Berita telus dan seimbang..

Monthly archive

September 2016

Antara Air Selangor Dan 1MDB, Mana Yang Menyusahkan Rakyat?

in Pakatan Rakyat by

Pembangkang sebelum ini begitu aktif kononnya memperjuangkan isu syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta kerajaan Barisan Nasional (BN) sebagai menyeleweng dan mencuri wang rakyat dalam hal tersebut.

Wang dari syarikat itu dikatakan dilenyapkan oleh Najib dan dimasukkan ke dalam akaun peribadinya. Hasil siasatan pelbagai pihak termasuk dari luar negara, telah membuktikan bahawa tuduhan ini tidak benar.

Agensi dalam negara khususnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Audit Negara sudah pun membuktikan bahawa Najib tidak melakukan apa-apa jenayah dan salah laku.

Hatta Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) sendiri pun mengatakan Najib tidak terlibat dalam siasatan mereka dalam satu saman sivil kononnya mahu merampas aset dan harta berkaitan 1MDB yang diseleweng tapi saman itu juga entah ke mana sudahnya.

Ketika itu rakyat hanya mengikuti sahaja berita dan laporan berkaitan kes itu tanpa terjejas sedikit pun dari segi kehidupan seharian dan juga ekonomi kerana keadaan ekonomi negara tetap kukuh. 

Sedangkan hari ini, rakyat negeri yang di perintah pembangkang Selangor, sedang menghadapi gangguan bekalan air yang seringkali berlaku akibat pelbagai sebab. Antara yang paling utama ialah kerana masalah pencemaran di loji rawatan air.

Apabila Kerajaan Negeri Selangor dihujani persoalan, lantas dituduh pihak yang mengkritik sebagai cuba mempolitikkan isu bekalan air yang telah pun menyebabkan rakyat negeri Selangor susah kerana ketiadaan bekalan air.

Apa sahaja cubaan dibuat untuk meminta penjelasan kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, akan dilabelkan sebagai cubaan untuk memburukkan reputasi politik kerajaan Pakatan Harapan di negeri itu. Hakikatnya, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan negeri untuk memastikan sumber air sentiasa cukup untuk memenuhi keperluan rakyat.

Dalam kes di Selangor, semua aspek Pengurusan air negeri itu adalah berada dibawah tanggung jawab kerajaan negeri, nak menafikan macam mana lagi?

Untuk rekod, Loji Rawatan Air (LRA) sungai Semenyih sahaja telah ditutup sebanyak enam kali sejak 2013 kerana gara-gara pencemaran air dan ia menjejaskan bekalan air bersih ke kawasan Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang dan Petaling.
2 Menteri Besar berbeza tapi masalah masih sama.

Jika kerajan negeri pembangkang Selangor memberikan fokus kepada keutamaan masalah bekalan air di Selangor, sudah tentu ia akan selesai dan rakyat negeri itu tidak menghadapi masalah air lagi. Kerana sibuk masuk campur hal seperti 1MDB yang tidak nampak menyusahkan sesiapa , rakyat negeri itu kini terabai dari aspek bekalan air.

Dengan isu 1MDB sudah pun boleh dikira selesai, sedangkan isu bekalan air masih tidak nampak jalan penyelesaiannya ini, membuktikan pembangkang hanya berminat mempolitikkan isu, bukan menyelesaikan masalah rakyat. – Beruang biru

Apa Beza Ban Ki Moon Dengan Zahid? Bukti Politik Pembangkang Makin Rendah Akal.

in Berita Utama by

Apabila puak pembangkang persoalkan ucapan  Timbalan Perdana Menteri Ds Ahmad Zahid,membuktikan betapa diluar sana bukan saja bermain politik murahan malah kebudak budakan.

 

Sudah tidak ada isu,mereka cuit pula cara Ds Ahmad Zahid berbahasa Inggeris sedangkan puak puak ini langsung tidak menyentuh intipati ucapan beliau yang banyak menyentuh kepentingan umat Islam sejagat,keamanan dan krisis kemanusian.

 

Sekurang kurangnya TPM beliau berani berucap dipentas antarabangsa tanpa memerlukan text ucapan.Siapa pernah terfikir,anak kampung Bagan Datoh berucap di pentas Bangsa Bangsa Bersatu? Beliau bukan berlatar belakang sekolah Inggeris,bukannya anak bangsawan yang mendapat pendidikan sekolah Inggeris.

 

Soal pelat tak menjadi hal.. kita tengok Ban Kim Moon.. ada kita dengar bangsa Korea persoalkan loghat Inggeris beliau.. ? Ini menjadi bukti betapa rendahnya moral dan akal penyokong pembangkang ..

 

Pisau kata ” nak jadi pembangkang pun biar lah tunjuk cerdik sikit.. “

Tokoh Banglo Terlajak Murah Bakal Didakwa,Hina Mahkamah Satu Hukuman Berat Menanti.

in Berita Utama by

Lim Guan Eng yang terkenal dengan sikap angkuh dan lidah bercabang bakal mendapat habuan atas sikapnya sendiri. Terkenal di seluruh negara bermulut celupar dan berasa dirinya bebas daripada sebarang undang undang membuatkan beliau berasa besar kepala.

 

Kerana berasa dirinya cukup besar,beliau berasa bebas untuk melanggar undang undang.. apatah lagi menyeleweng dan salah guna kuasa hingga tidak berasa bersalah untuk melakukan rasuah.

 

Beliau mungkin hilang kelayakan sebagai wakil rakyat, jika mahkamah mendapati dia bersalah dan mengenakan hukuman berat terhadapnya kerana menghina mahkamah. Peguam, M Visvanathan berkata, tidak menghormati pentadbiran keadilan adalah satu jenayah dan tiada undang-undang bertulis mengenai hukuman minimum mahupun maksimum.

 

“Mahkamah boleh mengenakan denda atau penjara atau melepaskan tertuduh dengan teguran, berdasarkan budi bicara mereka,” katanya. Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan menyatakan ahli Parlimen akan hilang kelayakan selama 5 tahun, jika dia sabit kesalahan dan dijatuhkan hukuman penjara lebih setahun atau denda lebih RM2,000. Peruntukan sama juga terkandung dalam undang-undang semua negeri.

 

“Lim mungkin hilang haknya sebagai ahli Parlimen dan adun jika mahkamah mendapati dia bersalah dan menjatuhkan hukuman berat,” katanya sebagai menjawab tindakan setiausaha agung DAP itu menghina mahkamah. Minggu lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memberi kebenaran kepada peguam negara untuk memulakan prosiding menghina mahkamah ke atas Lim.

