Berita telus dan seimbang..

Monthly archive

February 2017

Proksi DAP Bertelagah Isu Empat Wakil Rakyat Keluar Parti

in DAP by

Keputusan empat wakil rakyat DAP Melaka mengumumkan keluar parti pada Ahad lalu mencetuskan pertelagahan dua proksi dalam parti itu.

Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong yang mewakili proksi penyokong Dinasti Lim mengaitkan keputusan Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him dan tiga ADUN Melaka yang lain, Goh Leong San (Duyong), Lim Jak Wong (Bachang) dan Chin Choon Seong (Kesidang) mengumumkan keluar parti disebabkan mereka kecewa kerana kalah pemilihan DAP Melaka sebelum ini.

Penyokong Dinasti Lim bermaksud aktivis-aktivis DAP yang berdiri teguh di belakang Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng terus berkuasa dalam parti.

Walau bagaimanapun, kenyataan Chin Tong itu dibidas oleh Naib Pengerusi DAP Selangor, Teng Chang Khim yang mewakili bukan penyokong Dinasti Lim.

“Ini adalah kenyataan yang tidak relevan kerana pemilihan parti telah berlalu untuk satu tempoh masa.

“Chin Tong mungkin sudah terlupa bahawa perjuangan mereka (empat wakil rakyat Melaka) dalam parti adalah lebih lama daripadanya.

“Keanggotaan Tong Him dalam DAP adalah lebih lama berbanding umur Chin Tong,” kata Chang Khim yang juga Exco Kanan Kerajaan Selangor kepada Sinchew Daily.

Pemangku Pengerusi DAP, Tan Kok Wai yang juga mewakili proksi pro-Dinasti Lim melabel keempat-empat wakil rakyat yang keluar parti itu sebagai barah dalam parti.

Namun, ADUN DAP Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu mempertahankan empat wakil rakyat itu yang disifatkannya terpaksa membuat pilihan yang sukar.

Katanya, sistem DAP yang sedia ada telah mengizinkan pemimpin menjawat satu-satu jawatan terlalu lama sehingga mereka kekurangan kreativiti dan gagal memperdalamkan sistem demokrasi parti.

“Ahli sukar untuk menyampaikan pandangan sendiri dalam parti.

“Walaupun saya menyuarakan pendapat beberapa kali melalui saluran dalaman, tetapi saya gagal menang kerana saya hanya ada satu undi,” katanya kepada China Press.

Yee Cheu pada masa yang sama bersetuju dengan pandangan empat wakil rakyat Melaka yang meninggalkan DAP bahawa strategi semasa parti itu telah menyimpang daripada prinsip asal DAP.

Senada dengan empat wakil rakyat itu, Yee Cheu juga turut menyuarakan ketidakpuasan hati dengan keputusan DAP untuk berkerjasama dengan PPBM. -AIDC

Sekali Lagi Regim DAP Pulau Pinang Berbohong , Perdaya Dakyah Rakyat Pulau Pinang Dengan Kenaikan Cukai Yang Tinggi !

in Pulau Pinang by

Jika dihitung,sudah banyak kali rakyat Pulau Pinang diperbodohkan. Dibodohkan dengan pelbagai dakyah bombastik seolah regim DAP Pulau Pinang adalah penyelamat dan cukup prihatin kepada rakyat.

 

Rakyat Pulau Pinang mungkin tidak sedar mereka sedang ditertawakan oleh pentadbiran regim di Komtar,apa saja tindakan regim pada anggapan akan disokong 100% oleh rakyat. Tidak ada bantahan atau pun kritikan yang kita dengar dari seluruh rakyat Pulau Pinang,seolah menghalalkan penindasan didepan mata.

 

Jom kita lihat bagaimana tokoh banglo perbodohkan rakyat Pulau Pinang..

Tindakan Kerajaan DAP Pulau Pinang yang mencanangkan kononnya menyerap cukai pintu untuk semua pemilik harta serta cukai barang dan perkhidmatan (GST) bagi mengurangkan beban rakyat kini dipersoal dan menjadi pertikaian.

Perkara itu berikutan pendedahan Kerajaan DAP Pulau Pinang terlebih dahulu menaikkan cukai pintu sebanyak 14.29 peratus atau RM83.40, tiga bulan sebelum pelaksanaan GST.

Pengendali laman blog LSS Report, Lim Sian See mendakwa, penduduk negeri itu pada 2014 hanya membayar cukai pintu berjumlah RM583.80.

