Home / Berita Utama / Bayar Lebih Projek Terowong Bukti DAP Berkongsi Wang Rakyat Beratus Juta! 

Bayar Lebih Projek Terowong Bukti DAP Berkongsi Wang Rakyat Beratus Juta! 

Bukti DAP Pulau Pinang cekap menguruskan wang rakyat. DAP berjaya mengumpul berbillion ringgit hasil dividen anti rasuah untuk dibelanjakan secara cukup berhemah.

Apa yang dapat kita lihat mengenai isu projek terowong adalah tidak menjadi masaalah kepada kerajaan negeri kerana wang terlalu banyak. Apa salahnya syarikat swasta yang mungkin mesra tokong berkongsi laba kekayaan wang negeri.

Pisau melihat isu ini adalah menifestasi kemurahan pentadbiran tokong DAP memberi rahmat dan rezeki kepada penyembah mereka.

Diluar sana harus belajar kaedah DAP berbelanja. Cukup efisien dan menguntungkan.

Kenyataan Media Berhubung Bayaran Yang Terlalu Mahal Bagi Projek Terowong Pulau Pinang


 1.Melalui maklumat dari Lembaga Jurutera, kementerian kami telah meneliti maklum balas YB Chow Kon Yeow bertarikh 24 Jun 2017 iaitu sehari sebelum cuti umum Hari Raya.



2.YB Chow telah menyatakan bantahan terhadap kami dan menegaskan bahawa bayaran bagi perincian reka bentuk berjumlah RM177.5 juta ke atas 3 batang jalan raya sepanjang 20km yang telah dibayar oleh kerajaan Pulau Pinang adalah tidak terlalu mahal kerana ia merangkumi 10 komponen tambahan.

3.Bagaimanapun, ianya adalah tidak benar dan boleh dianggap sebagai kiraan berganda. Kebanyakan dari 10 komponen tambahan yang dinyatakan oleh YB Chow merupakan sub-komponen sama ada dibawah Penilaian Terperinci Alam Sekitar (DEIS), Kajian Kemungkinan mahupun Perincian Reka Bentuk.

4.Ketiga-tiga komponen ini terkandung di bawah bidang kuasa jurutera selain kerja-kerja sivil dan struktur, perkara seperti struktur bayaran bagi Reka Bentuk Terowong serta Reka Bentuk Mekanikal & Elektrik juga dikendalikan oleh Lembaga Jurutera.

5.Manakala bagi empat komponen lain – Kajian Terperinci Impak Alam Sekitar, Kajian Impak Sosial, Kajian Kesan Lalu Lintas serta Kelayakan Kewangan & Pengurusan Pembiayaan adalah di bawah komponen Kajian Perlaksanaan – iaitu tambahan sebanyak RM32.2 juta ke atas jumlah RM177.5 juta juga telah dibayar oleh Kerajaan Pulau Pinang.

6.Melalui informasi yang diterima, kami sedia maklum bahawa jumlah keseluruhan pembayaran rundingan pra-pembinaan bagi jalan raya sepanjang 20 km adalah berjumlah RM208.7 juta – termasuk jumlah RM32.2 juta bagi Kajian Perlaksanaan serta RM177.5 juta bagi perincian reka bentuk.  

7.Kementerian kami bersam-sama dengan Lembaga Jurutera kekal dengan pendirian kami dan menegaskan bahawa jumlah pembayaran keseluruhan bagi 3 batang jalan tersebut adalah melebihi dari jumlah perkiraan dan garis panduan yang ditetapkan.  

8.Bagi mengelakkan timbul sebarang tanda tanya dikalangan masyarakat, YB Chow dinasihatkan agar lebih berhati-hati ketika memberikan sebarang penjelasan mengenai jumlah pembayaran bagi hal-hal berkaitan industri pembinaan jalan raya pada masa akan datang.

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Hj Yusof Kementerian Kerja Raya

It's only fair to share...

About pisau

Leave a Reply

Your email address will not be published.


x

Check Also

Tindakan Shahrir Samad Gagalkan Mimpi Basah Rafizi Amat Dikesali !!

Pisau berasa kesal dengan tindakan Tan Sri Shahrir Samad yang mendedahkan Rafizi ...


Hit Counter provided by Curio cabinets