Home / Rencana / Calon Payung Terjun Rosakkan Transformasi Najib.

Calon Payung Terjun Rosakkan Transformasi Najib.

Transformasi wakil rakyat dan pemilihan calon yang dibuat oleh Ds Najib cukup besar dan membawa perubahan yang drastik,banyak muka lama bakal ditukar kepada muka muka baru. Ds Najib tidak mahu kesilapan yang dibuat oleh pentadbiran yang lalu.

Octogenarian Parachutists

Sejak pembubaran Parlimen baru baru ini banyak pihak yang resah terutamanya yang nak jadi calon,Pisau lihat walaupun penyandang atau individu yang bersungguh sungguh membuat kerja di kawasan masing masing namun masih tidak menjanjikan samaada mereka ini boleh dicalonkan semula.

Ada yang tidor tak lena,mandi tak basah,demam tak kebah,makan 3 pinggan pun tak kenyang. Semua ini gara gara calon payung terjun. Sekarang ini sudah nampak muka muka baru yang bukan winable sebaliknya mengunakan cable.

Saat ini lobi melobi hingga ada yang sanggup ikut kemana saja Ds Najib pergi semata mata nak tunjuk muka. Pisau tertarik dengan pendedahan GAP apabila wujud calon menggunakan cable,jalan pintas yang cuba dibuat oleh calon calon ini sebenarnya menolak aspirasi perubahan yang cuba dibuat oleh Ds Najib.

Apatah lagi calon payung terjun diketahui punyai masaalah dan pasti bakal membuatkan jentera parti susah untuk berkempen.Perkembangan yang tidak sihat ini berlaku diseluruh negara,dari Perlis hinggalah ke Sabah. Di Pulau Pinang memang wujud dimana muka muka baru bakal tersenarai di DUN dan Parlimen,tetapi senarionya agak berbeza dari Perak apabila anak tempatan Pulau Pinang yang dikenali ramai yang mempunyai rekod yang bersih sudah pasti mengundang masaalah kepada pihak lawan.Ini menjadi resepi terpenting untuk mendapat sokongan daripada rakyat.

Di Perak pula calon payong terjun yang dibawa oleh Menteri Kewangan 2 Datuk Husni kelihatan membawa pakej,bukan saja orang luar malah disertakan puluhan masaalah peribadi dibelakang mereka.Mangkuk tingkat memang tidak diperlukan apatah lagi dalam mangkuk tingkat turut membawa lauk basi yang pasti bakal membuat pengundi sakit perut.

Pisau cukup yakin Ds Najib sudah pun mempunyai calon pilihan sendiri dan mereka ini sudah pun melepasi tapisan yang cukup ketat berbanding calon yang mengunakan cable.

Jangan cuba rosakan transformasi yang dibuat Ds Najib demi kepentingan peribadi. Dahulukan kepentingan dan kehendak rakyat berbanding individu individu yang tak sedar diri yang menjadi punca kerosakan BN.

Pisau kata ” pilih calon winable bukan calon yang guna cable”

About pisau

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current day month ye@r *


This seal is issued to pisau.net by StopTheHacker Inc.
Scroll To Top