 

Peguam negara berkata, Lim mengeluarkan kenyataan media walaupun mengetahui tindakannya akan mengganggu pentadbiran keadilan, menghakis keyakinan awam terhadap badan kehakiman dan menghina maruah serta integriti mahkamah di negara ini.

 

Adun Air Puteh itu mendakwa 2 tuduhan rasuah adalah “konspirasi” terhadapnya dan juga “direka-reka”. Jun lalu, ahli Parlimen Bagan itu bersama ahli perniagaan, Phang Li Koon mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi George Town.

 

Lim didakwa menggunakan kedudukannya sebagai penjawat awam untuk menerima suapan bagi dirinya dan isterinya, Betty Chew. Dia juga didakwa meluluskan permohonan Magnificent Emblem menukar status tanah pertanian bagi tujuan membina kediaman dan tuduhan ke-2 menggunakan kedudukannya membeli sebuah banglo daripada Phang pada harga RM2.8 juta – jauh lebih rendah daripada harga pasaran.

 

Visvanathan berkata, dahulu ada 1 kes di mana bekas Ahli Parlimen Bukit Bintang, Wee Choo Keong hilang kelayakan kerana menghina mahkamah, kira-kira 20 tahun lalu. Pada 14 April 1995, Mahkamah Agung ketika itu menjatuhkan denda RM7,000 kepada Wee kerana melanggar perintah menghalangnya mencetak, mengedar atau menerbitkan sebarang dakwaan tidak wajar terhadap MBf Holdings dan anak syarikatnya.

 

Wee bertanding pada Pilihan Raya Umum 1995 dan memenangi kerusi Bukit Bintang atas tiket DAP, tetapi calon BN, Lee Chong Meng memfailkan bantahan. Hakim pilihan raya, Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim membatalkan kemenangan Wee, memandangkan tindakannya menghina mahkamah adalah satu kesalahan jenayah. Ahmad Fairuz kemudiannya mengumumkan Lee dipilih sebagai ahli Parlimen Bukit Bintang

#Motorola ; Zahid Buktikan Negara Tidak Bangkrup, Tarik Pelabur Dengan Jumlah Berbillion Ringgit.

in Berita Nasional by

Sebelum ini viral di media sosial kononnya negara akan bangkrap. Matawang Ringgit bakal jatuh dan tak boleh diniagakan.
Maka gegak gempita kononnya negara bakal runtuh, ini semua cerita picisan kalangan berotak udang..bertambah memalukan apabila beberapa tokoh besar dinegara ini turut memalu kompang fitnah. Ramai yang ikut menari.. ada yang bergelek ada yang hingga tergolek.

Berita mutakhir terpampang didada akhbar apabila Timbalan Perdana Menteri mengumumkan Motorola Solutions akan memindahkan operasi dari 2 negara ke Malaysia. Malah Motorola komited untuk meningkatkan lagi pelaburan kenegara Malaysia.

Adat orang berniaga, mereka pasti akan melihat   kestabilan politik dan ekonomi sesebuah negara sebelum melabur. Terbukti segala dakyah yang dimainkan oleh mereka berotak udang, Pro Tun dan pembangkang tidak berhasil. Pelabur diluar sana bukan mudah di adu domba.

 Mereka tidak sebodoh seperti kalangan puak berotak udang.Inisiatif yang di ambil oleh TPM Ds Ahmad Zahid ketika menghadiri UNGA di New York apabila mengadakan pertemuan dengan bos besar Motorola.
nah hasilnya rakyat dinegara kita juga yang untung. Peluang pekerjaan untuk berotak udang dan ahli keluarga mereka juga terbuka luas.

Jangan terkejut nanti Tokong Dap memerangkap tokoh banglo terlajak murah akan mendabik dada beliau lah yang berjaya menarik pelabur nanti. Percayalah nanti penyembah tokong Dap pun akan bergelek sama sambil mendabik dada ini semua kerja tokong Dap beri rezeki.

Alhamdulilah kita bersyukur, atas rahmat Allah SWT yang memberi perlindungan malah menambahkan rezeki lagi kepada rakyat Malaysia. Semoga usaha yang dibuat oleh pemimpin negara diberkati Allah.


Pisau kata ” kerja keras pemimpin BN bantu rakyat, disebelah sana kerja keras menghancurkan negara… mana satu pilihan rakyat?”

QUIET DISMISSAL OF U.S. LAWSUIT Statement by Minister of Communications and Multimedia

in Berita Utama by

1. The class action lawsuit filed in the United States against 1MDB and others by Tun Mahathir Mohamad’s political secretary Matthias Chang and Husam Musa generated global controversy. ‎It was based purely on the allegations in the US Department of Justice civil complaint, and on false smears published by the Wall Street Journal. 

2. This lawsuit by Tun Mahathir’s henchmen generated global news and controversy when it was filed on 11 August. But, strangely, the Wall Street Journal and other Western media haven’t reported that yesterday the lawsuit was dismissed.

3. The reality is that it was baseless from the start, a pure publicity stunt to manipulate public perceptions. Part of Tun Mahathir’s plan to sabotage 1MDB and damage Malaysia’s economy to unseat the democratically-elected government. And all this for selfish political reasons, just to benefit his son Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

4. It must be frustrating for Tun Mahathir that each of his attempts to subvert Malaysia’s democracy has failed. They will continue to fail. One of the hallmarks of a true leader is knowing when to quit quietly.

5. The Prime Minister’s real record has just been stated by UNESCO’s Director-General Irina Bokova. She said that ‎”Under the leadership of Prime Minister Najib Abdul Razak, the government of Malaysia has taken a firm stance against violent extremism through inclusion and education, which UNESCO considers the most effective long-term prevention to forces threatening to divide societies”. She also praised Malaysia as “An example to countries of all income levels”; said the country is “Proof that respect for diversity is a source of enrichment”; and that we have taken the lead in encouraging “The teaching of religion to promote tolerance, respect and mutual understanding”. 


6. The government won’t be distracted by Tun Mahathir’s increasingly desperate attempts. The Prime Minister will continue to serve the people and prioritise their security, safety and prosperity. 

Datuk Seri Panglima Dr Salleh Said Keruak,

Minister of Communications and Multimedia,

Malaysia‎

Gesaan Pilihan Raya Mengejut Bukti DAP Dominan Di Selangor

in Berita Utama by

Gesaan Penasihat DAP, Lim Kit Siang supaya Kerajaan Negeri Selangor mengadakan pilihan raya mengejut membuktikan dominan parti itu di Selangor hampir sama dengan Pulau Pinang dan persempadanan semula kawasan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sekadar alasan untuk parti itu kembali berkuasa.

