Berita telus dan seimbang..

Monthly archive

October 2016

” If no Rain Then There Will No Flooding” – LGE

in DAP/Pulau Pinang by

Regim DAP Pulau Pinang mungkin berasakan rakyat di sini tak perlu mengembar gemburkan isu banjir,Ketua Menteri memerangkap tokoh banglo terlajak murah menyeru agar rakyat harus terima hakikat banjir disebabkan hujan.Jika tak hujan mana ada banjir.

 

Pisau melihat isu banjir ini telah dipolitikkan memandangkan DAP telah berjanji kepada pengundi dan rakyat Pulau Pinang masaalah banjir dianggap selesai sebaik saja mereka menjadi kerajaan.Jika diperhatikan baru baru ini ketika berlakunya banjir tidak ada seorang pun wakil rakyat dari DAP turun membantu malah rakyat dibiarkan tanpa perhatian.

Pisau nasihatkan rakyat Pulau Pinang yang menjadi mangsa banjir harus ubah sikap,jangan terlalu menjadi manja mengharapkan bantuan kerajaan negeri,kenapa kerajaan negeri harus dipersalahkan hanya disebabkan hujan..

fb_img_1477827889238Sikap PAS memang agak jelik didalam isu ini,dahulunya mereka tidak pernah menyuarakan masaalah banjir,nah sekarang apabila sudah bercerai dengan DAP,mereka menyerang menyalahkan DAP sedangkan mereka tidak pernah menyalahkan air hujan menjadi penyebab banjir.

 

 

Dalam pada itu rakyat Pulau Pinang harus mengambil peluang dimusim banjir ini kerana membuka peluang untuk melakukan aktiviti sukan air. Mengambil daripada inisiatif keterbukaan kerajaan negeri maka sukan air juga mampu mengeratkan hubungan diantara kerajaan negeri DAP bersama rakyat.

 

 

Aktiviti sukan air bukan saja tertumpu di dikawasan pelancongan,malah boleh dilakukan di kawasan tengah bandar yang jarang sekali terdapat dimana mana negeri di seluruh Malaysia.

“Telah berlaku kenaikan harga yang melampau di India pada tahun 1960-an” 

in Berita Utama by

Syekh Muhammad Yusuf Al-Kandahlawi (Rahmatullah ‘alaih) adalah seorang da’i, pengarang kitab Hayatussahabah dan terkenal dengan zuhud dan waraknya.

Orang ramai telah bertemu beliau dan mengadu tentang kenaikan harga dan kemahalan yang merosakkan (keharmonian hidup) maka mereka berkata kepadanya “adakah perlu kita melakukan revolusi menentang kerajaan dan buat demonstrasi demo demonstrasi?”

Syekh telah berkata kepada mereka “demonstrasi adalah cara orang-orang batil (tidak berada di atas jalan yang benar). Manusia dan barang-barang di sisi Allah seperti dua belah neraca penimbang, sekiranya naik tinggi nilai manusia di sisi Allah dengan iman dan amal soleh maka berkuranglah nilai barang. Apabila kurang harga manusia di sisi Allah disebabkan dosa-dosa dan maksiat maka naiklah nilai barang dan bertambahlah harga lalu tersebarlah kemahalan.”

Justeru, hendaklah kamu melaksanakan usaha atas iman dan amal soleh hingga terangkat tinggi nilai kamu di sisi Allah dan berkurangan harga-harga barang.

Janganlah kamu menakutkan manusia dengan kefakiran kerana ini adalah kerja syaitan maka janganlah kamu jadi dari kalangan tenteranya dalam keadaan kamu tidak sedar (akan kesalahan tersebut).

Demi Allah jika ada rezeki untuk seorang hamba dalam batu besar yg licin di dasar laut sekalipun pasti akan terbelah batu tersebut supaya disampaikan rezeki tersebut kepadanya. Kemahalan tidak boleh menyekat engkau dari rezeki yg Allah bawa kepada engkau.

*Zat yang telah membuka mulutmu tidak akan melupakanmu.*

Firman Allah SWT dalam surah Al-Al-A’raf bermaksud “dan jika penduduk negeri beriman dan bertaqwa pasti Kami akan melimpahkan kepada mereka “keberkatan dari langit dan bumi”.

Dengan iman dan taqwa akan datang kebahagian masyarakat manusia dan akan tersebar kepada mereka nikmat dan kesenangan yang melimpah ruah.

* buat renungan kita bersama..

:Sumber

Himpunan Pemuda Bangkit Desak Lim Guan Eng Letak Jawatan,Gegarkan Komtar.

in BN/Pulau Pinang by
Petang kelmarin Komtar digegarkan ditawan anak muda P.Pinang  yang 1,000 peserta Himpunan Pemuda Bangkit Pulau Pinang 2.0 berkumpul di pekarangan Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), bagi menyerahkan memorandum mendesak Ketua Menteri, Lim Guan Eng, meletak jawatan susulan dakwaan dua kes rasuahnya.
Ia diketuai oleh Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Rafizal Rahim,mereka berarak dari Menara UMNO di Jalan Macalister.
img-20161026-wa0116
Pemuda UMNO  akan meneruskan himpunan berkenaan selagi Guan Eng enggan bercuti atau melepaskan jawatan.
Memorandum turut diserahkan dan  diterima Pegawai Penerangan Pejabat Ketua Menteri, Zahar Zainul.
Disebalik sokongan padu kerajaan DAP kepada BERSIH 5  yang akan turun pada 19 November ini untuk menjatuhkan PM ,   kepimpinan Ketua Menteri yang korup dituduh di mahkamah  kerana terbabit skandal jutaan ringgit yang membabitkan pembelian banglo dibawah harga pasaran.
Bekas Menteri Besar Selangor Khir Toyo dipenjarakan kerana disabitkan pembelian banglo malah yang terbaru   Pengarah Jabatan Air Sabah yang dituduh  di mahkamah akibat rasuah sudah tidak lagi memegang lagi jawatan dalam jabatannya , mengapa Guan Eng selaku Ketua kerajaan negeri  tidak boleh bercuti atau meletak jawatan .

Husni Jawap,Husni Tanya.. Dah Jadi Kelabu Asap?

in Berita Utama by

Entah apa yang tak kena dengan Mantan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Husni apabila melontarkan persoalan mengenai 1MDB.

Yang menghairankan persoalan yang beliau timbulkan di dewan rakyat sudah dijawap oleh beliau sendiri tahun lepas.

capture

Baru baru ini Husni bertanya mengenai 1MDB semasa sesi pembentangan usul di Dewan Rakyat. , Namun Husni sendiri pernah menjawab soalan mengenai penubuhan 1MDB. Dalam kenyataan pada 20 Februari 2015, Husni menyebut, “1MDB ditubuhkan dengan matlamat jelas iaitu melabur dan membangun projek dalam bentuk jangka panjang yang mempunyai kepentingan strategik kepada ekonomi, dengan sasaran menjana kewangan dan kejayaan pada masa depan. Selepas berjaya menggabungkan sektor tenaga dan menjadi pengeluar tenaga bebas kedua terbesar di Malaysia serta meletakkan asas untuk pembangunan Tun Razak Exchange dan Bandar Malaysia, dua projek  yang akan mengubah rakyat dan ekonomi negara, syarikat ini adalah seiring dengan objektifnya.”

 

Berkenaan Laporan Audit Negara berkaitan 1MDB yang diklasifikasikan sebagai Rahsia Rasmi, Ketua Audit Negara telah menjelaskan bahawa beliau sendiri yang mengklasifikasikannya sebagai Rahsia selepas berlaku kebocoran laporan interimnya. Laporan Audit ini telah diteliti oleh PAC yang terdiri daripada Ahli Parlimen Kerajaan dan Pembangkang. Dapatan daripada Laporan Audit JAN ini juga ada disebut dan dimasukkan di dalam Laporan PAC setebal 106 muka surat.
Husni sepatutnya lebih beretika dan berintegriti dalam hal ini. Membuat pertanyaan berkaitan Kerajaan yang pernah dianggotainya dalam penggal ini, lebih-lebih lagi yang berkaitan portfolionya sendiri sebenarnya agak janggal, tidak beretika dan berintegriti. Lebih-lebih lagi jika ada di antara pertanyaan tersebut pernah dijawab oleh Husni sendiri sebelum ini.
Sebagai mantan Menteri Kewangan II dan bekas jurucakap kerajaan dalam hal 1MDB, sepatutnya dia sudah tahu serba serbi berkenaan 1MDB, lebih-lebih lagi pertanyaan yang pernah dijawabnya sebelum ini.

