Dalam sidang akhbar YB Phee So What Adun Rasuah Memerangkap Exco Kilang Haram Pulau Pinang cuba memperlekehkan minda rakyat. Seolah cuba menegakkan benang yang basah ,Lim Guan Eng Duta Brylcream memerangkap Tokong DAP menggunakan kaedah taichi yang lebih teknikal dengan mendedahkan minit mesyuarat MPSP bertarikh 6/5/2017.Menurut beliau ADUN PKR Dr Norlela turut hadir dalam mesyuarat berkenaan.
Kita semua tahu apa maksud Perintah Meroboh dan Perintah Menanguhkan. Boleh rujuk perkara 2.6.Tetapi tidak dinyatakan sebab ditangguhkan. YB Phee So What harus memberi sebab kenapa ditangguhkan malah paling mengejutkan YB Phee So What telah mengarahkan agar kilang haram tersebut disenarai putihkan.
Agak mengejutkan dalam masa ada perintah meroboh,perintah tangguh dan juga arahan senarai putih pada kilang haram yang mendapat aduan dan bantahan daripada penduduk setempat.Apatah lagi penduduk telah membuat aduan kerana ramai yang telah mati akibat kanser yang berpunca daripada kilang haram tersebut.
Kenapa YB Phee So What begitu mengambil berat dan prihatin nasib kilang haram berbanding rakyat? Apatah lagi kilang tersebut tidak mempunyai kelulusan Pelan Merancang,Tiada Pelan Banggunan,Tiada Lesen MPSP dan juga tiada lesen perniagaan yang sah!
YB Phee So What telah melanggar portfolio bukan dibawah beliau tetapi disandang oleh  Exco Kerajaan Tempatan YB Chow Kon Yow .
Adakah ada kawtim Chow Kon Yow dengan Phee So What? Berapa kupang yang mereka terima untuk membela nasib kilang haram?
Berikut adalah Kenyataan Media Yang dikeluarkan oleh ADUN Pulau Betong:

Kenyataan Media

Datuk Sri Muhamad Farid Saad
Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang
Kawasan Pulau Betong
Selasa 22 Ogos 2017

Merujuk kepada Minit Mesyuarat MPSP yang diedarkan kepada media tengahari tadi berhubung Kilang haram memproses habuk gergaji kayu di Sungai Lembu.

1.Apa jadi dengan arahan meruntuh yang telah dikeluarkan tetapi ditangguhkan itu? Apakah ia masih ditangguhkan sampai ke hari ini kerana ada arahan Exco?

2. Kenapa Minit Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang meluluskan dasar untuk tidak meruntuhkan kilang-kilang haram yang dibina sebelum Mac 2008 masih tidak didedahkan oleh Kerajaan Negeri?

3. Exco Alam Sekitar memohon supaya kilang haram tersebut diletakkan di bawah program pemutihan hanya pada 2 Mei 2015, iaitu lebih tujuh (7) tahun setelah DAP mengambil alih Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada Mac 2008.
“Kenapa tidak sebelum itu? Apakah Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengambil masa selama 7 tahun untuk kenal pasti kilang-kilang yang beroperasi secara haram?”

4. Exco juga meminta kajian terperinci dilaksanakan bagi mengesahkan dakwaan penduduk Sungai Lembu mengenai masalah kesihatan mereka adalah berpunca dari kilang haram berkenaan.
“Apakah kajian itu dibuat oleh pihak berwajib dan jika ia apakah dapatan kajian terperinci itu? Apakah dapatan itu dimaklumkan kepada orang ramai, terutamanya penduduk di perkampungan Sungai Lembu?”

Pisau kata ” makan lasuah manyak manyak sampai muntah lor”
It's only fair to share...

pisau

No Comments

Leave a Comment



Hit Counter provided by Curio cabinets
Show Buttons
Hide Buttons