 

“DAP hanya mahu kuasai Kerajaan Negeri Selangor. Persempadanan hanya alasan.

 

“Kekuatan BN tak cukup untuk menang. Ini lebih pada perancangan menghapuskan pengaruh PAS dalam Pakatan yang lebih bahaya dari BN yang hanya berada di luar Pakatan.

 

“DAP sudah letak PAN sebagai cawangan Melayu mereka,” ulas RK.

 

Semalam, Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua menegaskan partinya tidak gentar jika berlaku pertandingan tiga penjuru dalam pilihan raya mengejut itu, malah yakin partinya kekal menang, meskipun tanpa sokongan PAS.

 

Pua juga turut meramalkan jika pilihan raya dilakukan selepas persempadanan semula diluluskan, Pakatan Harapan berisko kehilangan tujuh kerusi DUN iaitu Sabak (Sallehen Bin Mukhyi-PAN), Hulu Kelang (Saari Bin Sungib-PAS/PAN), Sementa (Daroyah Binti Alwi-PKR), Selat Kelang (Dr Halimah Ali-PAS), Pelabuhan Kelang (Tan Sri Khalid Ibrahim-PKR/Bebas), Sijangkang (Ahmad Yunus Hairi-PAS) and Morib (Hasnul Bin Baharuddin-PAS/PAN).

 

 

Ketujuh-tujuh kerusi DUN yang dinamakan DAP itu majoritinya adalah milik PAS.

 

 

Pada Oktober tahun lalu Pua berkata DAP berminat untuk bertanding di lapan kerusi milik PAS dalam pilihan raya umum akan datang.

 

 

Lapan kerusi yang diminati DAP adalah Taman Templer (Mohd Zaidy Abdul Talib), Lembah Jaya (Khasim Bin Abdul Aziz), Paya Jeras (Mohd Khairuddin Bin Othman), Sri Serdang (Noor Hanim Binti Ismail), Meru (Abd Rani Bin Osman), Cempaka (Iskandar Abdul Samad), Dusun Tua (Razaly Bin Hassan) dan Tanjung Sepat (Mohd Haslin Bin Hassan).

 

 

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13), DAP memenangi 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang kesemuanya kawasan majoriti pengundi Cina.

 

 

15 DUN itu adalah; Sekinchan (Ng Suee Lim), Kuala Kubu Baharu (Lee Kee Hiong), Teratai (Tiew Way Keng), Balakong (Ng Tien Chee), Seri Kembangan (Ean Yong Hian Wah), Kinrara (Ng Sze Han), Subang Jaya (Yeoh Tseow Suan), Bukit Gasing (Rajiv a/l Rishyakaran), Kampung Tunku (Lau Weng San), Damansara Utama (Yeo Bee Yin), Sungai Pinang (Teng Chang Khim), Pandamaran (Tan Pok Shyong), Kota Alam Shah (Ganabatirau a/l Veraman), Teluk Datuk (Loh Chee Heng) dan Sungai Pelek (Lai Nyuk Lan). -AIDC

Peguam Negara Dapat Kebenaran Untuk Prosiding Tokoh Banglo Terlajak Murah Menghina Mahkamah

in Berita Utama by

Guan Eng mungkin berasakan beliau cukup kebal,berasa bebas mengkritik sistem kehakiman negara,apabila beliau menang kes pujian melangit dan katanya cukup adil. Apabila beliau sendiri bakal berhadapan perbicaraan kerana penyelewengan dan rasuah.. awal awal lagi beliau sudah menyerang sistem kehakiman negara.

Gelabah Guan Eng cukup luar biasa.. gelabah super biawak,lidah bercabang beliau bakal makan tuan.

 

 

Mahkamah Tinggi di sini hari ini memberikan kebenaran kepada Peguam Negara untuk meneruskan prosiding komital terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk memenjarakannya atas kesalahan menghina mahkamah.

Hakim Datuk Hanipah Farikullah membenarkan permohonan yang dikemukakan secara ex-parte (sebelah pihak) itu setelah Peguam Kanan Persekutuan, Datuk Amarjeet Singh menghadiri pengurusan kes itu di kamar hakim di sini.

Saman pemula itu atas kapasiti Peguam Negara difailkan pada 18 Ogos lalu berhubung kenyataan di media cetak dan media sosial yang menyentuh tentang pendakwaan terhadapnya atas pertuduhan rasuah.

Kenyataan tersebut didakwa dibuat oleh Guan Eng yang mengetahui ia akan menggugat pentadbiran keadilan, mengikis keyakinan awam terhadap sistem kehakiman serta menghina maruah dan integriti sistem mahkamah di negara ini. Utusan Online

 

Pisau kata “Ada lagi 4 kes rasuah bakal didedahkan.. kita tunggu sajalah.. Guan Eng dah patut bersara dari politik.. “

Melayu Tak Peduli Jadi Pengundi,Kenapa Pula Kita Lebih Sudu Dari Kuah?

in Berita Utama by

Menang sorak kampung tergadai, banyak blog dan di media sosial menyiarkan gambar golongan muda berbangsa cina mendaftar sebagai pengundi.Berasa bimbang dan terancam mungkin kerana berasakan golongan muda berbangsa melayu dan bumiputra amat kurang mendaftar sebagai pengundi.

 

 

Pisau melihat isu ini bukan saja membabitkan parti Umno disebelah pihak BN,malah PAS juga dengan para penyokong dan ahli viralkan gambar dan isu yang sama di kumpulan whatsapp dan telegram.Kebimbangan ini bagi mereka yang celik politik memang ada asasnya. Tetapi kita perlu tepuk dada dan tanya diri sendiri.

 

Sebenarnya apa masaalahnya jika golongan muda melayu tidak mahu terlibat menjadi pengundi,Pendapat Pisau,jika tidak menjadi pengundi sekali pun,para pemimpin politik melayu pro pembangkang tetap perlekehkan perlembagaan yang membela bumiputra dan melayu. Justeru tidak ada isu sama ada melayu tidak mahu terlibat sebagai penentu hala tuju politik negara.

image1-794095

Biarlah bangsa lain yang menjadi pemimpin politik,sekurang kurangnya melayu boleh duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan bangsa lain. Melayu diluar sana sebenarnya mahu berkongsi secara sama rata malah ada yang mahu memberi segalanya apa yang mereka ada memandangkan mereka sudah berasa cukup dengan apa yang ada.