Bajet Pembangkang Dua Tahun Berturut-Turut Tanpa Bonus Penjawat Awam

in BB by

SEDARKAH kita, khususnya para penjawat awam bahawa dalam Bajet Alternatif Pakatan Harapan 2017 tiada sebarang usaha untuk menghargai penjawat awam melalui pemberian intensif khas atau bonus?

Malah mungkin ramai juga tidak sedar bahawa Bajet Alternatif Pakatan Rakyat pada tahun 2016 yang lalu juga menunjukkan pembangkang tidak berminat untuk menghargai jerih perih para penjawat awam.

Dalam Bajet Alternatif Pakatan Harapan itu, kebanyakannya hanya memperlekehkan Kerajaan Pusat pimpinan Barisan Nasional.

Manakala inisiatif daripada pembangkang kearah kesejahteraan rakyat dalam bajet tersebut tidak begitu ketara.

Misalnya soal perumahan rakyat, di Selangor dan Pulau Pinang pun pembangkang gagal laksanakan rumah mampu milik untuk rakyat.

Apatah lagi kebajikan penjawat awam. Dalam bajet alternatif pembangkang pada 2016, mereka mahu kurangkan penjawat awam sebanyak 1%.

Ini kerana Lim Kit Siang pernah menyatakan dalam RoketKini bahawa jumlah penjawat awam di Malaysia adalah yang teramai di dunia.

Pada Lim Kit Siang, penjawat awam ini satu pembaziran baginya.

Dan tidak hairanlah juga pembangkang dengan rasa tidak bersalah sanggup mencadangkan agar peruntukan kepada Jabatan Perdana Menteri dikurangkan sebanyak RM10 bilion iaitu daripada jumlahnya pada 2016 sebanyak RM20.3 bilion kepada RM10.3 bilion sahaja pada tahun 2017.

Sedangkan mungkin ramai tidak tahu di bawah Jabatan Perdana Menteri terdapat 58 agensi termasuklah pejabat urusetia bekas Perdana Menteri yang sekarang adalah sahabat karib DAP iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamed.

Selaku rakyat dan penjawat awam yang waras, seharusnya mampu berfikir sejauhmana keseriusan pihak pembangkang dalam membela nasib kehidupan mereka di negara ini.

1 November 2011, Tony Pua pernah sebut dalam akhbar Sin Chew Daily, mukasurat 9 mengenai cadangannya hendak kurangkan penjawat awam di Malaysia.

Pada 31 November 2011, Setiausaha kepada Tony Pua iaitu Kiam Wee juga pernah berkata DAP akan melaksanakan “Projek Khas Mengurangkan Kakitangan Awam” jika mereka menguasai Putrajaya.

Inilah bahaya pembangkang dan DAP, kalau dapat kuasa habis semua akan dibuang mereka. Bukan sahaja bonus tiada dalam belanjawan pembangkang, mereka juga ada niat hendak buang kakitangan awam di Putrajaya. – Beruang Biru

Memalukan! Pakatan Harapan Tidak Tahu Membezakan JPM Dan PMO,BAJET Alternatif Pakatan Harapan membongkar kebodohan pemimpin kanan PKR, DAP dan PAN.

in BB by

 

 
Bajet yang kali kedua disediakan oleh Pakatan Harapan bersama PAN itu, diumumkan dua hari sebelum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membentangkan Bajet 2017 di Parlimen hari ini.

Mereka mencadangkan pemotongan belanjawan Jabatan Perdana Menteri sebanyak RM10 bilion iaitu dari RM20.3 bilion pada 2016 kepada RM10.31 bilion.

Tahun lepas mereka hendak potong RM11 billion.

Pembangkang dilihat tidak dapat membezakan diantara Jabatan Perdana Menteri(JPM) dengan Pejabat YAB Perdana Menteri (PMO).

Perkara ini memang sungguh memalukan. Bagaimana mereka mahu mentadbir negara jika perkara semudah ini pun gagal untuk mereka fahami.

Tahukah mereka bahawa PMO hanya sebahagian kecil dari JPM? JPM terdiri daripada 58 jabatan, 15 Badan Berkanun, 14 syarikat, 5 yayasan dan satu pertubuhan antarabangsa. Anda boleh melayari laman JPM di http://www.jpm.gov.my/jpm2/ms untul melihat maklumat lanjut.

Bayangkan sekiranya pemotongan sebanyak 10 bilion dilakukan terhadap Agensi, Badan Berkanun dan Yayasan seperti senarai di atas. Mampukah mereka menjalankan peranan dan tanggungjawab yang diamanahkan untuk kepentingan rakyat dan negara?

Ramai juga kakitangan awam yang akan dipecat kalau mengikut perkiraan bajet pembangkang.

Sudah tentu mereka tidak akan dapat berfungsi dengan cekap dan berkesan dengan kekangan kewangan sepertimana yang disarankan oleh pembangkang.

Perkara seperti ini tidak pernah terlintas dalam pemikiran pemimpin kanan pembangkang.

Oleh itu mereka sememangnya tidak layak untuk mentadbir negara. Sesungguhnya hanya pemimpin terpilih sahaja wajar menerajui negara kita.

Bajet 2017 yang dibuat pembangkang adalah bajet serkap jarang. Ribuan orang akan hilang kerja jika diikut bajet fantasi pembangkang itu. – BeruangBiru

Bajet Alternatif 2017 : Pembangkang Akan Naikkan Levi 10% Setiap Tahun

in BB by

Dalam Bajet Alternatif 2017 pembangkang, bahagian paling menarik untuk dibincangkan ialah menyentuh mengenai cadangan menaikkan levi pekerja asing difahamkan sehingga 10 peratus pada setiap tahun sehingga 2020.

Langkah itu sudah pasti akan menggemparkan para majikan dan membantutkan banyak sektor ekonomi yang sememangnya banyak bergantung kepada pekerja asing yang berdaftar.

Ia dicadangkan oleh pembangkang untuk dinaikkan di tiga sektor iaitu pembuatan, perkhidmatan dan pembinaan.

Ia sudah pasti akan membebankan majikan yang terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi untuk membayar levi jika sekiranya mahu membawa masuk pekerja asing.

Selain itu, mereka menciplak program pemutihan pekerja asing yang pernah dilaksanakan kerajaan sebelum ini sebagai salah satu langkah dalam Bajet Alternatif 2017 mereka.

“Membenarkan pekerja-pekerja tidak sah yang sedia ada untuk mendaftar dan menjadi diri mereka pekerja yang sah pada kos yang munasabah dan membolehkan mereka untuk bekerja untuk majikan yang berbeza tetapi dengan kontrak yang tetap”.

“Pekerja-pekerja sah cenderung untuk menjadi pekerja tidak sah kerana mereka menghadapi masalah besar jika hendak menukar majikan, satu dasar sumber manusia yang lebih adil dan telus akan membetulkan keadan ini,” menurut dokumen itu.

Apa dasarnya? sepatutnya sebagai satu bajet yang lengkap, pembangkang perlu memperjelaskan secara ringkas dasar yang akan diperkenalkan.

Paling banyak cadangan pembangkang yang dibantah ialah menjadikan ratusan ribu pelarian yang ada di negara ini sebagai pekerja menggantikan kebergantungan kepada pekerja asing.

Ini menurut sesetengah pihak adalah kerja gila kerana membenarkan individu tanpa kemahiran masuk dan bekerja di negara ini atas nama pelarian yang tidak diketahui lanjut berkaitan latar belakang mereka.

Itu belum lagi dilihat kepada aspek kesihatan kerana dibimbangi mereka akan membawa penyakit.

Malah lebih lucu, pembangkang mencadangkan agar pekerja asing ini mempunyai persatuan sendiri seperti CUEPAS.

Maka jangan terkejut nanti kalau ada pekerja asing membuat demo di Sogo kerana membantah majikan mereka. Ini idea gila pembangkang.

Walaupun bajet bayangan ini telah diumumkan sejak 2008 namun tanpa pengalaman memerintah sebuah negara seperti Barisan Nasional, sukar untuk mereka menghasilkan bajet yang komprehensif yang mencakupi seluruh lapisan masyarakat.

Bajet pembangkang semalam hanyalah khayalan sahaja. Tahun depan mereka akan copy paste perkara yang sama setiap kali BN hendak membentangkan bajet di Parlimen.- BeruangBiru

PAS menyifatkan Penasihat DAP, Lim Kit Siang gagal mendidik anaknya.

in Berita Utama by

PAS sekali lagi mengingatkan mereka tidak akan sesekali berkerjasama dengan DAP dan PAN,malah kenyataan Nik Amar yang menyerang 2 beranak tokong DAP Lim Guan Eng dan Kit Siang memang signal yang cukup jelas.

