Bukan satu rahsia apabila ada pendedahan Lim Guan Eng memegang 19 jawatan penting didalam kerajaan negeri.

Kuasa mutlak diktaktor ini membuktikan betapa berkuasanya Lim Guan Eng didalam regim DAP Pulau Pinang.

Inilah salah satu faktor beliau digelar sebagai tokong DAP. Banyak penyelewengan yang berlaku dari pemansuhan cukai hiburan kepada kroni,projek projek besar hinggalah kepada jual tanah milik kerajaan negeri terlajak murah.

Semua maklum ,apabila terdedah berlaku penyelewengan dan salah guna kuasa,Lim Guan Eng akan buka langkah taichi untuk salahkan sesiapa saja yang beliau suka.

Menurut sumber,ini baru 19 jawatan didalam kerajaan negeri.Mungkin masih Belum dikira lagi jawatan tak rasmi didalam syarikat syarikat yang berkepentingan.

Alang alang dah 19 jawatan, adalah lebih elok tokong ni pegang semua jawatan dalam kerajaan negeri .. Dari jawatan cleaner tukang sapu ..kerani hingga ke Ketua Menteri ..? barulah penyokong Tegar DAP Pulau Pinang akan sentiasa berasa dibawah rahmat Tokongnya..

Ketua Menteri Lim Guan Eng sedang meniti ke arah pintu rasuah apabila memegang 19 jawatan penting di negeri itu secara serentak kata Setiausaha Organisasi MCA Pulau Pinang, Dr. Tan Chuan Hong

“Lim Guan Eng memegang 19 jawatan penting, kuasa mutlak yang cenderung untuk disalahgunakan

“Ia menjadi ahli politik yang paling sibuk di Pulau Pinang, ia membingungkan bahawa bagaimana Lim Guan Eng boleh memegang banyak peranan pada satu masa, memegang jawatan Pengerusi dalam badan-badan berkanun kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan,”katanya dalam Facebook.

Menurutnya, kesediaan Guan Eng memegang 19 jawatan penting itu bercanggah dengan polisi yang dicanang oleh beliau sendiri iaitu CAT (Competency, Accountability and Transparency).

“Ini bukan sahaja mengejutkan tetapi juga bercanggah dengan prinsip-prinsip CAT berkaitan dengan nilai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan di mana kerajaan negeri pimpinan DAP mendakwa akan diamalkan.

“Di mana kredibiliti seseorang jika dia memegang semua jawatan yang mempunyai hubungan rapat dengan kedudukannya sebagai Ketua Menteri ? Dan bagaimana pula dengan prinsip perkongsian kuasa yang dianjurkan oleh kerajaan negeri?

“Menjadi Ketua Menteri negeri dan (dalam masa sama memegang) pengerusi pelbagai agensi dan jabatan-jabatan kerajaan berkaitan akan membawa keputusan yang dibuat lemah, dan juga terdedah untuk rasuah dan salah guna kuasa.”

Tambahnya, walaupun terdapat exco-exco dilantik dalam kerajaan negeri seperti Chow Kon Yeow (kerajaan tempatan), Phee Boon Poh (Kebajikan), Law Heng Kiang (Pelancongan) dan Jagdeep Singh (Perumahan), namun mereka hanya watak-watak tambahan sahaja, kerana kuasa mutlak masih terletak di tangan Guan Eng.

“Sekarang Lim Guan Eng secara perlahan-lahan meniti di jalan yang tiada penghujungnya mengenai rasuah, politik geng, permainan kuasa dan rundingan tertutup jualan hartanah dan sebagainya. Semua ini berlaku disebabkan oleh salah urus dalam pentadbiran di Pulau Pinang.

“Monopoli kuasa yang dimiliki Lim Guan Eng bukan sahaja menunjukkan kepimpinan diktator, tetapi juga pengurusan yang lemah dari segi modal insan kerajaan negeri.”

It's only fair to share...

pisau

No Comments

Leave a Comment



Hit Counter provided by Curio cabinets
Show Buttons
Hide Buttons