 

Kita ambil contoh melayu di Singapura,melayu disana hebat hebat belaka..mereka tidak diperlukan menjadi pentadbir negara,mereka juga tidak diperlukan menjadi askar atau pun pemimpin politik.Bukankah ini satu keistimewaan yang tidak terdapat di Malaysia, Melayu Singapura boleh bersenang lenang tanpa perlu memikirkan masaalah negara mereka,Melayu hanya perlu kerja cukup makan.. ada tempat tinggal sudah memadai.

 

Justeru tak perlulah memberi peringatan kepada anak muda melayu di luar sana,biarkan mereka dengan hala tuju masa depan mereka memandangkan mereka cukup selesa buat masa sekarang. Jika satu hari nanti melayu di Malaysia hilang segalanya merekalah yang perlu belajar daripada melayu Singapura yang serba canggih dan moden ini.

Pada golongan pemuda cina pula mereka tidak perlu turun ke jalan raya,berdemo atau membuang masa 24jam dengan politik.Mereka tak perlu maki hamun atau membuat fitnah. Apa yang mereka perlu buat hanya pangkah dikertas undi memilih calon pilihan mereka.

Menurut perangkaan terkini pemuda cina berumur 21 keatas telah menjadi pengundi dengan nisbah 20:40 berbanding bangsa melayu.Minggu ini adalah minggu terakhir untuk mendaftar sebagai pengundi rasanya orang melayu tak perlu bersusah payah kelam kabut untuk menjadi pengundi memandangkan orang cina dah bantu untuk mengundi bagi pihak anda.

 

Pisau kata ” Liew Lian.. Ladio..Labbit..Lolls Loyce..”

 

Temasek Holding Rugi RM72.9 Billion, Mana WSJ? Kitab Rujukan Parti Melayu Bunga.

in Berita Utama by

Masyarakat antarabangsa gempar apabila syarikat pelaburan milik pemerintah Singapura, Temasek Holdings dilaporkan rugi sebanyak S$24 bilion (kira-kira RM72.9 bilion).

Kerugian memalukan itu dilaporkan akhbar tempatan, Straits Times (ST) pada Isnin sekali gus mencetuskan tanda tanya mengenai kelemahan urus tadbir selain campur tangan politik berlebihan terhadap Temasek selama ini.

Ironi, akhbar berpengaruh Amerika Syarikat (AS), Wall Street Journal (WSJ) yang ‘kecoh’ hentam sayap pelaburan strategik kerajaan Malaysia, 1MDB sepanjang tahun lalu, sebaliknya ‘senyap’ macam tiada apa-apa berlaku pula!

Walhal sejak ditubuhkan pada 1974 dan mengawal 10 buah syarikat milik kerajaan (GLC) republik tersebut, jumlah kerugian dicatatkan Temasek itu jauh lebih teruk daripada 1MDB; yang kini mula menunjukkan pemulihan ketara.

ST dalam laporannya itu mendedahkan kerugian dicatatkan menerusi laporan tahun kewangan berakhir atau FY2016 bertarikh 31 Mac lalu daripada hanya S$242 bilion (RM735 bilion) kepada S$266 bilion (RM808 bilion)

Ia turut menyebabkan sayap pelaburan negara, Dana Caruman Berpusat (CPF); seumpama KWSP di Malaysia – melaporkan kerugian 9.02 peratus dan itupun hanya diumumkan lewat tiga bulan kemudian iaitu pada 7 Julai lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Temasek, Ho Ching, yang juga isteri Perdana Menteri, Lee Hsien Loong; enggan memberi komen susulan prestasi terburuk di sebalik laporan tahunan Temasek pula ‘menyalahkan’ pasaran tidak menentu!

Meskipun beliau cuba mengelak bertanggungjawab atas kerugian itu, pengarah urusan kanan Temasek, Michael Buchaman memikul tanggungjawab itu dan meminta rakyat Singapura bersedia dengan nilai perolehan rendah.

“Pasaran ekuiti di seluruh dunia masih lagi goyah dalam jangka waktu pendek dan sederhana. Banyak berlaku ketidaktentuan akibat kesan krisis kewangan global sekali gus mengurangkan pulangan pelaburan,” dalihnya.

Ramai warga Singapura sudah menjangka ada sesuatu tidak kena dengan Temasek apabila CPF buat julung kali dalam sejarah menunda pengumuman rasmi laporan tahunan yang lazimnya dilakukan tepat 1 Julai setiap tahun.

Rakyat republik pulau kecil itu dilarang keras mengeluarkan caruman dalam CPF sehingga amaun tabungan persaraan mereka mencapai kadar minimum atau jika meninggal dunia lebih awal daripada usia persaraan wajib.

Ini menyebabkan majoriti penduduk Singapura terpaksa bekerja selepas bersara waima berusia lanjut akibat gagal mengeluarkan caruman CPF ekoran simpanan kurang cukup disebabkan kadar faedah rendah dijana agensi itu.

Kadar rendah CPF sebanyak 2.5 peratus kepada pemegang akaun mereka berpunca daripada tindakan Temasek meminjamkan dana agensi itu pada kadar faedah yang sama rendah konon untuk melabur dalam sektor mewah.

Lebih teruk lagi, Temasek terpaksa tampung jurang perolehan untuk menunjukkan ada keuntungan rizab negara. Lucunya, tiada sesiapa pun tahu berapakah jumlah rizab Singapura selama ini waima presiden Singapura sendiri!

Ini berbeza jirannya yang begitu telus apabila gabenor Bank Negara Malaysia setiap suku tahun mengumumkan rizab negara yang kini mencatatkan angka RM400 bilion setakat 1 Julai lalu; antara kadar paling tinggi di dunia.

Untuk rekod, hutang Malaysia pada tarikh berkenaan masih 54 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) iaitu lebih baik berbanding Singapura sendiri yang mencecah 90 peratus daripada KDNK republik tersebut.

Ramai mengkritik Ho Ching dan suaminya kerana mengamalkan nepotisme dalam urus tadbir, tetapi lazimnya sesiapa berbuat demikian secara terbuka boleh disaman konon cuba buat fitnah jahat.

Bukan ganjil PM tak hadir UNGA ke-71, kata Zahid

in Berita Utama by

Blog dan media so sial pembangkang dah mula spin cerita kononnya ramai pihak di UNGA persoalkan mengapa PM tidak hadir..