 

Sebenarnya umum tahu mengenai sikap ultrakiasu 2 pemimpin anak beranak DAP ini,mereka berasakan semua pihak perlu menjadi pak angguk dan tunggangan DAP semata mata. Alhamdulilah mungkin berkat doa jemaah PAS mereka di beri petunjuk jalan yang benar dan diperlihatkan rakan yang mereka sanjungi dahulu sebenarnya cukup jahat dan anti kepada perjuangan PAS.

 

Pisau melihat situasi sekarang amat jauh beza,PAS dilihat lebih terbuka dan rasional dalam mengkritik kerajaan,jalan yang diambil PAS yang menjadi sebagai kuasa politik check and balance amat diperlukan.Bukan seperti PKR dan DAP yang akan membantah apa saja kebaikan yang dibuat BN untuk rakyat. Jadilah pembangkang yang bijak dan lebih cerdik berbanding memainkan sentimen politik kebencian,fitnah dan pembohongan.

 

 

PAS menyifatkan Penasihat DAP, Lim Kit Siang gagal mendidik anaknya, Lim Guan Eng menjadi seorang ahli politik yang bijaksana terutama berkaitan soal kerjasama membabitkan kedua-dua parti itu sebelum ini.

 

Kerjasama PAS dan DAP putus bukan disebabkan PAS, tetapi DAP sendiri. Segala yang dilakukan oleh Pas adalah berdasarkan persetujuan dalam pakatan sebelum ini termasuk isu hudud, katanya dalam laporan disiarkan AgendaDaily.

 

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, Kit Siang perlu mendidik anaknya itu supaya tidak terus meletakkan kesalahan terhadap orang lain dalam sesuatu perkara.

 

Katanya, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP selalu menyalahkan PAS yang dikatakan punca kerjasama kedua-dua parti itu dalam pakatan pembangkang putus sebelum ini.

 

“Kerjasama PAS dan DAP putus bukan disebabkan PAS, tetapi DAP sendiri. Segala yang dilakukan oleh Pas adalah berdasarkan persetujuan dalam pakatan sebelum ini termasuk isu hudud.

 

“Apa yang kita mungkir? DAP yang memutuskan hubungan bermula dengan Pas di Sabah, Sarawak dan kemudian memutuskan hubungan dengan Presiden PAS.

 

“Sepatutnya Kit Siang kena didik anaknya (Guan Eng) supaya menjadi ahli politik yang lebih bijaksana. Bagi saya, dia gagal mendidik Guan Eng untuk menjadi seorang ahli politik yang bijaksana. Jadi sekarang ini, dia mahu meletakkan kesalahan pada PAS,” katanya.

 

Dalam pada itu, Mohd. Amar yang juga Timbalan Menteri Besar berkata, PAS tetap dengan pendirian sedia menentang PAN dan DAP dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

 

“Kita tidak ada kerjasama dengan PAN dan DAP. Kalau PAN dan DAP bertanding di kerusi PAS, kita lawan,” katanya.

Pemikiran ‘Othman Wook’ Dalam Politik Malaysia

in Berita Utama by

Ramai melayu dinegara ini lantang menyuarakan hak samarata bagi pihak DAP.Mereka sendiri melacurkan hak bangsa mereka tanpa memikirkan natijahnya.Orang melayu di Malaysia tidak pernah belajar kesilapan melayu di Singapura.

 

Kalangan mereka ini ibarat marahkan nyamuk dibakarnya kelambu,malah ada yang berpatah arang untuk menentang hak istimewa bumiputera sepertimana yang termaktub didalam perlembagaan negara.Apa yang kita dapat lihat kalangan melayu belacan ini tidak sedar mereka menjadi penyanyi kepada agenda DAP.

othmanwok2015

OTHMAN WOK, itulah nama lelaki tua bersongkok dalam gambar ini. Dia bekas Menteri dan ahli parlimen PAP Kawasan Pasir Panjang, Singapore antara tahun 1963 sehingga 1977. Diawal kerjayanya dia adalah seorang tokoh wartawan Bahasa Melayu yang kemudiannya menjadi timbalan editor Utusan Melayu, Singapura.

 

Othman Wok merupakan penyokong kuat Lee Kuan Yew yang membantu memperjuangkan hak samarata antara kaum dan dasar multi-perkauman dan juga seorang yang anti kepada sistem Raja-Raja Melayu (seperti apa yang PKR DAP perjuangkan).

 

Lee Kuan Yew (kiri) dan Othman Wook (kanan)

Lee Kuan Yew (kiri) dan Othman Wook (kanan)

Sebagai penyokong kuat Lee Kuan Yew, beliau banyak buat penulisan menghasut orang-orang Melayu supaya membenci perjuangan Tunku Abdul Rahman dan UMNO melalui penulisan didalam akhbar “Petir” suratkhabar berbahasa Melayu keluaran Parti PAP.

 

Antara penulisan beliau kononnya hak-hak keistimewaan orang-orang Melayu dan Raja-Raja hanya retorik dan mainan politik Tunku bersama UMNO yang kononnya agenda Tunku adalah untuk merampas tanah orang-orang Melayu di Singapura.

 

Pada 1963, setelah Lee Kuan Yew dan PAP berjaya menguasai politik di Singapore, pada malam berpisahnya Singapore daripada Malaysia, Othman Wok dikatakan orang yang bertanggungjawab menulis skrip temuramah diantara BBC dengan Lee Kuan Yew yang mana siaran TV ketika malam itu menunjukkan Lee Kuan Yew menangis tersedu-sedu kononnya terlalu sedih dengan terkeluarnya Singapura daripada Malaysia. Sebenarnya itu hanyalah lakonan untuk menagih simpati dan sokongan orang Melayu terhadap Lee Kuan Yew dan membenci Tunku dan perjuangan UMNO.

 

Sebagai menghargai jasa atas kesanggupan Othman Wok mengkhianati kaumnya sendiri, Lee Kuan Yew telah melantik dia sebagai Menteri Hal Ehwal Sosial didalam kerajaan Singapore dan berkhidmat selama 14 tahun. Kemudiannya Othman Wok telah dilantik menjadi duta Singapore di Jakarta. Sepanjang menjadi menteri, Othman Wok pernah menyokong cadangan Lee Kuan Yew supaya jenazah orang-orang Islam dibakar sama seperti kaum lain atas alasan kekurangan tanah di Singapore.

 

Hari ini setelah memusnahkan harapan dan masa depan orang Melayu di Singapore, Othman Wok pun menyepikan diri dan menghabiskan sisa-sisa usia dengan menjadi seorang penulis buku cerita hantu dan seram yang paling popular di Singapore. Bagi orang-orang Melayu di Singapore yang tahu sejarah ini, Othman Wok dikenang sebagai Pengkhianat bangsa Melayu yang paling terkutuk.

 

Hari ini di Malaysia pula, didalam kumpulan pembangkang terutama PKR dan DAP telah lahir ramai orang Melayu seperti Othman Wok yang cuba menghapus keistimewaan dan hak orang-orang Melayu dan Raja-Raja Melayu dengan menyarung t-shirt Kuning BERSIH bersama-sama Lim Guan Eng dan DAP kononnya sistem pilihanraya yang diamalkan di Malaysia tidak bersih.

 

Tinggalkanlah perjuangan seperti Othman Wok – Terengganu Times

 

Pisau kata “hanya ultrakiasu chauvanis saja yang tahu mengajar bangsa melayu”

PAS Menentang Himpunan Bersih, Jangan Bawa ‘Spring’ Ke Negara Ini – Hadi

in Berita Utama by

Pas mengingatkan pembangkang agar jangan sesekali mencipta musim atau ‘spring’ yang tiada di negara ini semata-mata untuk menggulingkan kerajaan dengan menganjurkan Bersih 5.0 kerana najitahnya merugikan semua pihak.

 

Tampil dengan kenyataan pa­ling tegas setakat ini, Presiden­nya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pembangkang perlu insaf serta mengambil iktibar daripada ‘Arab Spring’ yang kini diibaratkan buah beracun sehingga meragut nyawa tanpa batas.

 

Beliau yang tampil menyatakan pendirian itu sehari selepas Ketua Penerangannya, Nasrudin Hassan mengulangi pendirian Pas menolak Bersih 5.0 menambah, ‘Arab Spring’ diharapkan berbuah lazat tetapi realitinya hanya menghasilkan ulat dan racun.