Bagaimanapun pada 2015, katanya, iaitu tiga bulan sebelum pelaksanaan GST, cukai pintu itu dinaikkan kepada RM667.20 iaitu bayaran sama yang perlu dibayar penduduk untuk 2016.

Beliau mendakwa, meskipun selepas pengumuman pemotongan cukai pintu enam peratus untuk kesemua hartanah seperti diumumkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng baru-baru ini, penduduk masih perlu membayar sebanyak RM627.60 iaitu lebih tinggi daripada cukai pada 2014.

“Kerajaan DAP Pulau Pinang menaikkan kadar cukai pintu sebanyak RM83.40 yang tiada kena-mengena dengan GST dan kemudiannya memberi pengurangan sebanyak RM39.60.

“Tetapi hakikatnya penduduk masih perlu membayar sebanyak 7.5 peratus lebih tinggi daripada cukai pintu asal mereka seperti pada 2014.

“Cukai pintu adalah sepenuhnya dikecualikan GST, ini bermakna sebarang kenaikan cukai itu adalah keputusan Kerajaan DAP Pulau Pinang,” katanya seperti dipetik menerusi laman sosial Facebooknya hari ini.

Menerusi laman sosial itu juga, Sian See turut memuat naik resit cukai pintu kediaman di Seberang Jaya di sini yang me­nunjukkan perbezaan jelas harga yang perlu dibayar penduduk dalam tempoh empat tahun bermula 2014 hingga tahun ini.

Guan Eng sebelum ini me­ngumumkan pemotongan cukai pintu enam peratus untuk semua hartanah selain rumah kos rendah, rumah kos sederhana rendah dan rumah kampung termasuk hartanah komersial bagi tahun ini. –Penangkini

 

Pisau kata ” tokoh banglo terlajak murah sedang sibuk cuci tangan..sebelum bercuti panjang?”

RBA Gagal Pertahan Rasuah Banglo Terlajak Murah Buat Kit Siang Mengeluh Bagai Kalah Judi

in DAP by

Agak menarik apabila membaca tulisan Lim Kit Siang abah kepada tokong DAP,beliau mengeluh bagai apek kalah judi mengenangkan nasib media propaganda DAP bagaikan sudah runtuh.Tajuk artikel dari blog Raja Petra membuatkan ramai yang melompat kegirangan seolah RBA berjaya diruntuhkan.

 

Pisau melihat RBA gagal kerana mereka diupah untuk mempertahankan politik ultrakiasu,chauvanis dan rasis.Dalam masa yang sama mereka gagal menutup kerja korupsi dan penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin tertinggi DAP sendiri. Mana mungkin untuk menutup bau bangkai yang makin lama makin membusuk.

 

Apabila Kit Siang membuat pengakuan,ini mengesahkan RBA memang wujud dan selama ini DAP terbukti berbohong apabila mereka menafikan tentera upahan cyber ini.

 

Kit Siang admits DAP Red Bean Army defeated

In his blog posting yesterday (Most ambitious “Black Ops” to destroy DAP in four decades, involving Ministers and the Prime Minister himself), Lim Kit Siang admitted that DAP’s Red Bean Army (RBA) has been beaten at its own game. What was most noticeable about yesterday’s blog posting was that this was probably the shortest posting in Kit Siang’s 50-year political career.

Just to digress a bit, it seems some of the key players in the RBA have left because they were not being paid enough like when DAP’s Black Ops first started in 2004. Soon after the 2004 general election disaster (for the opposition that is: because Barisan Nasional won about 91% of the seats in Parliament), the opposition started its internet war or shifted the political campaign to the cyber-world.

This escalated in 2008 when Pakatan Rakyat (or rather DAP) won Penang and they suddenly had access to large sums of  money. They also now ‘owned’ Komtar which they could use to house the RBA operation. At the height of the operation, DAP was employing thousands of cyber-troopers whose job was to flood the internet with negative postings about the government, Barisan Nasional, Umno, the Malays, Islam, and so on.

Basically it was the same strategy that the anti-Shah operatives used to bring down the Shah of Iran and install an Islamic Republic that saw more than a million deaths during the Islamic Revolution of Iran and the nine-year Iran-Iraq War that followed it. The only thing is that in the 1970s they used cassette tapes while today they use the Internet — different methods but same strategy and objectives.

In fact, 2004 was also when Malaysia Today started life (on 13th August 2004). And the objective was to shift the media campaign from the mainstream media to the alternative or social media.

