi untuk menghalalkan liwat Anwar.


PETALING JAYA – Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan meragui sikap pembangkang yang pantang ada laporan Sarawak Report (SR) cepat-cepat mereka mengambil kesempatan menyalahkan kerajaan.

Ia termasuk pihak peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak menunggu lama dan bertindak memfailkan saman pemula semalam berdasarkan laporan SR berkaitan wang RM9.5 juta.

Terdahulu, SR mendakwa peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang dilantik sebagai ketua pendakwa raya menerima bayaran RM9.5 juta dalam kes liwat II antara Anwar dengan Saiful Bukhari Azlan.

“Saya meragui, ada kepentingan dan tujuan tertentu. Ia mungkin boleh mendatangkan kerosakan atau huru hara kepada negara,” kata Musa dalam satu sidang media hari ini.

Musa juga mempersoalkan tindakan pembangkang yang memperbesarkan isu tersebut dengan terus memberi tekanan kepada kerajaan dan Muhammad Shafee untuk menjelaskan tuduhan dibuat oleh SR.

“Saya menjangkakan kalau ikut laporan diterima, mereka ingin menyatakan bahawa wang itu telah diberi untuk menentukan Anwar dipenjarakan.

“Itu bermakna adalah tujuan disebalik laporan tersebut,” katanya.

Jelas Musa lagi, jika pembangkang merasakan tuduhan tersebut adalah benar mereka sepatutnya membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat Shafee bagi merungkai kesahihan perkara itu.

“Biar SPRM siasat, bukan buat rayuan lagi di mahkamah. Pada saya, ini ada tujuan tertentu,” katanya.

Muhammad Shafee tidak memberi kenyataan berhubung tuduhan SR tersebut sebaliknya menunggu masa yang sesuai untuk memberikan penjelasan.

Apabila ditanya tujuan Musa bersuara dalam kes SR dan Anwar ini, beliau berkata, semua dilakukannya adalah demi menegakkan kebenaran dan menafikan dibayar oleh individu tertentu supaya membangkitkan isu tersebut.

“Kita nak tahu kebenaran, we are fighting for truth. Saya tidak dibayar sesiapa,” katanya.

Musa dalam sidang media sebelum ini juga membidas SR yang membuat tuduhan terhadap Muhammad Shafee tanpa mengemukakan bukti dan mengatakan beliau juga pernah berdepan perkara sama apabila dituduh menerima bayaran RM5 juta dalam kes liwat Anwar pada tahun 1999 lalu.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan bersalah pada 10 Feb 2015.

Pembangkang mendakwa laporan SR membuktikan wujudnya konspirasi politik terhadap Anwar, yang berulang-kali mendakwa pertuduhan berkenaan adalah direkayasa.

Semalam, Anwar melalui peguamnya, memfailkan saman pemula untuk mengketepikan sabitan bersalah itu berdasarkan dakwaan bahawa Muhammad Shafee telah dibayar RM9.5 juta. – MalaysiaGazette.

It's only fair to share...

About pisau

One comment

  1. Asaif Barkiya

    Bang Non dengan maggots maggotsnya sampai kiamat tak akan putus harapan dengan drama demi drama.Filem blockbuster Sivaji The Boss pun angkat tangan,surrender kerana di Malaysia rupa rupanya aktor melayu bang non nyata lebih hebat dari Rajnikanth.Takda cerita di rekanya cerita dongeng RM9.5 juta dan kononnya bakal mengeluarkannya dari Institut Sg Buloh.
    Jadi panel hakim 5 dan 7 orang di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan salah membuat keputusan.Filem terkini bang non di tambah ajinomoto dengan watak kartun peguambela Pah Koya dan Surindran yang masing masing mempunyai profil menarik iaitu peguambela yang banyak kes kalah daripada menang 10:1.Bar Council yang tonggong bahalul yang jadi jurucakap pembangkang pun sama benggong.Amat memalukan tahap ideologi pembangkang di Malaysia yang jika di bandingkan pihak pembangkang di Jepun,Korea,UK,German,US ternyata lebih berkesan di dalam memberi saingan secara profesional dan dinamik.Bila pembohongan dan reka cipta isu menjadi sebahagian daripada modus operandi pembangkang di sertai dengan mencipta reka persepsi maka tahap mentaliti pemimpin pemimpin pembangkang di Malaysia serupa dengan watak Disney iaitu pinochio.Setiap kali berbohong maka setiap kali pula hidungnya bertambah panjang dan janggal.Jadi,setiap kali pembohongan puak pembangkang di Malaysia maka akan ternyata wajah hodoh akibat pembohongan tersebut.Pembangkang di Malaysia amat memalukan kepada seluruh rakyatnya.Amat besar ke..luannya.Jijik

Leave a Reply

Your email address will not be published.


x

Check Also

‘Autophagy The Scientific Of Fasting”

Nobel Prize research!  Fasting and this year’s Nobel prize – what is ...


Hit Counter provided by Curio cabinets