 

“Buahnya berulat dan beracun, membunuh mangsanya lebih dahsyat daripada wabak penyakit biasa sehingga meragut mangsanya tanpa batas. Banyak darah yang telah mengalir, korban yang gugur, menjadi pelarian serta menunggu giliran (untuk dibunuh).

 

“Di Malaysia tiada musim bernama ‘spring’, yang ada hanya musim hujan dan kemarau. Maka jangan ciptakan musim yang tidak ada di sini. Tunggu dan beristiqamah bersama Islam, nescaya selamat. Adapun tanpa Islam menjadi laknat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

 

Pas sejak Bersih 4.0 konsisten menolak demonstrasi jalanan bagi menggulingkan kerajaan, selepas memutuskan tidak mahu lagi diperkudakan DAP sekali gus menyebabkan pembangkang gagal menghimpunkan jumlah penyokong mereka seperti siri terdahulu.

 

Dalam pada itu, Abdul Hadi mengimbau sejarah ‘Arab Spring’ de­ngan insiden pertama berlaku semasa Revolusi Arab 1916 akibat tindakan Raja Wilayah Hijaz, Syarif Husain mengisytiharkan perang terhadap kerajaan Turki Uthmaniyyah sehingga menyebabkan dunia Arab berkecai.

 

Katanya, roda sejarah hitam itu kembali berputar pada 2010 apabila warga Tunisia, Mohamed Bouazizi, bertindak membakar diri sehingga mencetus gelombang revolusi di bumi Arab dan kini Syria menjadi bukti hidup betapa ‘spring’ merupakan buah beracun.

 

“Muhasabah bijak, ikhlas dan adil perlu difikirkan. Contoh paling panas ialah Syria yang menjadi medan perlumbaan paling sengit dalam kalangan kuasa besar perlu difahami. Adakah Barat yang mahu menjatuhkan Bashar al-Assad ikhlas,” soalnya – UM

BERSIH Ada Kaitan Sokong Solat Jumaat Di Tukar Ke Hari Sabtu?

in Berita Utama by

Selepas Ambiga dan Maria Chin merupakan pemimpin organisasi yang tidak sunyi daripada menimbulkan kekeruhan hubungan agama dan kaum. Beliau pernah melukakan hati masyarakat Islam di negara ini berikutan pelbagai isu dibangkitkannya.Daripada menyokong LGBT hinggalah kepada perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam.

 

Adalah tidak mengejutkan mengapa pihak PAS langsung tidak mahu bekerjasama dengan NGO haram ini.Kerana PAS sudah sedar betapa BERSIH tidak sepertimana yang digambarkan,gambaran luaran seolah suci sebaliknya didalam penuh dengan najis.

 

Umat Islam harus lihat betapa pertubuhan jahat ini bukan saja menghina pemimpin Islam malah mereka juga mempunyai agenda yang tersembunyi.

Farouk A. Peru melalui penerbitan artikel bertajuk ‘Why We Need Saturday Reform Jummas’ pada 6 Okt 2016 yang berkempen untuk mengubah Solat Jumaat ke hari Sabtu menyokong dan berkomplot bersama penganjur Bershit.

14595775_274612932939448_4102798021281939253_n

Umno Pulau Pinang bantah cadangan bina kasino

in Berita Utama by

Umno Pulau Pinang berkata tidak akan merestui cadangan parti politik baharu untuk membina kasino dengan tujuan menjadikan negeri itu seperti resort perjudian di Macao.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman berkata mustahil untuk Umno menyokong sesuatu yang memang ditentang parti itu.

Zainal berkata penasihat parti baharu Parti Barisan Pulau Pinang (PFP) yang juga pemimpin Umno bertindak memegang jawatan itu atas kapasiti peribadi dan tidak mencerminkan pendirian Umno.
“Umno Pulau Pinang kecewa apabila pemimpin berkenaan membiarkan dirinya dipergunakan parti baharu itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Zainal berkata meskipun PFP mendakwa ia mesra BN, tetapi niatnya untuk bertanding di semua kerusi kawasan majoriti Cina milik BN, tidak bagus.

“Ini mungkin menjejaskan kerjasama dan persefahaman antara parti komponen dalam BN yang sudah lama ditubuhkan dan disemai di Pulau Pinang,” katanya.

PFP, parti politik untuk kaum Cina di Pulau Pinang dilancarkan pada Isnin lalu dengan sasaran untuk bertanding di sekurang-kurangnya 30 kerusi.

Parti itu berkata, ia akan meminta lesen kasino daripada kerajaan persekutuan sebagai usaha merancakkan ekonomi negeri dan menjana RM6 bilion dalam jangka panjang.

Penasihat PFP ialah Ahli Parlimen Padang Besar daripada Umno, Zahidi Zainul Abidin.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Reezal Merican Naina Merican berkata cadangan membuka kasino itu “dangkal”.

Timbalan menteri luar itu berkata selagi beliau masih ahli Parlimen Kepala Batas dan ketua Umno bahagian di situ, beliau tidak akan membenarkan kasino dibina di Pulau Pinang.
“Berjudi bukan sebahagian budaya rakyat Malaysia, terutama orang Pulau Pinang.

“Saya yakin masyarakat bukan Islam juga akan menolak cadangan itu kerana ia seperti racun yang boleh menghancurkan hubungan keluarga dan masyarakat.

“Maka cadangan PFP untuk membina kasino, ia idea yang dangkal kerana tidak mengambil kira sensitiviti rakyat tempatan,” katanya dalam satu kenyataan.

AMAT MEMALUKAN, KANADA GAGAL BERSAING DENGAN MALAYSIA – ANDRE CARELL 

in Berita Utama by

 

Saya, sama terkejut seperti orang lain kerana ia memerlukan tiga menteri kabinet persekutuan untuk terbang dari Ottawa ke Vancouver lewat petang 20 September untuk membuat pengumuman bahawa kerajaan persekutuan telah meluluskan projek Pacific NorthWest LNG.

Mungkin itulah bagaimana politik berfungsi tetapi, saya fikir pengumuman ini dengan mudah boleh dibuat di Ottawa.

Tetapi apa yang membangkitkan rasa ingin tahu saya lebih daripada lawatan, peluang bergambar / selfie menteri ini, adalah identiti pemaju itu : siapakah Petronas, syarikat yang mengetuai projek ini?

Petronas adalah syarikat minyak dan gas gergasi, milik Malaysia yang dicipta setahun sebelum kita mencipta Petro-Kanada. Pendapatan tahunannya melebihi $130 bilion, hampir separuh daripada pendapatan tahunan yang kerajaan kita kumpul.

Wall Street Journal melaporkan (18 Januari 2016) bahawa “Petronas adalah sumber hasil terbesar Kerajaan Malaysia, meliputi sebanyak satu per tiga daripada bajet tahunan – walaupun selepas potongan subsidi dan pengenalan cukai baru untuk mempelbagaikan sumber pendapatan.” Rakyat Kanada tidak perlu bimbang tentang masalah seperti itu kerana kerajaan kita menswastakan Petro-Kanada, perbadanan mercu tenaga kita.

Malaysia, jumlah penduduk sebanyak 31 juta, adalah sebuah persekutuan yang mana tadbir urusnya adalah berdasarkan, sama seperti Kanada, dengan sistem parlimen British. Ia mempunyai Dewan Negara dan Senat, kabinetnya diketuai oleh Perdana Menteri, ketua upacara negara ialah raja mereka, dan sistem undang-undang, sama seperti kita, adalah berdasarkan kepada perundangan am Inggeris. Sejarah abad ke-19 dan awal abad ke-20 Malaysia adalah lebih bermasalah dan kejam daripada kita dan ia mencapai kemerdekaan penuh pada tahun 1957 semasa Kanada menghampiri seratus tahun kemerdekaannya yang pertama. 

Bagaimana Malaysia boleh memiliki gergasi korporat seperti Petronas? Walaupun negara itu masih diklasifikasikan sebagai sebuah ekonomi sedang membangun, Laporan Indeks Daya Saing Global 2015-16 Forum Ekonomi Dunia (WEF) menunjukkan bahawa Malaysia menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding Kanada dalam persekitaran makroekonomi, kecekapan pasaran barangan dan kecanggihan perniagaan serta inovasi. 

Data WEF ini menunjukkan bahawa hari ini Malaysia menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding Kanada dalam kapasitinya untuk inovasi dan perbelanjaan syarikat untuk penyelidikan dan pembangunan. Lebih memalukan lagi, Malaysia juga merekodkan tabungan negara kasar yang lebih baik dan peratusan hutang yang lebih rendah daripada KDNK berbanding Kanada!

Daripada terbang merentasi negara untuk beberapa peluang bergambar dan membuat janji-janji berbilion dolar, ketiga-tiga menteri tersebut sepatutnya terbang ke Malaysia. 