Ironically, in Kit Siang’s blog posting yesterday, he said:

We are seeing the most ambitious “black ops” operation by the UMNO/BN leaders and propagandists to destroy the DAP in four decades, employing the triple politics of fear, hate and lies, involving Ministers and even the Prime Minister himself.

 

Pisau kata ” Tokoh banglo terlajak murah kaya raya.. RBA dapat apa?”

Zahid bimbang wartawan tak beretika lebih mendapat perhatian

in zahidhamidi by

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata melihat kepada peredaran zaman media baru hari ini, industri media cetak dilihat semakin tidak mendapat perhatian.

Lebih membimbangkan penulisan wartawan di media baru yang tidak mempunyai etika kewartawanan mendapat perhatian yang lebih berbanding wartawan bertauliah hanya kerana penyampaian yang dibuat berunsur sensasi.

“Media cetak kini kurang edarannya, media elektronik kurang penontonnya dan beberapa media dengan tidak pun ditulis oleh wartawan tetapi hanya beberapa orang sahaja mengendalikan media itu tanpa latar belakang wartawan masih dapat penonton yang ramai.

“Bagaimana ia berlaku? Ini kerana lontaran penulisan mereka itu di luar daripada etika kewartawanan dan pendapat mereka itu seolah diraikan walaupun belum disahihkan.

“Apatah lagi kalau penulisannya melaga-lagakan kalangan pemimipin, rasa seronok ia berlaku (pergaduhan) daripada hasil penulisan itu,” kata Dr Ahmad Zahid.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Minum Petang Amal Kelab Veteran Utusan Melayu (KVUM) dan Tribute Untuk Allahyarham Ahmad Idris di ibu pejabat Kumpulan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad pada Selasa.

Sementara itu, Dr Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri turut mendedahkan sebanyak lapan surat tunjuk di bawah Akta Mesih Cetak dan Penerbitan 1984 telah diberikan kepada syarikat akhbar tahun lalu.

Daripada jumlah itu tujuh diberikan kepada akhbar berbahasa Tamil dan satu kepada akhbar berbahasa Inggeris.

Tahun lalu juga menyaksikan 77 surat nasihat dikeluarkan kepada syarikat penerbitan di negara ini.

“Daripada jumlah ini sebanyak 29 surat dihantar kepada akhbar berbahasa Tamil, 21 kepada akhbar berbahasa Cina, 18 kepada akhbar berbahasa Inggeris dan 9 akbar berbahasa Melayu.

“Manakala sembilan surat teguran dikeluarkan iaitu lima kepada akhbar berbahasa Cina, tiga akhbar berbahasa Melayu dan satu Tamil,” katanya.

Ahmad Zahid juga berkata, sejak awal 2013 sehingga Disember 2015 sebanyak 50 kes telah dibawa ke mahkamah di seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 233 yang melibatkan hasutan dan komen yang memudaratkan.

Tambah beliau sejak 2010 hingga Mac tahun lalu seramai 22 pemilik rangkaian sosial, laman web dan blog telah dituduh di mahkamah kerana menyalahgunakan medium tersebut untuk pelbagai tujuan.

“Jangan tuduh kerajaan tidak melakukan sesuatu bagi menyekat penyebaran fitnah di negara ini. Dan bila kita mengambil tindakan jangan kata kita menyekat kebebasan media,” tegasnya.

Statistik Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menunjukkan setakat tahun lalu sejumlah 20.62 juta rakyat Malaysia memiliki akaun media sosial. -BNBBC

2 Lagi Pemimpin Kanan Bakal Keluar Parti,Guan Eng goyang pendedahan lagi pemimpin keluar DAP

in DAP by

Inilah dividen anti rasuah yang diterima oleh DAP apabila 4 wakil rakyat mereka keluar parti,kerana keterlaluan mempertahankan penyelewengan dan rasuah Lim Guan Eng mereka telah lupa prinsip ketelusan dan akauntabiliti.

 

Lim Guan Eng dan DAP sebuah parti yang disekarang ini dilihat sebagai syarikat korporat yang berasaskan keuntungan,mesra kontraktor dan menindas rakyat. Banglo terlajak murah yang diperolehi oleh ketua menteri sekarang ini telah membuatkan ramai buka mata betapa korupnya kepimpinan DAP yang dipenuhi dengan rasuah.

 

Pendedahan dibuat oleh bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berhubung ura-ura dua lagi pemimpin kanan akan keluar daripada parti itu menimbulkan resah Lim Guan Eng.

Setiausaha Agung DAP itu terpaksa mengarahkan satu laporan lengkap dibuat dari DAP Johor dan Selangor susulan pendedahan terbaharu Tunku Aziz tersebut.

