Home / Berita Utama / Pakatan Rakyat / PAS Punca Cina PKR dan Cina DAP Bergaduh.

PAS Punca Cina PKR dan Cina DAP Bergaduh.

Yang satu gila talak.. yang satu lagi dapat bini baru suruh lupakan bini lama. Serupa cinta tiga segi. PAS bagai janda berhias.. PKR bagaikan angau tak keruan ..Azmin bersungguh sungguh mahukan PAS demi kelangsungan kuasa PKR di Selangor.

Kita semua tahu satu ketika PAS begitu terkenal sebagai anjing atau tungangan DAP dan PKR. Apabila sesama mereka sudah tidak sehaluan maka lahirlah PAN kemudian Cap Bunga serpihan Umno.DAP yakin dengan jaminan oleh Mat Sabu dengan Tun M yang mampu menarik sokongan melayu tanpa perlu menggunakan khidmat PAS.

Dikalangan pakatan pembangkang mereka melihat PAS cukup angkuh dan melihat PAS berasakan diri mereka sebagai pencatur. PAS juga dituduh tidak boleh dipercayai.. Kearah pakatan pun tidak.. BN pun tidak.. mereka boleh lompat kemana mana kem yang mereka suka.

Bagaikan roh yang tidak diterima langit dan bumi,PAS dilihat merayau tak tentu hala dan dalam masa yang sama mengambil peluang atas permusuhan Cap Bunga dan Umno untuk membalas dendam keatas mantan Perdana Menteri Tun M yang dituduh sebagai cukup zalim pada satu ketika dahulu.

Serangan Cap Bunga tanpa henti terhadap Umno memudahkan kerja DAP. Manakala PAN pula ditugaskan menyerang PAS. 2 entiti melayu berpayungkan DAP ini mejalankan tugas dengan cukup baik tanpa perlu DAP untuk menyakinkan pengundi melayu lagi..Mudah apabila menggunakan melayu untuk skrew melayu ditambah ada top dog yang sanggup buat apa saja asalkan matlamat tercapai.

 

Komen Dr Kamarul mengenai Cina PKR dan Cina PKR bergaduh disebabkan PAS.

 

Elizabeth Wong, atau Wong Keat Ping, adalah Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR selain daripada Ahli Dewan Undangan Negeri N37 Bukit Lanjan merangkap Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor. Dalam PRU 13, beliau menang dengan majoriti 17,200 undi.

Tony Pua, atau Pua Kiam Wee, adalah Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP merangkap Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP selain daripada Ahli Parlimen P106 Petaling Jaya Utara. Dalam PRU 13, beliau menang dengan majoriti 44,672 undi.

Dalam satu laporan portal berita The Malay Mail Online hari ini, kedua-dua Elizabeth Wong dan Tony Pua bertikai mengenai tindakan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali, membuka pintu rundingan persefahaman politik dengan PAS.

Kata Tony Pua, persefahaman politik dengan PAS adalah tidak perlu kerana undi Melayu yang dibekalkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan PPBM adalah lebih dari mencukupi untuk menampung kehilangan undi Melayu yang dibekalkan oleh PAS.

Kata Tony Pua lagi, cubaan mengadakan persefahaman politik dengan PAS hanya akan membuang masa kerana PAS tidak akan bersetuju dengan manifesto atau agenda Pakatan Harapan dan akan menyebabkan pengundi Selangor menolak Pakatan Harapan.

Kata Tony Pua lagi, Pakatan Harapan sepatutnya fokus kepada usaha untuk cuba menarik sokongan para penyokong PAS kepadanya dan untuk membincangkan bagaimana kerusi PAS Selangor dalam PRU 13 akan diagihkan antara parti-parti komponen Pakatan Harapan.

Elizabeth Wong pula berkata, sesiapa yang menyerang Datuk Seri Azmin Ali di atas usaha untuk membuka pintu rundingan persefahaman politik dengan PAS sama ada naïf dari segi politik (politically naive) atau mempunyai kepentingan-kepentingan diri (vested interests).

Kata Elizabeth Wong, PAS masih mempunyai sokongan yang kuat di peringkat akar umbi, iaitu kira-kira 30 peratus daripada jumlah pengundi Melayu, terutamanya di kerusi-kerusi di luar daripada lingkungan-lingkungan bandar (urban enclaves) dan Lembah Kelang.

Kata Elizabeth Wong lagi, semua kaji selidik dan pungutan suara berwibawa dan bereputasi menunjukkan Pakatan Harapan hanya akan menang di kerusi bandar, yang merupakan kerusi minoriti di Selangor, dan akan kalah di kerusi majoriti Melayu jika berlaku pertandingan tiga penjuru.

Selamat berbalahlah ya, wahai Tony Pua dan Elizabeth Wong.

Dr Kamarul Zaman Yusoff,
Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN),
Universiti Utara Malaysia (UUM).

It's only fair to share...

About pisau

Leave a Reply

Your email address will not be published.


x

Check Also

DAP sedia kerjasama dengan GHB, hakikatnya?

Hari ini masyarakat Malaysia dihidangkan dengan wayang terbaru yang dicaturkan DAP sebagai ...


Hit Counter provided by Curio cabinets