Home / Berita Utama / Berita Nasional / BN Hanya Perlu Sedikit Undi Atas Pagar Untuk Menang PRU13 – Tun Daim

BN Hanya Perlu Sedikit Undi Atas Pagar Untuk Menang PRU13 – Tun Daim

daim

Bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin berkata BN hanya memerlukan sedikit sokongan daripada pengundi atas pagar sekiranya seluruh ahli Umno, MIC dan MCA menyokong parti tersebut dalam pilihan raya umum ke-13.

Beliau memberi alasan, jumlah anggota Umno, MIC dan MCA, seramai kira-kira 4.9 juta, merangkumi hampir separuh daripada pengundi.

“Sekarang anda hanya perlu sedikit sokongan daripada golongan atas pagar, maka anda berpeluang untuk menang,” katanya dalam wawancara berkenaan.

Bekas orang kanan dalam pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad itu pada tahun 2007 meramalkan bahawa BN akan kehilangan negeri Pulau Pinang, Selangor dan Kedah dalam pilihan raya 2008.

BN dalam pilihan raya Mac 2008 turut tewas di negeri Perak dan kehilangan majoriti dua pertiga.

Mengulas lanjut Daim juga berpendapat bahawa BN perlu meletakkan calon yang bersih dan mewujudkan perpaduan dalam gabungan itu sebelum jika ia mahu terus menang dalam pilihan raya.

Menurutnya, beliau percaya Datuk Seri Najib Razak perlu terus diberikan peluang memenangi pilihan raya umum dan sokongannya itu tertakluk kepada beberapa syarat.

“Saya akan terus menyokong Najib, tetapi beliau mesti memerangi rasuah dan jenayah, mengukuhkan keselamatan negara dan mengkaji sistem pendidikan,” katanya.

Dalam wawancara sama, beliau turut membandingkan parti DAP dengan parti PAP di Singapura.

“PAP lebih cerdik, dan lebih berkira-kira, pendekatan mereka lebih berhemah. DAP sebenarnya sebuah parti Cina.

“Ia bukan parti pelbagai kaum. Ia bersifat cauvinistik tetapi mendakwa sebagai Malaysian Malaysia,” katanya.

Beliau turut mengulas mengenai parti PKR, yang menurutnyna dipimpin secara solo oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Parti yang dianggap lahir dari “jalanan” itu juga akan kembali ke jalan sama, kata Daim.

“Jadi ia akan kembali ke jalanan. Itulah budayanya.

“Justeru, kita dapat saksikan demonstrasi di jalan raya yang dianjurkan atau disokong oleh mereka,” katanya.

About pisau

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current day month ye@r *


This seal is issued to pisau.net by StopTheHacker Inc.
Scroll To Top