Berucap dalam program Dialog Bersama Pemimpin DAP Melaka malam ini, Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata beliau akan merujuk Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua serta Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong bagi mendapatkan bukti dakwaan Tunku Abdul Aziz itu.

Guan Eng dilihat turut memperkecilkan pendedahan dibuat tokoh berkenaan, namun tidak menyembunyikan kerisauannya apabila mengeluarkan arahan sedemikian semalam.

“Kita ada lihat kenyataan dibuat ‘orang’ Barisan Nasional (BN). ‘Orang kanan’ BN, iaitu Tunku Abdul Aziz ada cakap dua lagi pemimpin kanan akan ikut ‘Geng Empat’. Satu dari Johor, satu dari Selangor.

“Dia dakwa pemimpin kanan (DAP). Malam ini ada Pengerusi DAP Johor, ada Pengerusi DAP Selangor, nanti saya akan minta mereka beri jawapan kepada saya selepas perjumpaan ini. Benar atau tidak, kita akan tunggu,” katanya.

Dalam suatu kenyataan hari ini, Tunku Abdul Aziz mendakwa dua lagi pemimpin kanan DAP dijangka bertindak keluar parti dalam masa terdekat.

Beliau dilaporkan berkata, langkah itu akan dibuat tidak sampai 48 jam selepas empat pemimpin DAP Melaka berbuat demikian.

Terdahulu, empat bekas pemimpin DAP Melaka mengumumkan keputusan keluar parti, sekali gus mengakibatkan parti itu berada dalam keadaan goyah. Mereka yang mengumumkan keputusan keluar parti adalah Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him; serta ADUN Duyong, Goh Leong San; Lim Jak Wong (Bachang), dan Chin Choong Seong (Kesidang). – BNBBC

DAP hanya tahu menyalahkan orang lain,hingga terlupa ekor mereka sendiri terpalit dengan taik,kesana kemari dengan busuk rasuah sambil jari menunding ke pihak lain.Memalukan!

 

Pisau kata ” di Pulau Pinang..ramai yang dah nampak DAP cukup rakus”

Hot! Wan Azizah Dan PKR Bayar Ganti Rugi Fitnah Tanpa GST !

in Berita Utama by

Selepas anak puakanya Nurul Izah dinobatkan kaki fitnah oleh mahkamah..sekarang giliran Wan azizah dan keldaian daily yang disahkan fitnah dan diarahkan membayar Felda ganti rugi.
Walaupun cukup champion membuat fitnah.. Kos yang dibayar hanya dicelah gigi.. Puak ni memang cukup terkenal mempunyai dana yang besar dan kaya raya.. Maka tak menjadi hal sekadar 70 ribu seolah nilai seperti 70sen..

Felda dan anak syarikatnya, Felda Global Ventures Holdings (FGVH) Sdn. Bhd. beroleh ganti rugi RM70,000 setelah memenangi kes saman mereka terhadap Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan dua lagi berhubung penerbitan dua artikel berbaur fitnah dalam akhbar mingguan, Suara Keadilan, kira-kira tujuh tahun lalu.

Pernyataan fitnah itu terkandung dalam artikel pertama bertajuk ‘Felda Bankrap’ yang diterbitkan pada 22 Jun 2010 dan artikel kedua berserta gambar bertajuk ‘Kontroversi’ dan ‘Bina Bangunan RM662 juta Hanya Libatkan Tiga Individu’ bertarikh 29 Jun 2010 yang diterbit dan diedarkan oleh akhbar itu.

Jumlah ganti rugi tersebut ditaksirkan oleh Timbalan Pendaftar, Norfauzani Mohd. Nordin di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Pisau kata ” puak ni memang kaya raya.. Apa ada hal kena saman fitnah.. Bayor je”

Teka Teki Azmin Akhirnya Terjawab..3 Adun  Dan 1 Ahli Parlimen Keluar Parti.

in Berita Utama by


3 DAP ADUN and one MP has quit DAP saying that the party is no longer a principled party like before and they have lost confidence in the leadership.

They are  Kota Melaka MP Sim Tong Him, Duyong ADUN Goh Leong San, Bachang ADUN Lim Jak Wong and Kesidang ADUN Chin Choong Seong.

They also said they apologize to the Chinese for misleading them to vote PAS in GE13.
With them quitting, DAP has zero MP and 3 ADUNs in Melaka left.