Mereka sepatutnya pergi ke sana untuk belajar bagaimana sebuah negara yang saiznya serupa dengan kita, yang ditadbir oleh Parlimen dan sistem perundangan am yang sama dengan kita, telah berjaya, selepas hanya 60 tahun merdeka, untuk mengatasi kita dalam simpanan negara dan hutang umum sementara dalam masa yang sama membangunkan sebuah syarikat yang menghasilkan pandapatan untuk menampung satu per tiga daripada bajet negara. 

Kita tidak boleh menguasai pasaran gas asli global. Kita bukanlah sebuah kuasa besar dalam gas asli. Dua puluh negara telah terbukti melebihi rizab gas asli Kanada.

Rizab gas asli Rusia telah terbukti adalah dua puluh kali ganda daripada yang kita ada! Kita tidak boleh bersaing dengan meningkatkan kualiti gas asli kita untuk menjadikannya produk yang bermutu. Kita hanya boleh bersaing dengan mengurangkan harga. Syarikat Malaysia mempunyai kelebihan itu. Ia boleh mencari pasaran global untuk mendapatkan harga tenaga yang paling rendah untuk memberi industri pembuatannya kelebihan untuk berdaya saing.

Projek LNG, jika ia diteruskan, bermakna kos tambahan bagi warga negara Kanada dan industri mereka jika mereka mahu memenuhi komitmen pelepasan karbon kita. Ia bermakna cukai karbon yang lebih tinggi dan kos lain.

Kita mesti menghentikan fokus kita dalam menjajakan sumber yang tidak boleh diperbaharui diatas janji peluang pekerjaan jangka pendek dan impian berbilion dolar. Kita perlu belajar daripada Malaysia bagaimana untuk membangunkan dan melaksanakan pelan negara untuk memberi manfaat kepada masyarakat untuk jangka masa panjang.

Kita mesti menyesuaikan pembangunan ekonomi dengan realiti persekitaran dan mengimbangi kemajuan ekonomi dan kesejahteraan sosial, pendidikan dan kestabilan politik.
Terjemahan oleh : KKMM

Adakah Benar Pemimpin PKR Khalwat ?Presiden PKR Mendiamkan Diri Atas Dasar Hak Asasi Manusia?

in Berita Utama by

 

Tersebar di media sosial mengenai pimpinan PKR perempuan beragama Islam bersekedudukan dengan seorang pemimpin PKR yang juga ahli parlimen beragama hindu.

 

Yang menariknya mengenai isu ini,didedahkan oleh pemimpin PKR juga Chegubard,namun beliau tidak mahu menamakan individu tersebut.Dakwa beliau lagi turut menyaksikan video mereka berdua. Entah jenis video apa yang disaksikan oleh Chegubard .

 

Pisau berasakan mungkin pemimpin pusat PKR  hak asasi beliau sudah diceroboh,mengikut fahaman liberal PKR, khalwat adalah hak asasi manusia dan tidak boleh dicabar oleh mana mana pihak.

 

Pisau berharap 2 pemimpin PKR ini membuat laporan polis ,sekurang kurangnya rakyat tahu bersekudukan adalah halal disisi PKR.. tak gitu?

 

Pisau kata ” apa yang susah sangat ni.. pi kawin la.. “

 

Asyik Terlajak Main Kucing, Tokey D Herbs Dakwa Kononnya Ekonomi Negara Merudum Punca Perniagaannya Merosot.

in Berita Utama by

Ahli perniagaan yang terkenal dengan serba terlajak nampak gayanya telah menghina anak melayu di perantauan.

Komen beliau di media sosial mengundang kemarahan, baru sehari dua melawat ke Australia beliau mengandaikan anak melayu terpaksa merempat dinegara orang.

Malah kenyataan beliau yang menyalahkan ekonomi Malaysia sebagai amat buruk hanya bersumberkan berita dari kaum puak pembangkang mencerminkan betapa Datuk hanya layak main kucing dirumah berbanding bercakap soal ekonomi.
Ya , tak dinafikan beliau kaya raya hasil dari kemakmuran ekonomi negara ini, rakyat Malaysia yang terpesona dengan iklan beliau yang serba terlajak sanggup berhabis wang, secara tak langsung membuatkan Datuk ini menjadi kaya raya.

Jika ekonomi negara tak bagus mana mungkin orang sanggup membazir membeli barangan yang serba terlajak ini. Takkan terlajak tak nampak?

Satu lagi jika ekonomi tak bagus mana mungkin ketua menteri Pulau Pinang mampu membeli banglo jutaan ringgit yang dianghap terlajak murah ..


Dibawah adalah antara persoalan yang dibangkitkan dan jawapan sinis oleh netizen kepada status Aliff Shukri:
1. Jualan D’Herbs merundum sebab produk tidak berkualiti. Pengguna juga meluat dengan sikap bodoh sombong Alif Shukri.
2. Pemborong tidak mahu jual kerana D’Herbs terlalu kedekut dan tipu mereka. Janji pakej umrah kemudian tak bawa.
3. Caj lori penghantaran barang sesuka hati kepada pemborong.
4. Tipu GST, dah kena serbu dengan kastam? Kemudian salahkan kerajaan?
5. Nak luaskan pernigaan ke Thailand yang kosnya tinggi. Bila kos tinggi perlu modal yang banyak. Dari mana datang wang untuk modal banyak kalau bukan berasal dari Malaysia?
6. Pasaraya Aeon Big yang berasal dari Jepun, datang buka rangkaian di Malaysia, Adakah petanda ekonomi Jepun teruk?
7. Dari zaman dulu pun orang Malaysia dah berhijrah. Dulu mereka kerja buat rumah batu di Singapore.
8. Alif Shukri sendiri sering buat kursus perniagaan. Kemudian bila orang meniaga dia salahkan peniaga pula.

Pisau nasihatkan Datuk serba terlajak baca berita dibawah ni dulu.. kemudian beliau patut terlajak bersyukur atas kejayaan beliau menjadi kaya kerana ekonomi dinegara ini bagus!

Lebihan Dagangan Malaysia Meningkat RM8.51 Bilion
KUALA LUMPUR – Lebihan perdagangan Malaysia pada Ogos meningkat kepada RM8.51 bilion berbanding RM1.91 bilion yang dicatatkan pada Julai 2016 susulan peningkatan eksport ke ASEAN, India, Amerika Syarikat, Mexico, Turki, Hong Kong dan Kesatuan Eropah.

 

Eksport Malaysia pada Ogos 2016 mencatatkan yang tertinggi dalam tempoh lapan bulan sebanyak RM67.58 bilion, naik 1.5 peratus, berbanding eksport pada Julai sebanyak RM59.8 bilion, menurut Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam kenyataan pada Jumaat.

 

Import meningkat sebanyak 4.9 peratus kepada RM59.07 bilion manakala perdagangan mencatatkan nilai sebanyak RM126.65 bilion, naik sebanyak tiga peratus.

 

Bagi tempoh Januari hingga Ogos 2016, perdagangan sebanyak RM948.45 bilion, dengan eksport berjumlah RM500.33 bilion dan import sebanyak RM448.12 bilion.

 

“Perdagangan, eksport dan import bagi tempoh ini, masing-masing mencatatkan pertumbuhan sebanyak 0.9 peratus. Lebihan perdagangan naik 1.8 peratus kepada RM52.21 bilion berbanding RM51.28 bilion,” katanya.

 

Secara keseluruhan, prestasi eksport yang lebih baik pada Ogos 2016 dilihat dalam pertumbuhan eksport pembuatan dan pertanian yang positif, berbanding penyusutan pada Julai 2016.

 

Bagaimanapun, eksport barangan perlombongan, terus merosot.

 

Eksport barangan pertanian naik 13.8 peratus kepada RM6.81 bilion, didorong oleh eksport minyak sawit dan produk pertanian berasaskan sawit yang tinggi, sebanyak RM867 juta.

 

“Eksport minyak sawit pada Ogos 2016 meningkat 19.9 peratus kepada RM4.32 bilion, berikutan nilai unit purata (AUV) dan jumlah dagangan yang tinggi.

 

“Eksport barangan perlombongan susut 14 peratus kepada RM4.9 bilion, sebahagian besarnya disebabkan penurunan eksport gas asli cecair yang merosot 38.9 peratus kepada RM1.89 bilion, disebabkan jumlah dagangan dan AUV yang rendah,” katanya.