Kerek dan dah jadi terlalu murah,picisan dan kering idea.22 tahun Tun M jadi PM,berapa ramai yang menjadi wakil PM .. nak spin dan nak hentam Najib biar la nampak logik sikit.. bagi la nampak cerdik..kurang kurang yang berotak selut boleh jadikan bahan untuk fitnah diluar sana..

 

TPM dah beri respon..

Bukan sesuatu yang luar biasa apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menghadiri Persidangan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNGA), kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata mewakilkan tugas mengetuai delegasi Malaysia kepada timbalan perdana menteri bukan merupakan sesuatu yang luar biasa kerana banyak negara lain yang menghantar wakil bagi mewakili ketua negara dan kerajaan masing-masing.

“Bukan merupakan sesuatu yang ganjil untuk sama ada menteri luar atau timbalan perdana menteri hadir sebagai wakil pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB),” katanya kepada media Malaysia yang membuat liputan kehadiran beliau di UNGA di sini pada Ahad.

Beliau berkata daripada 193 negara anggota PBB, setakat ini 54 negara termasuk Indonesia yang menyatakan bahawa ketua negara dan kerajaan mereka tidak akan menghadiri perhimpunan tahunan PBB itu.

“Dan ketika zaman perdana menteri yang memerintah paling lama dulu pun terdapat juga orang lain yang mewakili beliau,” kata Ahmad Zahid.

“Saya harap perkara ini tidak perlu digembar-gemburkan kerana saya yakin apa yang dilakukan oleh perdana menteri ialah sesuatu yang wajar dan tidak berlaku keluarbiasaan,” kata Ahmad Zahid.

Sependapat dengan beliau, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata beliau pernah diberi tanggungjawab untuk mengetuai delegasi Malaysia ke UNGA pada 2009.

“Kalau kita lihat daripada senarai kedatangan sejak beberapa tahun lalu, bukan semua negara menghantar ketua negara atau ketua kerajaan masing-masing,” katanya.

Ahmad Zahid tiba di New York pada Sabtu untuk mengetuai perwakilan Malaysia ke sesi ke-71 UNGA.

– Bernama

Jeff Ooi Di Minta Serah Diri,Peluang Bermandi Ludah Di Penjara Terbuka Luas.

in Berita Utama by

Ahli Parlimen Bukit Jelutong, Jeff Ooi diminta menyerah diri kepada polis untuk diambil keterangan berhubung kenyataannya yang disifatkan menyinggung perasaan orang Islam susulan komennya berhubung kematian Allahyarham Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din.

 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, setakat ini tiga lelaki berumur 50 dan 60-an telah ditahan di Shah Alam dan Bandar Utama, Selangor dan seorang lagi di Ipoh, Perak kerana menghina agama Islam di Facebook dan Twitter.

 

“Kesemua mereka ditahan ekoran daripada posting Facebook dan Twitter Ahli Parlimen DAP Bukit Jelutong, Jeff yang menyinggung perasaan orang Islam.

 

“Berikutan itu, beberapa orang pula telah buat tweet-tweet yang sama (menyinggung perasaan orang Islam) di media sosial. Kami sedang menyiasat perkara ini, kami akan panggil dia tetapi kalau mahu senang, saya minta beliau serah diri kepada polis.

 

“Kalau tidak, kami akan cari dia,” katanya kepada pemberita pada perhimpunan bulanan peringkat Bukit Aman di sini hari ini.

 

Khalid turut menasihatkan ahli politik yang ‘bermulut gatal’ supaya berhati-hati dalam membuat apa jua percakapan dan posting di laman sosial yang mungkin boleh menyinggung perasaan bangsa dan agama lain.

 

“Jangan ikut sedap mulut sahaja, fikir dulu 10 kali sebelum buat apa jua posting yang boleh singgung perasaan bangsa dan agama lain. Bila pemimpin masyarakat seperti Ahli Parlimen membuat komen sedemikian. maka pengikut-pengikutnya akan buat benda yang sama tanpa memikirkan perasaan orang lain,” katanya.

 

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menyalahgunakan media sosial.

 

“Kami akan siasat daripada semua aspek termasuk alat peranti yang digunakan mereka yang mengeluarkan kenyataan sedemikian di media sosial. Beberapa lagi individu akan ditahan bagi membantu siasatan berhubung perkara ini,” katanya.

 

Setakat ini, sembilan laporan polis diterima berhubung kenyataan Jeff itu yang dikeluarkan pada hari sama Haron, 76, meninggal dunia pada 10.10 pagi (waktu Malaysia) di Hospital Stanford University, San Francisco, Amerika Syarikat akibat komplikasi jantung.

Din Pudu Dedah Sebab PAN Di Tubuhkan Kerana Tidak Mahu Melutut dan Walaq kepada Pimpinan PAS.

in Berita Utama by

Siapa sebenarnya yang melutut kepada siapa? Pisau lihat isu tidak walaq kepada pimpinan PAS menjadi punca gerembolan Erdogan puak pecinta DAP keluar beramai ramai menubuhkan PAN.

 

Salahudin Ayub atau lebih mesra dikenali sebagai Din Pudu menegaskan mereka tidak akan sesekali melutut dan walaq kepada kepimpinan tertinggi PAS. Pisau melihat kenyataan Din Pudu lebih menjerumuskan kepada kecintaan golongan pecintan DAP didalam PAS sendiri.

 

Dahulunya wujud tahaluf siyasi diantara PAS dan DAP,ketika itu PAS ditunggang,dipakai,diperah sehabisnya oleh DAP,ketika itu puak Erdogan berasa cukup sedap dan enak ditunggang DAP,ada yang menjadi kaya raya.. ada yang mendapat imbuhan bulanan…Benda sedap ini menjadikan DAP bagaikan satu mazhab buat puak erdogan.

 

Satu ketika PAS dilihat hilang identiti kerana lebih condong kepada kehendak DAP, entah mengapa.. barangkali Allah memberi hidayah tiba tiba pemimpin PAS yang dahulunya mengaku hudud hanya 0.01 peratus didalam Islam bangkit menentang DAP.Kata mereka DAP menentang Islam dan hukum hudud..

 

PAS U-turn ,hingga ramai yang tergolek hilang jawatan didalam PBT atau GLC milik kerajaan negeri DAP Pulau Pinang. Yang bertuhankan DAP marah kerana tidak bersetuju dengan tindakan pimpinan PAS.

 

Hubungan maksiat diantara PAS dan DAP sejak sekian lama telah menghasilkan benih dengan tertubuhnya PAN.