-WOW-

Surat Malik Itik Bukti Campur Tangan Kerajaan Negeri Dan Video Gelagat Tokoh Banglo Yang Kononnya Tidak Tahu Menahu.. Kantoi Bohong!

in Berita Nasional by

Terbukti memang wujud campur tangan oleh regim DAP terhadap majlis fatwa negeri Pulau Pinang,terdedahnya surat ini bukan saja mengesahkan tokoh banglo cukup bijak berlakon malah tindakan beliau yang menggunakan peguam menyerang akhbar Utusan dan Berita Harian adalah taktik untuk menutup mulut agar temberang dan tembelang tidak pecah.

Lihat video dibawah.. reaksi tokoh banglo terlajak murah..

Kenapa sehingga sekarang tokoh banglo tidak guna peguam untuk tutup mulut pemimpin PAS Pulau Pinang? Adakah beliau sendiri takut lagi banyak temberang dan tembelang beliau akan pecah?

Mungkin berasakan beliau seorang khalifah membuatkan beliau berasa berkuasa dalam hal ehwal agama Islam,ini semua kalau tak silap Pisau hasil dakwah PAS juga.. nah sekarang dapat la hasil apabila mau sangat berkawan dengan kafir harbi..

Skim Banglo Terlajak Murah Dan Rumah Mampu Tengok Bukti Dap Penang Kalahkan BN. Janji Boleh Bohong! Bukan Orang Penang Tau Pun..

in Berita Utama by

Regim DAP Pulau Pinang begitu terdesak hingga sanggup berbohong,kaedah ini cukup efektif memandangkan pengundi Pulau Pinang cukup mudah digula gulakan.
Kita semua boleh lihat betapa kegagalan regim Dap apabila didesak barulah mereka secara tergesa gesa umumkan 12 projek perumahan… YANG DI RANCANG!.. Ingat haaa.. Yang dirancang sahaja.. 
Tetapi sehingga sekarang hanya 2 projek sahaja yang dalam fasa pembinaan iaitu di Jalan SP Chelliah dan Bandar Cassia di Batu Kawan.
Apa yang menarik,DAP berbohong dengan penuh bangga kerana mereka tahu rakyat tidak akan tahu pembohongan mereka . 

Dengan berbohong mereka menyerang BN kononnya mereka telah … Pisau ulang sekali lagi.. regim DAP telah! Membina perumahan rakyat 4 kali ganda dari pentadbiran BN.
Regim DAP memberi fakta antara 2008 hingga 2016 sejumlah 20,887 unit rumah mampu milik jenis A (kos rendah) dan B (kos rendah sederhana) TELAH dibina di Pulau Pinang.
Berbanding  5,124 unit jenis serupa yang dibina semasa pentadbiran BN dari 2000-2007
Deng mengharapkan fakta ini rakyat tidak tahu maka dianggap satu kemenangan besar buat regim DAP membandingkan fakta yang direka reka.
Cuba habaq mai.. Baru 2 projek yang masih diperingkat pembinaan..kot celah mana mai 20,887???

Pisau kata ” Bandar Seberang Jaya dengan Bayan Baru flat PDC tu DAP yang buat tau…mau tau haa.. “

Inisiatif PM dan TPM Membuahkan Hasil  Membantu Rohingya.

in Berita Utama by

Kedatangan pelarian Rohingya di negara ini bukan perkara baru,malah krisis kemanusiaan di Rakhine menyebabkan lebih ramai pelarian melarikan diri me darat dinegara negara sekitar.
Malaysia mengambil inisiatif bukan saja memberi bantuan malah turut berunding dengan UNHCR untuk memberi latihan  kepada pelarian ini agar mereka dapat diserapkan ke dalam beberapa sektor industri .
Inisiatif yang diambil dibawah kepimpinan Ds Ahmad Zahid bukan saja dapat membantu pelarian malah turut mengurangkan kemasukan baru pekerja asing.Sebaliknya menggunakan sumber tenaga kerja yang sudah sedia ada dinegara ini.

Dalam masa misi kapal dari Malaysia menghantar bantuan makanan ke Rakhine ,TPM turut berjumpa para pemimpin dari Qatar menyuarakan akan nasib Rohingya.

Malaysia juga berjaya menyakinkan kerajaan Qatar untuk memberi dana bantuan kemanusiaan kepada Rohingya,ini menjadi satu kejayaan dalam lawatan kerja Ds Ahmad Zahid ke Qatar baru baru.
Kejayaan ini membuktikan betapa PM Ds Najib dan TPM Ds Ahmad Zahid berganding bahu perjuangkan nasib umat Islam Rohingya yang berada di Rakhine dan juga pelarian Rohingya yang berada dinegara ini.