 

Eksport ke ASEAN terus kukuh dan meningkat empat peratus atau RM769 juta untuk mencecah RM20.02 bilion pada Ogos 2016, menyumbang 29.6 peratus daripada jumlah eksport negara, naik berbanding 28.9 peratus yang dicatatkan pada Ogos tahun lepas. – BERNAMA

Pisau kata ” Jika di Malaysia tak bagus ekonomi baik pindah je.. kan?  ..”

Mat Sabu Hentam PAS Semasa Jelajah Pimpinan PANDap UK . Ahli PAS Takkan Tengok Saja Kot?

in Berita Utama by

Anak DAP parti PAN begitu mewah,mereka dilihat mendapat sokongan tak berbelah bahagi daripada pihak DAP. Pemimpin Parti yang baru setahun jagung ini mampu ke luar negara untuk berkempen untuk mencuri ahli dari kalangan penyokong dan ahli PAS.

 

Sekarang kalangan pemimpin PAN berada di UK,mereka menganjurkan road tour berkempen memberi penerangan mengenai PAN kepada penyokong haprak pakatan disana.Program yang suam suam kuku ini tak mendapat sambutan baru baru ini pada  8 Okt 2016,   berlangsung Majlis A Dialogue With PAN di The Stowe, London. Majlis merupakan sebahagian daripada Program Jelajah Pimpinan PAN di UK bermula 8-13 Okt 2016.

Jelajah diketuai oleh Mohd Sabu, Presiden bersama sama Ust Ahmad Awang, Penasihat; Salahudin Ayub, Timb Presiden; Dr Mujahid Rawa, Naib Pengerusi; Dr Mariah Mahmud, Ketua Wanita; Raja Kamarul Bahrain Shah dan Fakhrurazi Mokhtar, Naib Ketua Pemuda.

Apa yang menarik  mereka yang hadir di majlis ini sekitar 50 org dengan sebahagian besar merupakan isteri dan ahli keluarga pemimpin PAN yang terlibat dalam lawatan ini. Selebihnya  dipercayai komuniti Malaysia yg aktif dalam program pro pembangkang di London.

 

Penyokong dan ahli PAS pasti akan ketawa besar apabila Mat Sabu dalam ucapan menyentuh isu PAN kerana trdapat perbezaan ideologi dengan PAS yang ingin bekerjasama dengan UMNO.  Banyak isu berbangkit yang menampakkan perbezaan pemikiran dan pendekatan.  Sebaliknya Mat Sabu tidak mendedahkan betapa PAS tidak mahu menjadi anjing tungangan DAP.

 

Lebih menarik PAN menurut Mat Sabu  adalah berasaskan Islamik tetapi terbuka kepada semua kaum.Maka sebab itulah PAN menolak RUU355 bukan?
Kata Mat Sabu lagi PAN akan bawa perubahan besar dlm politik negara. Platform baru untuk rakyat Malaysia.Seolah PAS sudah tidak releven.Mat Sabu memberi gambaran seolah PAS sudah tidak releven didalam politik dinegara ini.

 
PAS sekali lagi diserang oleh Mat Sabu,katanya PAS yang berasaskan Islam dan Ulamak seolah menghalalkan kesalahan kerana kepentingan tertentu,adakah Mat Sabu cuba menyentuh laporan Sarawak Report yang kononnya PAS menerima 90juta?

Mat Sabu dan PAN seolah melepaskan geram di UK dengan menghentam PAS, apa kata Mat Sabu dan pemimpin PAS buat kenyataan seperti diatas berhadapan dengan pemimpin PAS dan penyokongnya di UK.

 

Adakah ahli PAS di UK sanggup untuk mempertahankan PAS? Jika ada,hadirlah beramai ramai didalam program PAN,biar berdepan jangan dibiarkan PAS dihentam membabi buta oleh Mat Sabu dan pemimpin PAN.am4 am3 am2 am1am6Pisau kata ” dah keluar dari PAS,baru dia sedap hentam ulamak PAS”

Umno Pulau Pinang Desak Kerajaan Negeri Siasat Rumah Kos Rendah Di Beli Golongan Berada.

in Berita Utama by

UMNO Pulau Pinang mendesak kerajaan negeri supaya menyiasat pendedahan kononnya ada unit rumah Kos Sederhana Rendah (KSR) dimiliki oleh mereka yang berpendapatan melebihi had kelayakan untuk membeli rumah kategori tersebut.

 
Malah, pengerusinya, Datuk Seri Zainal Abidin Osman turut meminta kerajaan negeri pimpinan DAP supaya mengambil tindakan tegas terhadap pemilik rumah KSR yang menyewa kediaman mereka kepada pihak lain, sekali gus menyalahi dasar perumahan kerajaan negeri itu.

 

Selain itu, katanya, UMNO negeri juga menuntut penjelasan berhubung tindakan kerajaan negeri yang dilapor membeli 320 unit rumah KSR bagi projek kerajaan negeri, ‘The Rise’, di Jalan SP Chelliah di sini untuk kuota bumiputera.

 

“Kerajaan negeri memaklumkan bahawa wang daripada Tabung Amanah Perumahan Bumiputera digunakan untuk membayar sejumlah RM21.6 juta sebagai pampasan kos tanah kepada Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) pada kadar RM67,500 seunit,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat UMNO negeri di Pulau Betong pada Ahad.

 
Katanya pihaknya juga menuntut penjelasan sama ada kerajaan negeri juga perlu membayar pampasan kos tanah berjumlah RM30.375 juta atau RM67,500 seunit kepada MBPP untuk 450 unit rumah KSR yang diperuntukkan untuk golongan bukan Bumiputera.

 

Dilaporkan sebanyak 320 unit rumah KSR berharga RM140,000 seunit di ‘The Rise’ telah dibeli kerajaan negeri untuk dijual semula kepada pembeli bumiputera sahaja dengan harga RM72,500 seunit.

Rumah Kos Rendah,Sederhana Di Diami Golongan Berada.

in Berita Utama by

Bayangkan anda lihat kereta Honda HRV, Toyota Altis atau motosikal berkuasa tinggi, BMW masing-masing berharga lebih RM100,000 di parkir blok pangsapuri kos rendah dan sederhana (LMC) di Bukit Gambier.

 

Jika kenderaan itu kepunyaan pemilik unit kediaman tersebut, maka setiap kenderaan itu lebih mahal berbanding seunit pangsapuri berkenaan yang berharga RM72,500, kata Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan.

 

Beliau percaya beberapa unit pangsapuri tersebut diduduki oleh individu yang memang sepatutnya tidak layak.

 

Di bawah dasar perumahan negeri, beliau berkata setiap unit pangsapuri itu dijual kepada mereka yang harus berpendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,500.

 

Pemilik malah tidak dibenarkan untuk menyewa atau menjadikan unit kediaman mereka itu sebagai homestay atau inap desa.

 

“Saya terkejut melihat kereta dan motosikal mewah diletakkan di pangsapuri tersebut. Adakah penduduk itu layak tinggal di pangsapuri tersebut?

 

“Ramai pemohon miskin yang layak tetapi masih berada dalam senarai untuk mendapatkan pangsapuri kos rendah dan sederhana.

 

“Kami akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung perkara itu,” kata Cheng Guan pada sidang media di sini, Khamis.

 

Baru-baru ini, akhbar The Star melaporkan penduduk mendakwa hampir separuh daripada 780 unit pangsapuri di Tower A dan Tower B disewakan.

 

Salah seorang pemilik pangsapuri itu mendakwa kebanyakan penduduk menyewa unit kediaman sebaik menerima sijil layak menduduki (CF) pada Oktober 2013 bagi Tower A dan April 2014 untuk Tower B.

 

Difahamkan kerajaan negeri Pulau Pinang turut melanjutkan moratorium pada penjualan berikutnya unit pangsapuri tersebut kepada 10 tahun.

 

Terdapat satu kes di mana mereka berjaya menjumpai dua buah kereta dan tiga motosikal menggunakan nombor plat kenderaan yang sama.

 

“Ketiga-tiga motosikal itu sahaja bernilai lebih RM237,000,” katanya.

Cheng Guan berkata beliau turut terkejut apabila kebanyakan unit kediaman tersebut boleh disewa atau dijual dalam pelbagai portal hartanah dalam talian.

Rafizi Bawa Masuk Pegawai Risikan Amerika Syarikat Bantu Kempen PRU 14

in Berita Utama by

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli dilaporkan telah membawa masuk seorang pegawai risikan daripada Amerika Syarikat untuk bekerja dengan NGO beliau – Invoke – dalam usaha membantu kempen bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

 

 

Pegawai risikan yang dimaksudkan itu ialah Andrew Claster, Timbalan Ketua Pegawai Analisis Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.

