Home / Berita Utama / BN Gagal ! DAP Lebih Berjaya Bangunkan Rumah Mampu Tengok Demi Rakyat!

BN Gagal ! DAP Lebih Berjaya Bangunkan Rumah Mampu Tengok Demi Rakyat!

Parti Gerakan dan BNdi pandang enteng oleh DAP kerana mereka gagal sekali membina rumah mampu tengok.

Semasa zaman BN perintah rakyat semua tahu BN langsung tidak peduli untuk membina rumah mampu tengok.Berbanding DAP yang mesra pemaju,selama 2 penggal Pulau Pinang berubah wajah apabila pesat membangun rumah rumah mampu tengok.

adakah wajar pihak BN pertikai DAP? rakyat Pulau Pinang sudah pasti akan menghukum BN sekali lagi kerana pertikai inisiatif DAP dalam membina rumah mampu tengok.

Gerakan Pulau Pinang hari ini mempersoal kecekapan dan kemampuan kerajaan negeri pimpinan DAP untuk membina rumah mampu milik untuk rakyat negeri ini.

Ketua Biro Publisitinya, Ooi Zhi Yi berkata perumahan terus merupakan isu kritikal yang tidak ditangani dengan sewajarnya oleh kerajaan negeri apabila terdapat jurang ketara antara jumlah rumah dirancang untuk dibina dan jumlah pemohon.

“Tidakkah kerajaan negeri mengambil kira kesan daripada faktor permintaan dan penawaran dalam bidang perumahan? Kekurangan 2,798 unit Rumah Mampu Milik (RMM) jenis ‘A’ dan lebihan penawaran 24,773 unit RMM jenis ‘C’ akan memberi kesan terus menerus terhadap industri perumahan di Pulau Pinang,” katanya pada sidang media hari ini.

Beliau berkata berdasarkan jawapan bertulis daripada Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Perancang Bandar dan Desa negeri, Jagdeep Singh Deo pada persidangan Dewan Undangan Negeri lepas, jumlah unit RMM yang akan dibina dalam tempoh lima tahun bagi RMM ‘A’ (bawah RM42,000) ialah 9,803 unit, RMM ‘B’ (bawah RM72,500) (20,071 unit) dan RMM ‘C’ (bawah RM300,000) (34,115 unit).

Zhi Yi berkata jumlah pemohon dalam senarai menunggu bagi RMM ‘A’ ialah 12,601, RMM ‘B’ (18,407) dan RMM ‘C’ (9,342).

Katanya, jumlah RMM yang dibina sejak 2008, selepas mereka mengambil alih pentadbiran negeri ini hingga April 2017 ialah 20,341 unit, dengan RMM ‘A’ (10,553 unit) dan RMM ‘B’ (9,788 unit).

“Kerajaan negeri merancang memendekkan tempoh pembangunan sebanyak lima tahun bagi membina dua kali ganda jumlah yang telah dibinanya dalam masa sembilan tahun. Tidakkah kerajaan negeri terlebih yakin sangat dalam perancangannya itu?

“Bagaimana ia hendak memberi justifikasi dan jaminan bahawa jumlah yang disasarkan itu pasti dapat dibina dan bukan merupakan hanya janji kosong semata-mata?” tanya beliau.

Zhi Yi juga mempersoal tentang bagaimana kerajaan negeri dapat memberi jaminan bahawa rumah yang dirancang itu akan dapat dibina dan bilakah projek berkenaan akan dimulakan.

“Pembangunan perumahan perlu dilaksanakan mengikut analisis dan perancangan sewajarnya. Ia perlu dirancang dengan memantau permintaan dan penawaran dalam industri berkenaan. Jika tidak, ia akan memberi kesan besar, terutama terhadap harga rumah,” katanya

It's only fair to share...

About pisau

Leave a Reply

Your email address will not be published.


x

Check Also

Tindakan Shahrir Samad Gagalkan Mimpi Basah Rafizi Amat Dikesali !!

Pisau berasa kesal dengan tindakan Tan Sri Shahrir Samad yang mendedahkan Rafizi ...


Hit Counter provided by Curio cabinets