Hot! PAS Dakwa Campur Tangan Politik Dalam Majlis Fatwa Bukan Fitnah, PAS Cabar Lim Guan Eng Saman Jika Benar Beliau Di Fitnah!!

in DAP/PAS by

Sebelum ini Pisau ada siarkan rakaman video penafian tokong DAP mengenai pembabitan beliau dalam tidak menyambung kontrak mufti Pulau Pinang,malah tokong DAP juga menafikan keputusan majlis fatwa dibawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

 

Tokong DAP bukan saja menafikan malah terus menyerang PAS dengan dakwaan beliau difitnah,malah beliau juga menasihati PAS agar jangan kuat fitnah malah mengingatkan betapa besarnya dosa fitnah.

 

Dengan reaksi kononnya yang amat terkejut ,Tokong DAP  mendakwa beliau adalah mangsa fitnah seperti mana berlakunya kes beliau dengan Nasharudin Tantawi.

 

Nah.. sekarang Afnan Hamimi mendakwa proses pemfatwaan adalah benar dan bukan fitnah..

 

Seperti yang kita semua kenal.. tokong DAP cukup mahir berlakon … adakah rakaman video ini adalah salah satu aksi kungfu dan taichi tahap tertinggi yang semua orang boleh terbeli? Atau adakah PAS memang fitnah tokong DAP?

 

KENYATAAN CAMPUR TANGAN POLITIK TERHADAP PROSES PEMFATWAAN ADALAH BENAR, BUKANNYA FITNAH.
1. Sebagai seorang bekas Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang (sehingga Disember 2015), saya menegaskan bahawa kenyataan wujudnya campur tangan politik terhadap proses pemfatwaan adalah benar dan bukan fitnah yang direka.

 
2. Hal campur tangan politik ini sebenarnya pernah dibincangkan di dalam salah satu Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang pada tahun 2015. Salah seorang ahli mesyuarat yang hadir ketika itu ialah Sohibul Fadhilah Us Hj Soid Mohd Amin (difahamkan sekarang beliau merupakan salah seorang AJK Parti Amanah Negara negeri P.Pinang). Selain beliau, ahli mesyuarat yang lain turut hadir mengikuti perbincangan tersebut.

 
3. Ketika PAS bersama dalam Pakatan Rakyat P.Pinang, isu ini juga pernah dibincangkan di dalam Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri P.Pinang ketika Tuan Hj Mohd Sabu menjadi Pesuruhjaya PAS P.Pinang. Mesyuarat itu dipengerusikan sendiri oleh Tuan Hj Mohd Sabu yang juga merupakan Timbalan Presiden PAS ketika itu. Mesyuarat bersetuju supaya Tuan Hj Mohd Sabu sendiri mewakili PAS bagi menyuarakan bantahan melalui saluran dalaman Pakatan Rakyat.

 
4. Perlu diingatkan semua pihak, dalam apa jua keadaan, kepentingan Islam hendaklah mengatasi kepentingan politik. Berasaskan prinsip inilah PAS P.Pinang mengambil tindakan membangkitkan isu campur tangan politik terhadap proses pemfatwaan, untuk meletakkan institusi mulia seperti Jawatankuasa Fatwa Negeri pada tempat yang sepatutnya dan bebas daripada sebarang campur tangan politik mana-mana pihak.

 
5. Oleh itu, perlu difahami bahawa isu ini dibangkitkan bukan bertujuan untuk memusuhi pihak berkuasa agama, atau pihak pentadbir Kerajaan Negeri, bahkan jauh sama sekali untuk bertentangan dengan pihak Mufti Negeri P.Pinang atau para alim ulama di dalam Jawatankuasa Fatwa Negeri P.Pinang sekarang.
6. Namun, jika pihak Exco Agama Kerajaan Negeri P.Pinang tetap berkeras mendakwa bahawa kenyataan ini adalah satu fitnah, beliau sepatutnya berani mengambil tindakan undang-undang terhadap PAS P.Pinang.

 
Sekian, terima kasih.
AFNAN HAMIMI DATO’ TAIB AZAMUDDEN

Ketua Pemuda PAS Negeri P.Pinang
2 Februari 2017

 

Jika benar tokong DAP difitnah.. adalah lebih baik beliau saman puak PAS kerana telah melakukan dosa besar dan menjatuhkan maruah beliau sebagai pembela dan hero umat Islam pakatan harapan di Pulau Pinang..