 

 

Claster kini dilaporkan telah menjadi salah seorang sukarelawan Invoke, yang membantu NGO PKR itu dengan program analisis data pengundi.

 

 

“Kami menggunakan maklumat yang ada mengenai pengundi untuk mengenal pasti siapa penyokong kami dan siapa yang dapat diyakinkan dan kami akan gunakan sumber-sumber kami sepatutnya,” kata Claster kepada Malaysiakini.

 

 

Claster adalah Naib Presiden Penn, Schoen & Berland Associates (PSB) yang berkempen untuk pemilihan semula Senator Hillary Rodham Clinton. Sebelum menyertai PSB, Andrew bekerja di Bank Dunia.

ehuk
Beliau berkata demikian selepas sesi taklimat mengenai program untuk Pakatan Harapan di Kuala Lumpur malam tadi.

sumber:AIDC

Video: Puak Kuning Bershit Melarikan Diri Dari Pemuda Baju Merah Di Alor Setar.

in Berita Utama by

Di Alor Setar,Puak Bersih di halau oleh kumpulan pemuda berbaju merah,niat puak kuning ini untuk membuat kacau terbantut apabila dihalang oleh kumpulan berbaju merah.

Alor Setar tidak akan menjadi mangsa sepertimana berlakunya di Kuala Lumpur,rally yang cuba dibuat oleh puak kuning diseluruh negara bakal mencetuskan kekacauan dan apabila kemuncak di Kuala Lumpur nanti.

Pisau lihat senario terbaru amat berbeza,apabila ramai pihak meluahkan rasa tidak puas hati kerana puak berbaju kuning sebelum ini sesuka hati mencetuskan kacau ganggu di ibu kota.Malah mereka mahu mencetuskan diseluruh negara,apa yang berlaku sekarang adalah kesedaran betapa negara bakal tidak aman kerana puak kuning ini sering kali mencetuskan ketidak harmonian dan mengganggu kehidupan rakyat seharian.

 

Air Tiada: Azmin Lagi Teruk Dari Khalid Ibrahim

in Berita Utama by

Semalam, kira-kira 1.8 juta penduduk di empat daerah di Hulu Langat, Kuala La­ngat, Petaling dan Sepang terpaksa berdepan sekali lagi dengan gangguan bekalan air.

Semuanya gara-gara penutupan Loji Rawatan Air Sungai Semenyih untuk kali keempat.

Puncanya adalah akibat pencemaran bau yang dilakukan oleh sebuah syarikat yang beroperasi di Batu 22 1/4, Jalan Sungai Lalang, Semenyih.
Persoalan di sini ialah, sampai bila masalah pencemaran ini akan berlaku?

Penduduk tidak mahu tahu bagaimana ia akan diatasi tetapi mereka mahu melihat masalah itu selesai dan apa tindakan yang diambil oleh kerajaan negeri untuk mengatasinya.

Jika ia disebabkan oleh pencemaran, tidak adakah pihak berkuasa negeri yang menjalankan pemantauan terhadap syarikat-syarikat tersebut atau kilang-kilang haram yang beroperasi di Selangor?

Kenapa begitu kerap loji air ditutup? Itu persoalan penduduk yang sudah bengang dengan keadaan ini yang tertanya-tanya di mana tanggungjawab kerajaan negeri dalam isu air ini?
Apa yang pasti ia mencerminkan kegagalan urus tadbir sumber alam oleh kerajaan negeri Selangor.
Hakikatnya jutaan penduduk tidak peduli dengan isu sabotaj hingga mengakibatkan pencemaran, malah mereka juga tidak mahu mendengar apa-apa alasan lagi. Mereka mahu penyelesaian segera kerana air adalah keperluan asas dan utama rakyat.

Jangankan urusan harian, pesakit di hospital juga terjejas akibat ketiadaan air. Bayangkan bomba Selangor terpaksa menggunakan lima jentera tangki air bermuatan 10,000 liter dan 20,000 liter air untuk menghantar bekalan air ke Hospital Serdang (HS) yang terputus bekalan air.

Tidak dapat digambarkan bagaimana sukarnya keadaan pesakit dan kakitangan hospital dalam berdepan dengan isu ini.

Anak anak kecil di sekolah terpaksa membawa air ke sekolah, seorang 5 liter untuk menukar pampers dan mandi. Semua kedai diserbu untuk membeli air mineral botol besar.

Satu botol besar 2 liter harga air adalah RM2.50, yang 5 liter lagi tinggi harganya. Tidak mengapa, rumah Azmin tidak mengalami gangguan air.

Ketika zaman pemerintahan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar dulu, bukannya tiada isu mengenai gangguan bekalan air tetapi ia biasanya berlaku pada musim kemarau yang menyaksikan empangan kering.

Tetapi pada zaman Datuk Seri Azmin Ali ini, kerap pula krisis air berlaku. Kalau dilihat kepada laporan media, rizab tunai kerajaan negeri Selangor berjumlah RM4 bilion, jadi kenapa ia tidak digunakan bagi mengatasi krisis air ini.

Sebelum ini, setiap kali berlaku krisis air, Azmin akan menuding jari kepada kerajaan pusat berhubung kelewatan pembinaan projek Loji Rawatan Air Langat Dua (Langat 2) disiapkan padahal projek berkenaan telah lama dicadangkan dan ia sepatutnya dimulakan pada 2010 dan siap pada 2014.

Untuk rekod, projek itu tertangguh selepas 2008 akibat keengganan kerajaan negeri mengeluarkan perintah pem­­­bangunan’

Azmin juga telah menyalahkan Khalid Ibrahim atas kelewatan projek Langat 2 kerana didakwa bertanggungjawab dalam penjualan tanah bagi membangunkan kemudahan enap cemar kepada pihak ketiga.

Mana perginya slogan ‘Peduli Rakyat’ yang sering dilaung-laungkan Azmin Ali? Sering kali apabila berlaku krisis air, jarang beliau dan exco-exconya turun padang untuk melihat krisis air yang berlaku ini.

Ada sesiapa nampak gambar Azmin tengah pandu lori air? Jika ada tolong beritahu.

Tulisan :
Beruang Biru

Masa Depan Politik Umat Islam Di M’sia Tidak Menentu Akibat Perpecahan

in Berita Utama by
Perpecahan di kalangan umat Islam yang semakin ketara di Malaysia boleh menyebabkan masa depan politik umat Islam di negara itu menjadi tidak menentu, kata Ketua Pegawai Eksekutif Gerakan Kesederhanaan Global (GMM), Dr Nasharuddin Mat Isa.

 

Katanya, jika umat Islam di Malaysia terus berpecah, ia menyebabkan Islam menjadi lemah dan memudahkan anasir tertentu untuk menyerapkan ideologi songsang seperti terrorisme ke dalam fikiran anak-anak muda.

 

Bercakap kepada Bernama di sini Selasa, Nasharuddin berkata, umat Islam Malaysia harus mengambil iktibar dan pengajaran perpecahan ukhwah yang berlaku di negara-negara Arab.

 

Keadaan itu telah mengakibatkan anak-anak muda di negara itu kini menjadi anggota pengganas dan seterusnya memusnahkan negara mereka sendiri.

Beliau berkata, antara bibit perpecahan umat Islam di Malaysia ialah apabila mereka berpecah dengan menubuhkan pelbagai parti politik hanya kerana perasaan tidak puas hati.

 

“Sememangnya dalam sistem demokrasi adalah menjadi hak masing-masing untuk menubuhkan parti politik tetapi kita bertanya apakah kepentingannya kepada negara kerana tindakan itu hanya membawa kepada perpecahan di kalangan umat Islam,” kata beliau.

 

Terdahulu, beliau menyampaikan taklimat mengenai pengaruh terrorisme di Malaysia anjuran bersama Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia dan GMM di sini.

 

Dalam taklimat itu, Nasharuddin berkata, hasil kajian mendapati anak-anak muda yang tidak mempunyai kawan dan bersikap selalu memandang dirinya sahaja yang betul sebenarnya mudah terpengaruh dengan fahaman radikal.

 

Katanya, disebabkan tidak mempunyai kawan untuk berbincang dan bermain, mereka akan menjadikan internet sebagai kawan dan terpengaruh dengan fahaman radikal menerusi bacaan dalam laman-laman sosial di internet.

 

Nasharuddin berkata, golongan ibu bapa pula haruslah mendampingi anak jika mengatahui anak mereka tidak mempunyai kawan serta memantau laman-laman sosial internet yang anak mereka layari.

 

Katanya, tindakan pencegahan boleh dilakukan dari awal menerusi didikan yang betul supaya anak mereka tidak mudah terpesong dari ajaran Islam yang sebenar.

