Dap sebuah parti terkenal dengan sikap ultrakiasu,chauvanis dan rasis .Malah mereka juga terkenal dengan gerakan evegelis kristian dan liberal.
Dap juga mengiktiraf Wan Ji yang mengepalai gerakan menghapuskan raja raja melayu di negara ini dengan melantik sebagai pegawai tinggi didalam regim kerajaan negeri Pulau Pinang.
Kedudukan DAP Pulau Pinang menjadi bertambah kuat apabila serangan terbaru Lim Guan Eng terhadap Islam apabila mengelar umat Islam yang membantah pesta arak sebagai taliban.
DAP yang terlalu kuat dan mendapat sokongan pengundi berbangsa cina telah menzahirkan kehendak pengundi mereka yakni rakyat Pulau Pinang tidak seperti rakyat dinegeri lain yang lebih terbuka dengan pesta maksiat dan pesta arak.
DAP anggap OK untuk menghina umat Islam memandangkan Umat Islam dinegara ini dikutuk dan dihina sudah pasti tidak akan berani menentang,apatah lagi DAP mendapat sokongan kuat melayu melayu tukang skrew yang menganut Islam mazhab DAP.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya mempersoal tindakan Lim Guan Eng menyamakan Malaysia dengan Taliban dalam isu pesta arak yang diadakan di Pulau Pinang.

Katanya kenyataan tersebut adalah cubaan Guan Eng dalam menimbulkan kebencian terhadap Islam.

Tambahnya lagi, Ketua Menteri Pulau Pinang itu perlu sedar larangan pesta arak secara terbuka bukan dibenci Islam sahaja, malah agama lain turut bersetuju dengan perlakuan seperti itu.

“Apakah menghalang pesta arak bermakna Malaysia seperti Taliban? Kenapa Guan Eng cuba bandingkan dan kaitkan dengan Taliban? apa maksud beliau? cuba mengugut atau menakutkan rakyat dan cuba menimbulkan kebencian kepada orang Islam di Malaysia atau samakan pemimpin negara yang menghalang pesta arak ini sebagai Taliban?

“Beliau perlu jelaskan kepada rakyat atau sememangnya beliau berniat untuk mencari pasal dengan orang Islam dan cuba mencari helah bagi mengalihkan fokus rakyat yang sedang melihat kepincangan dan krisis identiti serta konflik yang amat teruk melanda DAP dan PH.

“Terlalu kemaruk sangatkah jiwa Guan Eng untuk menzahirkan kepada dunia bahawa Malaysia negara sekular dan bukan sebuah negara Islam?” Soalnya kepada BNBBC.my portal pada Selasa.

Acara Oktoberfest ke-45 yang dianjurkan Persatuan Jerman Malaysia di Pulau Pinang kelmarin berlangsung tanpa sebarang halangan.

Guan Eng dengan bongkak berkata hal itu menunjukkan Pulau Pinang “bukan negara Taliban”.

“Pelampau ini mungkin berjaya mengharamkan Oktoberfest di Selangor dan Kuala Lumpur, tetapi mereka tidak akan berjaya di Pulau Pinang.

“Pulau Pinang tidak berminat melarangnya, atau mengganggu kebebasan rakyat Malaysia. Kami bukan negara Taliban,” kata Guan Eng.

Mengimbas kembali prinsip Guan Eng yang sering menyebut Amar Ma’ruf Nahi Mungkar pada suatu ketika dahulu, kini ia langsung tidak bertepatan dengan apa yang dilaungkan sebelum ini.

Ia sekaligus menunjukkan yang Guan Eng tidak layak menjadi pemimpin kerana tidak menghormati budaya bangsa lain.

“Sewaktu Guan Eng di buai dengan jolokan Khalifah Umar Abdul Aziz (jolokan yang di anugerah oleh Mat Sabu), beliau acapkali melaungkan slogan amar makruf nahi mungkar sebagai prinsip dalam setiap ucapan beliau yang mendokong kerajaan CAT nya.. tapi semuanya itu terbukti sebagai cakap burung kakak tua sahaja.. sebut apa orang suruh tapi tak faham satu apa pun dan lakonan beliau semata-mata.

“Guan Eng tidak selayaknya jadi pemimpin di sebuah negeri berbilang bangsa dan agama kerana tidak dapat menjiwai kontrak sosial dan menyelami roh kehidupan di Malaysia yang hidup secara berbilang bangsa agama dan budaya.

“Umum mengetahui rakyat secara majoriti tidak bersetuju dan membantah jika arak diminum di jalanan secara pesta terbuka. Kenapa Guan Eng masih tidak faham mesej daripada majoriti rakyat?”, soal Shabudin lagi.

It's only fair to share...

pisau

No Comments

Leave a Comment



Hit Counter provided by Curio cabinets
Show Buttons
Hide Buttons