HONG KONG : Gara-gara memuat naik video kanak-kanak mandi di Facebook, seorang pembantu rumah warga Indonesia ditahan atas dakwaan menyiarkan kandungan pornografi kanak-kanak di Hong Kong.

Menurut laporan South China Morning Post, wanita berusia 28 tahun itu dikatakan telah menyiarkan video secara langsung di laman media sosial tersebut, menunjukkan dia sedang memandikan tiga kanak-kanak yang tidak berpakaian.

Kesemua kanak-kanak berkenaan dipercayai dalam lingkungan tujuh atau lapan tahun.

Malah, dalam video berdurasi 17 minit itu, salah seorang kanak-kanak meminta agar tidak dirakam video mereka sedang mandi, namun ia tidak diendahkan wanita itu.

Video berkenaan yang kemudiannya dimuat naik ke akaun Facebook wanita berkenaan.

Bagaimanapun, ia telah ditarik balik pada Isnin.

Laporan polis dibuat oleh ibu bapa kanak-kanak tersebut selepas mendapat tahu video itu telah disiarkan.

Di bawah undang-undang Hong Kong, sesiapa yang didapati bersalah menyiarkan pornografi kanak-kanak berdepan hukuman maksimum lapan tahun atau denda maksimum HK$2 juta.



Source by [author_name]

It's only fair to share...

pisau

No Comments

Leave a Comment



Hit Counter provided by Curio cabinets
Show Buttons
Hide Buttons