 

Sementara itu Duta Besar Malaysia di Indonesia datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, pihak kedutaan menganjurkan aktiviti ceramah isu-isu semasa serantau sebagai usaha untuk menjalinkan hubungan dan persefahaman bersama dalam membanteras aktiviti keganasan.

 

Majlis itu yang dihadiri kira-kira 100 orang turut disertai wakil kedutaan dari Republik Singapura, Brunei dan perwakilan Asean. – Bernama

Mimpi Ngeri dan Gelabah Biawak; Hishamuddin Rais Dan Bershit Cari Polis Apabila Hanya Di Sergah Baju Merah.

in Berita Utama by

isham2Hisham Rais apabila berada dipentas,dikelilingi oleh puak Bershit..cakapnya berdegar degar. Hasutannya membakar hati puak Bershit hingga ada yang kerasukan mau musnahkan apa saja didepan mata.

 

Kita semua masih ingat bagaimana puak ini turun ke jalan raya merosakkan harta benda awam,menyerang anggota polis hingga parah malah mengganggu kenteteraman awam. Seluruh ibu kota menjadi sesak teruk hingga aktiviti ekonomi terjejas.Peniaga kerugian jutaan ringgit hanya kerana puak puak ini menggangu aktiviti perniagaan.

Bersih-3.0

Jom kita lihat aksi Hishamuddin Rais yang lebih mesra dikenali sebagai bapok tua ketakutan apabila dikepung oleh geng Baju merah. Seorang lelaki berbaju merah hanya mengetuk cermin bertanyakan khabar.. tetapi gelabahnya puak Bershit ini termasuk Hishamudin dapat kita saksikan di video ini.

Sebelum ini ketika demonstrasi baju kuning (BERSIH), Hishamuddin Rais lantang dan berlagak hero di hadapan penyokongnya, namun apabila dikepung oleh sekumpulan geng baju Merah yang bermotosikal, dia menunjukkan sikap sebenarnya, iaitu seorang penakut.

 

Pada tahun 1970-an, Hishamuddin melarikan diri ke luar negara selepas melakukan demonstrasi siswa di Kuala Lumpur kerana bimbang dirinya ditahan pihak polis.

 

Hishamuddin hanya berani pulang ke Malaysia pada tahun 1994, iaitu selepas Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Perdana Menteri.

 

Apa yang dilakukan sekumpulan geng baju Merah mengepung kereta Hishamuddin itu hanya isyarat awal, pastinya semakin ramai geng baju Merah dari seluruh negara akan turun pada November ini untuk ‘bertempur’ dengan geng baju Kuning di Kuala Lumpur.

 

Azmin Lebih Berminat Dengan Nasi Lemak Anak Dara Berbanding Penduduk Semenyih Yang Kering Tak Ada Air.

in Berita Utama by

Penduduk Semenyih menagih keprihatinan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali seperti mana beliau bersungguh-sungguh menyelesaikan isu seorang penjual nasi lemak yang menjadi viral di media sosial setelah dikenakan kompaun daripada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) baru-baru ini.

Azmin Ali
Azmin Ali

Setiausaha Gagasan Prihatin Semenyih (GPS), Hamdan Abu berkata, walaupun masalah air di kawasan tersebut telah berlarutan sejak 2008, namun kerajaan negeri dilihat hanya memandang sebelah mata isu yang melibatkan lebih 300,000 penduduk itu.

 

Sehubungan itu, Hamdan secara sinis mengharapkan Azmin dapat turun padang berjumpa dengan rakyat dan menyelesaikan masalah yang dialami penduduk Semenyih sama seperti komitmen beliau membantu gadis penjual nasi lemak di Shah Alam itu.

 

“Jika beliau sempat melawat gadis yang menjual nasi lemak, mustahil tidak sempat untuk berjumpa dengan rakyat yang sedang berhadapan dengan krisis air sejak tujuh hari lalu?

 

“Tindakan Azmin memperlihatkan beliau tidak meletakkan keutamaan dalam soal kebajikan rakyat kerana memilih untuk menyelesaikan isu lebih ringan hanya untuk meraih publisiti daripada kisah gadis itu yang sedang viral,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

 

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai video Azmin yang menjadi viral di media sosial apabila memilih untuk melawat seorang penjual nasi lemak semalam yang didenda MBSA gara-gara tidak mempunyai lesen.

 

Kisah pemilik gerai ‘Nasi Lemak Anak Dara’ itu, Siti Hajjar Ahmad, 24, yang disaman MBSA Selasa lalu kerana tidak mempunyai lesen penjaja menjadi viral sehingga menimbulkan simpati daripada orang ramai.

 

Mengenai gangguan air di Semenyih yang masih berlaku ketika ini, Hamdan berkata, selain bantuan air mineral, pihaknya juga mengadakan kerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi menyalurkan bekalan air kepada penduduk terjejas.

 

“Jika masalah air tidak selesai dalam tempoh terdekat, kita akan menyalurkan air secara terus ke tangki-tangki utama melalui lori-lori tangki ATM dan bomba.

 

“Melalui kaedah itu, penduduk tidak perlu bersusah-payah menunggu di bahu jalan untuk mengambil air. Kaedah ini telah digunakan di Bandar Sunway Semenyih dan ternyata berkesan dalam tempoh 48 jam,” ujarnya.

Pisau kata ” kenapa Azmin tak minat turun Semenyih?di Semenyih Tak ada anak dara ka?”

Terkini! Helikopter Milik TUDM Terhempas Di SMK Balung, Tawau. Sabah

in Berita Utama by

Kementerian Pertahanan mengesahkan Helikopter Nuri terhempas di SMK Balung Tawau pada pukul 9.30 pagi tadi membawa 14 krew termasuk seorang juruterbang.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Pertahanan memberitahu helikopter tersebut berlepas dari pangkalan pada pukul 7.35 pagi bagi membuat latihan penerbangan harian biasa. Helikopter tersebut terhempas ketika cuba melakukan pendaratan kecemasan.

Semua anak kapal helikopter tersebut selamat.  Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah menghantar pasukan penyelamat ke kawasan insiden dan mengawal kawasan sebelmum mengambil tindakan bagi membawa keluar helikopter,

TUDM akan menubuhkan satu pasukan penyiasatan bagi mengenal pasti punca kejadian.

Sementara itu, menurut sumber juruterbang helikopter tersebut cedera akibat tersepit dan berjaya dikeluarkan.

whatsapp-image-2016-10-04-at-10-58-59-am

Himpunan Bangkit, Bantah Korupsi Lim Guan Eng dan Dap Di Pulau Pinang.

in Pulau Pinang/UMNO by


Hari ini menyaksikan  bandaraya Georgetown digegarkan laungan anti Dap yang korup. Dap mempertahankan tokong mereka yang melakukan penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa.

Ribuan anak muda berbaju merah turun beramai ramai, Pemuda Umno Pulau Pinang membuktikan golongan muda di Pulau Pinang anti kepada Dap dan ketua menterinyabyang kuat makan rasuah.

Berikut adalah sekitar demo hari ini.


 Seramai kira-kira 5,000 pemuda yang dipercayai daripada kumpulan berbaju merah dari seluruh Pulau Pinang membanjiri ikon pelancongan Gurney Drive.

 
Mereka yang kebanyakannya menunggang motorsikal itu hadir bagi menentang Ketua Menteri Lim Guan Eng berhubung tuduhan rasuah terhadapnya.

 
 

Menurut Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Rafizal, mereka bangkit untuk kerajaan negeri DAP menunaikan dua permintaan.
 

Pertama, mereka mahu Guan Eng meletak jawatan atas tuduhan rasuah terhadapnya. 

 
Katanya, pembangkang telah mengutuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak walaupun beliau tidak didakwa.

 
Keduanya, katanya, mereka mahu polis menolak perhimpunan BERSIH 5 yang matlamatnya adalah untuk menjatuhkan perdana menteri.

 
Katanya, jika BERSIH 5 diteruskan, mereka akan berdepan dengannya.

 
 

Kumpulan itu terus melaungkan “Hidup, Hidup” dan “Undur Guan Eng, Undur Perasuah”, “Hancur DAP!” dan “Hidup Pemuda”.
 

Perhimpunan itu berakhir dengan aman selepas 30 minit.

 
Sementara itu di Lumut pula penganjur BERSIH 5 mendakwa, mereka diganggu sekumpulan penyokong baju merah yang bermotosikal ketika kumpulan reformasi pilihan raya itu memulakan perjalanan mereka pagi tadi.

 


Hit Counter provided by Curio cabinets
Pergi ke Atas