March 22, 2017

Sebelum ini apabila Datuk Jamal Yunus mendedahkan penyelewengan Teresa Kok Ahli Parlimen Seputeh,DAP dengan lantang mempertahankan Teresa,malah ugutan untuk menyaman Datuk Jamal disiarkan didalam Roketkini.

Teresa pula bukan saja menafikan malah beliau sendiri membuat sidang akhbar kononnya beliau telah difitnah oleh Datuk Jamal Yunus.

Nah! akhirnya Teresa Kok sendiri mengaku beliau menerima wang YAWAS sepertimana yang didakwa,kita boleh lihat kes klasik sebegini bagaimana pemimpin pembangkang buat kejut kononnya nak saman.. dengan sidang akhbar bagainya.. modus operandi semuanya sama.. seperti Guan Eng.. Anwar dan ramai lagi.. mereka ini semuanya pembohong.. pembelit dan juga boleh bermuka muka didepan anda menafikan..

Begitu ramai di Malaysia bukan saja diperbodohkan.. malah rakyat dinegara ini disajikan dengan cerita bohong hingga ramai yang termakan… dari cerita Najib bunuh Altantuya..40 ribu bangla hinggalah kepada 1MDB..

 

Apabila Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Irmohizam Ibrahim memetik nama Teresa Kok yang dikaitkan dengan isu dana Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS), Ahli Parlimen DAP Seputeh itu segera bangkit untuk menafikannya.

“Minta penjelasan, saya berada di sini Kuala Selangor,” kata Teresa Kok berdiri sambil mencekak pinggang.

“Saya baru ada sidang akhbar yang menafikan semua ini tohmahan daripada Jamal Yunus. Saya harap Yang berhormat jangan jadi pengikut Jamal Yunus,”kata Teresa dengan nada marah.

Irmohizam kemudiannya membacakan fakta surat di Perbendaharaan Selangor bertarikh 13 Disember 2013 kepada Pengurus Cawangan Ambank untuk memohon membuka akaun bagi Skim Mesra Usia Emas (SMUE) iaitu antara program bawah YAWAS atas nama sembilan Ahli Parlimen pembangkang di sekitar Kuala Lumpur membabitkan jumlah RM10 juta.

Sekali lagi Teresa Kok bangun, ketika itu Ahli Parlimen Seputeh Kuala Lumpur itu seolah-olah mengesahkan bahawa dia telah menerima dana YAWAS itu sepertimana yang didakwa Datuk Jamal Yunus sebelum ini.

“Apa salah ? ” soal Teresa. “Sejak penggal yang lepas, Kerajaan Selangor telah beri hak (dana YAWAS) kepada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat di Kuala Lumpur untuk menguruskan SMUE kerana ramai warga Selangor duduk di Kuala Lumpur…”tambahnya lagi.

Sebelum ini, Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar menggesa Teresa Kok memulangkan semula kad mesin juruwang automatik (ATM) YAWAS kerana beliau bukan lagi ahli EXCO kerajaan Selangor.

Noh berkata Teresa Kok juga bukan lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Selangor bagi membolehkannya menyertai Program SMUE anjuran kerajaan negeri.

“Sebelum ini, dia menafikan ada menerima wang daripada kerajaan negeri, namun apabila didesak oleh Datuk Seri Jamal Md Yunos, dia menukar kenyataannya dengan mengaku menerima dana di bawah SMUE yang disalurkan melalui YAWAS.

“Jika dia seorang wakil rakyat yang jujur, ikhlas dan menjaga kepentingan rakyat, mengapa dia harus berbohong? Wakil rakyat sebeginikah yang rakyat mahukan?, ” katanya -AIDC

It's only fair to share...

pisau

No Comments

Leave a Comment



Hit Counter provided by Curio cabinets