Pisau kata ” PAS macam suam suam kuku lawan Guan Eng.. terkenang cinta lama ka…”

PAS Jangan Kuat Fitnah dan Cakap Bohong! Nasihat Pakar Bohong Dan Putar Belit DAP Kepada PAS.

in DAP/PAS by

Tokong DAP memerangkap Ketua Menteri Regim DAP Pulau Pinang menasihati PAS agar cermin diri sendiri dan jangan kuat fitnah.

 

Tokong DAP juga mengingatkan kepada PAS akan dosa fitnah dan jangan sewenang wenangnya membuat tuduhan.Malah tokong DAP mendedahkan PAS cukup lemah dalam mentadbir negeri Kelantan hingga terpaksa berhutang dengan kerajaan pusat semata mata mahu membayar bonus kepada kakitangan kerajaan negeri Kelantan.

 

Cubaan mahu menjalinkan hubungan luar tabiie dengan Cap Bunga dalam masa yang sama Cap Bunga adalah sekutu rapat DAP,apa jenis hubungan yang mereka semua ni ada? Cuba habaq mai…

Jom kita tengok video tokong DAP memberi sedikit nasihat yang amat berguna kepada PAS.


Jika PAS tidak fitnah,mereka harus pertahankan dakwaan mufti tidak disambung kontrak adalah kerja tokong DAP.

Tahukah anda tokong DAP adalah seorang yang teramat jujur,berdedikasi hinggakan beliau mampu mendapatkan harga banglo terlajak murah dari harga pasaran.

 

Pisau kata ” malu woii..pak lebai  PAS kena tegur dengan tokong DAP.. mana nak letak muka”

Hubungan Luar Tabiie PAS & Cap Bunga. Jawatankuasa Tahaluf Siyasi Di Wujudkan Demi Menghalalkan Semula Hubungan DAP PAS.

in Berita Utama by

Kenyataan secara bersama diantara PAS dan Cap Bunga memperlihatkan kaedah jalan belakang menghalalkan hubungan PAS bersama DAP secara luar tabiie.

 

Semua orang tahu PAS bagaikan sudah berpatah arang,talak tiga dan putus terus hubungan dengan DAP.Dalam masa yang sama Cap Bunga menjalin hubungan yang cukup erat dan kuat dengan DAP.Pisau berasakan apabila Lim Kit Siang menghulurkan tangan agar DAP berdamai dengan PAS ditolak,Cap Bunga memainkan peranan sebagai penghubung agar penyatuan janda DAP dapat kembali semula dalam pakatan haprak.

 

Apakah tindakan Tuan Ibrahim Timbalan Presiden PAS mendapat lampu hijau dari Presiden PAS sendiri? Adakah ini satu cara agar PAS tidak mahu kelihatan sebagai pakar u -turn maka kaedah  hubungan luar tabiie diguna pakai.

 

PAS bermusuh dengan DAP,PAS tidak mahu bersama DAP, manakala PKR ,PAN dan Cap Bunga bersama sama didalam Pakatan Harapan.

Dalam masa yang sama PAS boleh sepentas bersama PKR,PAS boleh berunding dengan Cap Bunga. PAS juga begitu memusuhi anak luar nikah mereka iaitu parti PAN.

 

PAS sendiri mengharamkan agar tiada hubungan dengan DAP tetapi boleh semeja dengan CAP Bunga rakan karib DAP. Apa kejadah yang cuba PAS tonjolkan kepada rakyat?

 

Bukankah mudah jika PAS berterus terang,bukan susah pun nak buat U -Turn.. keluarkan lah dalil waima hadis untuk menghalalkan cara.. bukan perkara baru buat PAS.

 

 

KENYATAAN JAWATANKUASA INDUK BERSAMA PAS-PPBM

Mesyuarat Jawatankuasa Induk Bersama antara Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) telah berlangsung hari ini di Kuala Lumpur dan berjaya menghasilkan persefahaman antara kedua-dua pihak. Delegasi PAS diketuai oleh YBhg Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden PAS dan PPBM diketuai oleh YB Dato’ Seri Mukhriz Mahathir, Timbalan Presiden PPBM.

 

Mesyuarat hari ini telah memperhalusi deraf rangka kerjasama persefahaman politik PAS-PPBM dalam menghadapi PRU 14 dan beberapa ketetapan positif telah diambil dalam usaha untuk memeterai kerjasama antara kedua-dua parti.