 

PAN sekarang menjadi satu blok kecil serpihan PAS,golongan ini tegar condong kepada DAP malah mereka secara terbuka menentang PAS. Kata mereka PAS khianat terhadap pakatan rakyat ..walhal PAS sudah tidak sanggup ditunggang secara keterlaluan oleh DAP .

Kami tak mahu melutut pada PAS sebab itu tubuh Amanah – Salahuddin Ayub

SHAH ALAM: “Saya dan kawan-kawan tidak akan tubuhkan Amanah kalau mahu melutut pada PAS,” itu reaksi Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub selepas diminta mengulas kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Semalam, Hadi berkata Amanah akan melutut kepada PAS dan mengiktiraf kekuatan parti itu suatu hari nanti.

Ketika itu juga parti-parti yang menjadi sekutu Amanah terpaksa bergantung pada PAS untuk meraih sokongan rakyat, dakwa Hadi lagi.

“Kalau isu melutut saya dan kawan-kawan tak akan tubuhkan Amanah. Kalau nak melutut duduk dalam PAS sajalah. Jangan cakap apa-apa. Jangan buat apa-apa. Duduk diam sahaja.

“Bagi saya ucapan itu lahir daripada ucapan cemburu melihat kejayaan Amanah dalam tempoh yang singkat telah berjaya membuktikan bahawa dia bukan parti seperti Hamim dan Berjasa. Jadi harapan untuk lihat Amanah ini perti kecil yang umurnya tak panjang dan akan mati macam (parti) HAMIM dan BERJASA itu tidak kesampaian.

“Sebaliknya Amanah hari ini dapat sambutan yang baik daripada masyarakat,” kata Salahuddin ketika dihubungi Antarapos, hari ini.

HAMIM adalah Parti Hizbul Muslimin Malaysia sementara BERJASA pula adalah Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia yang diwujudkan pada tahun 70-an dan 80-an.

HAMIM dan BERJASA merupakan parti yang ditubuhkan oleh dua orang bekas Menteri Besar Kelantan iaitu Tan Sri Asri Muda dan Datuk Muhamed Nasir yang berpusat di Pantai Timur Malaysia.

Tambah Salahuddin yang juga bekas naib presiden PAS, parti itu kini tidak senang duduk berikutan sambutan di kalangan penyokong yang diterima Amanah amat memberangsangkan.

“Setakat ini kita telah berjaya dapatkan ahli hampir 80 ribu orang dalam tempoh setahun. Kita telah tubuhkan 156 kawasan Parlimen. Hari ini juga kita dapatkan 300 cawangan-cawangan baru di seluruh negara.

“Kita sasar dalam tempoh pertengahan tahun hadapan kita akan capai target kita lebih kurang 1000 cawangan. Jadi ini sebenarnya yang merisaukan Haji Hadi terutama pergolakan mutakhir PAS Kelantan dan juga sambutan luar biasa terhadap porgram Datuk Husam Musa (bekas pemimpin PAS) di Kelantan,” ujarnya lagi.

Pemimpin PAS sebelum ini menolak laporan Amanah diterima baik di Kelantan. Malah Hadi sendiri mendakwa pengumuman Amanah bahawa parti itu menerima 1500 borang keahlian daripada ahli PAS dalam Majlis Perisytiharan Keluar PAS dan Masuk Amanah di Salor, Kelantan, sebagai ‘cakap kosong’.

Kenyataan Hadi itu turut diulas Salahuddin. Ujarnya Amanah tidak akan mereka cipta cerita sebegitu dan amat menjaga integriti  parti itu.
“Yang hadir dalam program itu adalah Setiausaha Agung Amanah sendiri, Tuan Haji Anuar Tahir yang saksikan borang itu diisi dan diserahkan kepada beliau. Sekarang (borang itu) sedang diproses oleh ibu pejabat. Saya rasa jumlah itu adalah jumlah yang betul yang bukan rekaan.

“Saya sendiri amat menjaga tentang integriti parti Amanah ini. Mana boleh kita cakap saja seribu lebih atau kita boleh buat borang palsu dan seumpamanya.

“1500 itu benar-benar wujud. Malam itu beberapa profesor terkemuka di Kelantan dan golongan cendekiawan yang lain, bekas pegawai tinggi kerajaan, bekas ADUN, bekas wakil rakyat antara 1500 yang sertai Amanah. Jadi itu bukan cakap kosong,” tegas Salahuddin.

Hina Haron Din;Tawaran Seribu Untuk Ludah Ke Muka Jeff Ooi Tak Di Perlukan,Kerana Ramai Yang Sanggup Meludah Secara Percuma Ke Muka Beliau.

in Berita Utama by

Ketika rakyat dinegara ini berasa sedih akan kehilangan seorang tokoh ulamak,DAP bersama koncu koncu mereka bagaikan keseronokan malah melemperkan pelbagai cerca dan nista.

Di kepalai oleh Jeff Oi ahli parlimen Jelutong,serangan yang biadap bukan saja melukakan hati ahli keluarga Allayarham Datuk Dr Haron Din,malah seluruh umat Islam bagaikan tersinggung dan berasa amat marah dengan serangan DAP terhadap Mursidul Am PAS ini.

jeff_ooi_digesa-transformed

Let there be peace ia bermakna Arwah Haron Din seolah penyebab ketidak amanan ,kematian beliau disambut seolah Arwah Haron Din pencetus kepada kekacauan dinegara ini.Kita semua sedia maklum politik perkauman dan kebencian sejak dari dulu lagi dianuti oleh DAP.

 

Mereka meraih sokongan dengan menyemai rasa benci,ketakutan dan juga fitnah,DAP juga adalah kelompok evengelis kristian yang secara terbuka menyerang institusi agama Islam.

 

Jeff Ooi yang kita semua tahu langsung tidak ditegur oleh para pemimpin haprak DAP,malah para pemimpin DAP mendiamkan diri seolah tanda bersetuju dengan tindakan Jeff Ooi.

 

Pernahkah kita dengar dari ulamak yang baik budi pekerti seperti Arwah Haron Din menyemai kebencian atau mencetus ketidak amanan di negara ini? DAP terbukti terlalu busuk dan jahat.. PAS seharusnya bertindak dan tidak mendiamkan diri dalam soal ini.

 

Syukurlah ada pihak yang menawarkan Seribu ringgit hanya untuk ludah kemuka Jeff Ooi,nasib baik tidak ada pihak yang menawarkan lebih daripada itu.

