Home / Berita Utama / Cap Bunga Lebih Berselera Berkucup Dengan DAP Berbanding Dengan PAS.

Cap Bunga Lebih Berselera Berkucup Dengan DAP Berbanding Dengan PAS.

Kita semua pernah dengar tidak lama dahulu betapa PAS menjadi tungangan oleh DAP,2 parti ini juga berselingkuh hingga melahirkan parti PAN. PAS akhirnya sedar DAP bukan teman yang baik bagai habis madu sepah dibuang.

 

Kemudian lahirlah parti Cap Bunga yang dipimpin oleh Tun M,kalangan yang berada didalam CAP Bunga dahulunya terkenal sebagai penentang ultrakiasu chauvanis rasis DAP,mereka mereka ini juga ada dahulunya karat keris.Pantang dicabar melompat melaungkan nak 13 Mei kembali.

Kalau cerita bab Kit Siang,Guan Eng dan Karpal.. puak puak ini juga bersilat berkuntau mempertahankan hak bangsa melayu. Dek kerana tidak berpuas hati.. malah bersandarkan fakta separuh masak.. mereka berbondong bondong keluar parti maka tertubuhlah Cap Bunga.

Serba ringkas senario politik ini berubah dengan sekelip mata,there’s no permenant enamy in politic.. begitulah jadinya..

Cap Bunga adalah totok melayu belacan,mereka sedar PKR bukan kuat kerana sokongan orang melayu.. begitu juga PAN.. Mereka sedar di negara ini hanya 1 parti melayu yang dominan seperti Umno dan juga PAS yang mempunyai pengikut yang taat.

Cap Bunga sedar untuk menang,mereka memerlukan fix deposit undi melayu. Maka mereka memikirkan bagaimana mahukan kerjasama dengan PAS dan dalam masa yang sama mahu berpeluk cium dengan DAP.

Mustahil bersifat 2 alam.. Cap Bunga bukannya biseksual politik.. maka mereka harus memilih selepas diberi kata dua oleh dinosour politik DAP Kit Siang dan juga tokoh banglo terlajak murah Lim Guan Eng.

Akhirnya mereka memilih DAP berbanding PAS.Tertutup sudah pintu rundingan dalam masa yang sama Tun M pernah mengugut PAS hingga memberi kata dua..

Manakala PAS pula dilihat cukup selesa.. mungkin mereka sedar kewujudan PAS dan Ikatan seolah menjadi blok ketiga,PAS juga perasan bagus.. dilihat secara dasarnya mereka mahu menjadi king maker ketika PRU14 nanti..

PAS bermusuh dengan PAN dan abahnya parti DAP, manakala Cap Bunga dan PKR bersama DAP. Mana mungkin PAS akan memberi muka kepada CAP Bunga.. Tetapi di Selangor mungkin senarionya juga akan berbeza kerana faktor Azmin yang cukup kuat menjaga adun adun PAS.

 

 

Nampaknya cubaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bekerjasama dengan Pas tinggal harapan.

Ini kerana sebarang rundingan untuk bekerjasama dengan PPBM dengan Pas kini dianggap sudah berakhir selepas mereka membuat keputusan untuk bergabung dengan Pakatan Harapan (PH).

Pendirian itu dinyatakan oleh Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah yang mengatakan tidak ada lagi perbincangan dengan untuk bekerjasama selepas PPBM mengumumkan keputusan mereka semalam untuk bersama PH dibawah satu logo dan gabungan.

“Kalau itulah keputusan rasminya, kita terpaksa membuat keputusan untuk tiada lagi hubungan dengan PPBM.

“Kerana itu, tidak ada lagi perbincangan untuk terus bersama dan ia dianggap sudah selesai,” kata beliau dipetik dalam laman portal selepas selesai mesyuarat Exco di Kelantan hari ini.

Menurut Mohd Amar, Pas tidak memaksa PPBM untuk membuat keputusan sama ada mahu bekerjasama dengan mereka atau PH, bagaimanapun berharap PPBM tidak menyerang mereka apabila memilih gabungan pembangkang tersebut.

“Kita ada pendirian kita dan orang lain juga ada pendirian sendiri. Kita tidak boleh nak paksa sesiapa ikut kita.

“Sama ada dia (PPBM) nak adakan hubungan dengan PH, itu hak mereka. Tapi jangan bersama PH untuk menyerang kita,” katanya yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan.

Terdahulu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin menegaskan parti itu bakal membuat penelitian semula terhadap rundingan kerjasama politik dengan PPBM.

Sementara itu, Mohd. Amar berkata Pas sudah membentuk blok ketiga pembangkang yang dikenali Gagasan Sejahtera.

Jelas beliau, gerakan ini bakal dilancarkan secara rasminya pada muktamar parti itu pada 29 April ini.

Semalam, Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumunkan mereka akan menyertai pakatan yang dianggotai DAP, PKR serta PAN. – MalaysiaGazette

 


Pisau kata ” rasanya Selangor selepas PRU14 bakal ada kerajaan campuran BN-PAS…kita tengoklah nanti..”

It's only fair to share...

About pisau

Leave a Reply

Your email address will not be published.


x

Check Also

1MDB Buat Khalid Puas, Rafizi dan Cap Bunga Kantoi Lagi Bohong.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada PAS kerana melibatkan saya dalam penerangan ...


Hit Counter provided by Curio cabinets