 

Rangka kerjasama antara PAS dan PPBM akan diperhalusi oleh pimpinan tertinggi kedua-dua parti untuk ditandatangani oleh Presiden kedua-dua parti pada satu tarikh terdekat.

 

Sehubungan itu, mesyuarat hari ini juga telah bersetuju untuk membentuk sebuah Jawatankuasa Teknikal Bersama PAS-PPBM untuk mengambil tindakan susulan atas keputusan-keputusan yang dipersetujui oleh kedua-dua parti.

 

DATO’ TUAN IBRAHIM TUAN MAN

Timbalan Presiden PAS

YB DATO’ SERI MUKHRIZ MAHATHIR

Timbalan Presiden PPBM

1 Februari 2017

 

Pisau kata “Cap Bunga berjaya ngorat janda DAP”

Tak Mahu Hilang Deposit! PKR Bakal Tidak Bertanding Di PRK Tanjung Datu.

in Berita Nasional by

Menjelang kurang daripada seminggu, Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Datu (N03), PKR mengeluarkan kenyataan mengesahkan partinya tidak akan bertanding dalam PRK itu.

 

 

Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian dalam kenyataannya Rabu lalu berkata parti itu tidak akan bertanding dalam PRK Tanjung Datu kerana memilih untuk fokus kepada persediaan pilihan raya umum akan datang.

 

 

“Kami rasa kami tidak akan bertanding di Tanjung Datu. Asasnya ia cara untuk memberi penyandangnya, Datuk Abang Johari dan kerajaan negeri, peluang menjalankan dan melaksanakan inisiatif Adenan.

 

“Kami mahu melihat ia dilaksanakan dalam tempoh beberapa bulan atau tahun,” katanya pada sidang akhbar yang diadakan selepas mesyuarat parti.

 

“Kami juga mahu melihat perkara itu dengan gambaran lebih besar. Secara politiknya tidak perlu ada pertandingan kerana kami mahu fokus kepada PRU14,” katanya merujuk kepada PRU akan datang yang perlu diadakan selewatnya Jun tahun depan,” tambahnya lagi.

 

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) DUN Sarawak 2016, Adenan menang kerusi Tanjung Datu dengan majoriti besar iaitu 5,892 undi dalam perlawanan satu lawan satu menewaskan calon PKR Jazolkipli Numan yang hanya mendapat 468 undi sahaja.

 

Ramai pemerhati berpendapat penarikan diri PKR bertanding di kerusi tradisi parti mereka memberi isyarat populariti Adenan amat kuat di DUN berkenaan dan percubaan meletakkan calon pembangkang lain di DUN itu adalah kerja sia-sia dan membuang wang selepas calon BN menang dengan majoriti besar dalam PRN negeri kira-kira lapan bulan yang lalu.

 

Ia juga tidak memberi sebarang keuntungan kepada pembangkang, jika sekiranya calon parti pembangkang menang sekalipun di DUN berkenaan tidak memberi apa-apa implikasi kerana Kerajaan Negeri Sarawak masih kukuh di bawah pemerintahan kerajaan BN.

 

Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Prof. Madya Dr. Jeniri Amir berpendapat pengajaran calon PKR, Jazolkipli yang telah tewas dan hilang wang pertaruhan sepatutnya menjadi pengajaran kepada parti-parti pembangkang yang lain.

 

“Ditambah pula dengan undi simpati yang dijangkakan dalam PRK pada 18 Februari ini, pembangkang sebenarnya tidak mempunyai harapan untuk menang sekiranya bertanding,” jelas beliau.

 

Dalam pada itu, Bernama melaporkan, Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Fadillah Yusof, berharap BN akan menang tanpa bertanding dalam PRK itu nanti.

 

Sekalipun begitu, beliau berkata PBB tetap bersedia untuk menggerakkan jentera pilihan raya parti sekiranya ada pertandingan.

 

“Sebagai mengenang jasa bekas ketua menteri kita Allahyarham Tan Sri Adenan Satem saya minta supaya kerusi itu (Tanjung Datu) diberi kepada BN tanpa ada pertandingan,” katanya kepada pemberita hari ini.

 

Fadillah yang juga Menteri Kerja Raya sebelum itu meninjau pembinaan persimpangan bertingkat di Bulatan Datuk Temenggong Abang Kapali Abang Akip di Petra Jaya, Kuching.

 

Mengulas lanjut, Fadillah turut berterima kasih kepada PKR yang memutuskan untuk tidak meletakkan calon pada pilihan raya kecil itu nanti.

 

 


Hit Counter provided by Curio cabinets
Pergi ke Atas