 

Pisau berharap Jeff Ooi sediakan tisu atau kain tuala secepat mungkin,kerana yang pasti beliau akan bermandikan air ludah orang ramai yang sanggup ludah ke muka beliau secara percuma.

 

Pisau kata ” Ramai yang sanggup ludah free tak perlu bayar..”

Amerika Harus Di Ingatkan Anwar Bukan Tahanan Politik!

in Berita Utama by


Anwar telah melantik peguam dari Amerika untuk mewakili beliau, kita semua sedia maklum Kes Anwar melibatkan salah laku seksual yang diakui oleh peguambela .

Anwar said in his prepared statement that after Saiful went to Anwar’s condo in an exclusive area of Kuala Lumpur, he admitted that “he had brought along lubricant and had himself voluntarily and without hesitation applied it” to get ready to go ahead with the sexual act.

That sentence would tend to invalidate any assumption that the then-60-year-old Anwar suddenly forced himself on the 24-year-old aide. If, as Anwar says, Saiful brought the lubricant with him, it would certainly indicate that Saiful knew what he was getting into when he went to Anwar’s condo that night.
This in turn is hardly helpful for Anwar, who is on trial for his political life in the High Court in Kuala Lumpur over the allegations, because Saiful’s statement has the ring of truth to it. If you are going to make up a story about being forced into a sex act, you would hardly acknowledge that you voluntarily lubricated your own anus.
Saiful’s defense is that he was afraid of what Anwar might do to him if he didn’t submit. Anwar supposedly had the power to hire people do damage to him if he refused.

Ramai yang sudah lupa mengenai kes Anwar, kes ini melibatkan salah laku seksual, namun apa yang cuba dibuat oleh PKR dengan menjenamakan kes ini sebagai Anwar adalah tahanan politik.
Dengan melantik peguam human right Kimberly Motley, mungkin pada pandangan beliau sebagai pejuang hak asasi manusia perbuatan salah laku seksual adalah hak individu.

Pisau kata” salah laku seksual .. liwat ni kerja politik ka?”

Pribumi Dah Halalkan Liwat Anwar,Adakah Selepas ini Tun M dan Muhyiddin Istihar Sokong LGBT Pulak?

in Berita Nasional by

Adakah kalangan puak reformasi boleh menerima Pribumi? Malah pertemuan Tun M bersama Amwar juga dicemuh oleh ahli dan penyokong PKR kerana berasakan ditipu bulst bulat.
Kali ini Muhyiddin menambahkan luka malah kenyataan terbaru beliau dengan cadangan membebaskan Anwar yang terlibat jenayah seksual hanya di pandang suam suam kuku oleh penyokong Anwar sendiri.
Adakah Muhyiddin sudah menghalalkan perbuatan liwat Anwar? Adakah kerana terlalu kebuluran sokongan Pribumi semurah penceroboh pintu belakang?

Presiden penaja Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin didakwa menggunakan isu pembebasan Anwar Ibrahim untuk menarik sokongan rakyat terhadap partinya.

Tindakan Muhyiddin yang menyokong pembebasan Anwar, dianggap menyimpang daripada agenda perjuangan penubuhan parti baharu itu, kata penganalisis politik, Datuk Prof Zainal Abidin Borhan.

Menyifatkan kenyataan sokongan itu sebagai ‘cakap-cakap politik sahaja’, beliau berkata soal pembebasan Anwar tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya sebaliknya perlu mengikut lunas undang-undang.

“Ia akan memberi kesan kepada kepembangkangan kerana Bersih dan banyak pihak ingin membebaskan Anwar. Apa yang dilakukan Tan Sri Muhyiddin sakadar ‘nasi tambah’ untuk memanaskan suasana politik dan parti baharu sekaligus menjadikan parti itu relevan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Menjelas lanjut, Zainal Abidin berkata dalam tempoh dua tahun menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), tindakan itu sekaligus menunjukkan ‘drama’ pemimpin politik yang dahulunya berseteru tetapi kini boleh bersahabat semata-mata untuk menarik simpati dan sokongan rakyat.

“Kita tahu sejarah antara Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Anwar, dahulu lain sekarang cakap lain. Pokok pangkalnya apa sahaja yang berlaku, rakyat boleh menilai dan melihat pemimpin mana bercakap benar serta memahami cakap-cakap begini hanya untuk faedah politik,” katanya.

Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood turut senada dan menyifatkan tindakan Muhyiddin itu sebagai strategi parti baharu itu untuk menarik minat orang ramai.

Nik Ahmad Kamal berkata pembebasan Anwar merupakan isu lama yang diperjuangkan parti pakatan pembangkang untuk kepentingan politik semata-mata.

Pandangan sama turut dikongsi Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Prof Dr Azmi Hassan yang menyifatkan Muhyiddin telah menyimpang daripada objektif sebenar penubuhan PPBM.

“Jika PKR diasaskan atas matlamat bebaskan DSAI, itu tidak menghairankan kerana antara pengasasnya adalah isteri Anwar. Tetapi PPBM ditubuhkan dikatakan untuk pertahan hak peribumi, maka Tan Sri Muhyiddin telah menjadikan PPBM sebagai agenda peribadi dan sanggup menyimpang daripada perjuangan asal demi menjatuhkan seteru terkini beliau iaitu UMNO.

“Mungkin juga penyokong asal PPBM akan merasa tertipu dengan kepimpinan PPBM kerana sanggup menjadikan PPBM kuda tunggangan PKR,” katanya.

Sebelum ini, bekas Setiausaha Parti Sosialis Malaysia (PSM), S. Arutchelvan menyifatkan Muhyiddin dan mentornya, Tun Dr Mahathir tidak mempunyai pengaruh di peringkat akar umbi, sebab itu mereka memerlukan Anwar.

“Realitinya, bila Dr Mahathir dah tak ada kuasa dalam Umno, di Kubang Pasu sendiri pun beliau tak boleh menang.

“Bila Tun Mahathir tak boleh nak pengaruh orang UMNO untuk sokongnya, beliau lari ke Anwar.

“Kalau betul seorang UMNO itu sudah keluar dan akan ikut Dr Mahathir, tak perlu Dr Mahathir pergi ke Pakatan Harapan dan pergi kepada Anwar,”katanya kepada The Malaysian Times.

The New Straits Times hari ini melaporkan Muhyiddin berkata pihaknya mendesak pembebasan Anwar kerana ia merupakan permintaan orang ramai.

