Home / Berita Utama / Berita Nasional / Campur Urusan Polis, Zahid Hentam Menteri Hindraf

Campur Urusan Polis, Zahid Hentam Menteri Hindraf

Menteri Hindraf hari ini diberi amaran keras oleh menteri KDN Ds Zahid Hamidi agar tidak masuk campur urusan pihak PDRM dalam menangani jenayah.

Apa kejadahnya nak inkueas.. bila dah di sahkan kesemua yang berjaya ditembak mati dari gengster 04.

Menteri Hindraf ni bawa suara pembangkang sehaluan dengan DAP yang awal awal lagi persoalkan tindakan pihak polis,seolah mereka lebih tahu hal ehwal underworld siapa gengster atau siapa bukan..

Dey tambi.. lu sudah jadi menteri itu Najib sudah lantik.. Apa lagi lu mau.. sudah kasi capati free sekarang lu besaq kepala ka?

Dah jadi menteri si kepala Hindraf ni patutnya gunalah saluran yang sepatutnya dan pertahankan kerajaan bukan tumpang mabuk se todi dengan DAP!

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri P.Waytha Moorthy supaya tidak mengeluarkan kenyataan bercanggah dengan dasar yang ditentukan kerajaan.

Beliau mengulas tindakan Waytha Moorthy mempersoal penjelasan polis bahawa lima penjenayah yang ditembak mati di Pulau Pinang baru-baru ini terbunuh dalam insiden tembak menembak dengan polis. Waytha Moorthy dilaporkan akhbar sebagai berkata beliau tidak percaya berlaku tembak menembak antara pasukan polis dengan suspek, sebaliknya mencadangkan mereka ditembak pada jarak dekat.

Ahmad Zahid berkata sebagai seorang anggota pentadbiran kerajaan, Waytha Moorthy perlu mengetahui bahawa sebarang kenyataan yang dikeluarkan, tidak boleh bercanggah dengan dasar yang ditentukan oleh kerajaan.

“Beliau (Waytha Moorthy) jangan ingat yang beliau masih pemimpin badan bukan kerajaan (NGO), beliau bukan (berfikir sebagai) pemimpin Hindraf lagi, jangan campur tangan kerja polis,” katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Dalam insiden itu polis menembak mati lima anggota kumpulan kongsi gelap dipercayai pembunuh upahan yang dikehendaki polis kerana terbabit dalam kes bunuh dan cubaan bunuh di Pulau Pinang, Kedah dan Negeri Sembilan. Ahmad Zahid berkata apa yang berlaku dalam insiden itu adalah tugas polis biarlah polis buat kerja kerana mereka lebih arif.

Mengenai status filem ‘New Village’ yang masih belum menerima sebarang keputusan daripada Lembaga Penapisan Filem (LPF), Ahmad Zahid berkata buat masa ini beliau belum menerima sebarang maklum balas daripada LPF.

Filem itu mengundang kontroversi umum apabila didakwa cuba mengagung-agungkan komunis secara tersirat sehingga beberapa badan bukan kerajaan dan parti politik menuntut filem itu ditarik balik atau diharamkan

Pisau kata “ dia nak tunjuk bukti kononnya buat kerja.. dey tambi.. ini bukan cara nak tunjuk jadi hero”

20130823-025114.jpg

About pisau

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current ye@r *


This seal is issued to pisau.net by StopTheHacker Inc.
Scroll To Top