Bagaimanapun, permintaan itu hanya boleh ditangani sekiranya PPBM sebahagian daripada kerajaan yang menggantikan BN dan ketika itu Anwar bakal dibebaskan.

“Jika kita boleh bersetuju untuk membebaskan Anwar sebagai satu matlamat yang penting, maka kita boleh sepakati perkara ini apabila kita membentuk kerajaan baharu,” katanya.

Tambahnya, parti-parti pembangkang perlu bersatu dan menyokong parti politik baharu yang diketuai oleh beliau dan dipengerusikan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Untuk menyelesaikan masalah, kita perlu mengubah kerajaan, dan semua pemimpin BN perlu dikeluarkan,” katanya, sambil menambah bahawa beliau tidak akan mempertimbangkan untuk menyertai UMNO semula kerana dakwanya parti itu telah “dilanda rasuah dan salah urus” selama bertahun-tahun.

Kadir Jasin Di Sekolahkan Timbalan Menteri. 

in Berita Utama by

*Ekonomi: Komen Datuk Johari Ghani kepada Kadir Jasin.*

1. Saya mengucapkan terima kasih kepada Datuk Kadir Jasin, seorang Tokoh Wartawan Negara yang telah mendedikasikan ruang kolum mingguan beliau dalam akhbar Sinar Harian untuk mengingatkan saya agar terus telus dan berterus terang terutamanya mengenai hal hal ekonomi negara sekarang ini. Saya menerima kritikan Datuk Kadir itu dengan hati yang terbuka. Saya tahu beliau adalah seorang wartawan terkenal yang mempunyai semangat nasionalisme yg tinggi. Saya juga sentiasa mengikuti tulisan beliau sewaktu beliau menjadi group editor di NST. 

2. Saya difahamkam komen beliau ini bermula apabila beliau membaca fakta – fakta ekonomi yang saya nyatakan mengenai kedudukan kewangan negara setakat 31 Julai 2016 yang telah menjadi viral dilaman media sosial. Fakta fakta yg diviral itu menyentuh mengenai perkara yg melibatkan i) Rizab Bank Negara Malaysia, ii) Pertumbuhan Ekonomi Negara semasa, iii) kedudukan hutang Negara, iv) Penarafan ekonomi Negara (Ratings), v) kedudukan Pasaran Modal negara, dan vi) Diversifikasi ekonomi negara.

3.Saya ingin memaklumkan kepada beliau bahawa jawapan saya yang diviralkan tersebut di atas sebenarnya adalah merupakan petikan dari jawapan saya kepada seorang kenalan saya dan juga pelabur dari negara jiran Singapura yang telah menghantar kepada saya artikel melalui whatsapp mengenai keadaan ekonomi Malaysia yang beliau terima yang menyatakan ekonomi negara Malaysia akan muflis dalam jangka masa 6 bulan, nilai ringgit kita akan jatuh ke tahap RM5 berbanding satu dollar Amerika, rizab bank negara tidak sampai RM100 billion, kedudukan ekonomi negara mengalami pertumbuhan yang negatif, hutang negara yang tinggi mendadak, sistem perbankan yang sangat rapuh dan ekonomi negara yang hanya bergantung pada hasil minyak dan dengan kejatuhan harga minyak negara akan muflis. Pendek kata negara malaysia sedang berada di ambang kebankrapan.    

4.Sebagai seorang Ahli Parlimen dan Menteri yang sangat junior di dalam kabinet kerajaan (kurang dari 65 hari), saya amat terpanggil untuk menjawab kemusykilan dan meredakan kebimbangan pelabur Singapura tersebut. 

Sekiranya saya tidak menjawab, maka pelabur dari Singapura itu nanti akan berfikir bahawa artikel yang memburukkan Malaysia yang di”share”kan oleh beliau kepada saya itu kesemua faktanya adalah benar. Kemungkinan pelabur tersebut akan hilang keyakinan, negara akan terlepas peluang pelaburan asing dan peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan dari pelaburan tersebut juga akan tergugat.

5. Jawapan saya kepada pelabur Singapura tersebut (yang telah menjadi viral dan seterusnya dipetik oleh Bernama) sememangnya sengaja saya buat perbandingan dengan negara Singapura kerana untuk memudahklan pemahaman beliau sebagai rakyat Singapura.

6. Kesemua fakta yang saya tulis itu adalah fakta yang diterbitkan oleh laporan rasmi ekonomi negara dan juga Bank Negara Malaysia. Fakta-fakta ini juga yang digunapakai oleh pelabur-pelabur luar negara serta agensi penarafan antarabangsa. Inilah juga fakta-fakta yang diguna pakai oleh masyarakat dunia untuk menilai pencapaian pertumbuhan ekonomi negara Malaysia. 

Jadi adakah salah saya mengguna fakta-fakta ini untuk menjawap persoalan pelabur tersebut? Terus terang bagaimana lagi yang perlu saya jawab kepada pelabur tersebut?

7. Kadir juga menyatakan bahawa kenyataan saya bahawa pertumbuhan ekonomi Malaysia sebanyak 4.1% bagi separuh tahun pertama 2016 adalah antara yang terbaik di Asean adalah – “tidak tepat dan boleh dipertikaikan”.

Untuk pengetahuan beliau perbandingan yang saya buat diantara Malaysia dengan Singapura dan tidak dengan Filipina, Vietnam atau Indonesia seperti yg disarankan beliau adalah kerana KDNK per kapita negara kita adalah jauh lebih tinggi berbanding dengan KDNK ketiga-tiga negara tersebut. 

Malaysia mempunyai KDNK sebanyak US$9,700 per kapita berbanding dengan jumlah KDNK Filipina sebanyak US$2,900 per kapita, Indonesia pula mempunyai KDNK US$3,300 per kapita dan Vietnam pula mempunyai KDNK US$2,100 per kapita. 

Sebab itu saya tidak mahu membandingkan negara kita dengan ketiga-tiga negara tersebut. Ianya juga bersesuaian dgn hujah Datuk Kadir bahawa – “lagi maju sesebuah ekonomi, lagi sukar menjana kadar pertumbuhan yang tinggi” – maka dalam konteks ini tidak salah kalau saya menggunakan Singapura sebagai perbandingan. 
8. Untuk rujukan Kadir, pada tahun 1998 KDNK negara kita hanya berada pada tahap RM288 billion. Pada 2008 ianya telah meningkat kepada RM924 billion dan pada 2015 KDNK kita telah meningkat kepada RM1.15 trillion. Ini menunjukkan bahawa perancangan ketumbuhan ekonomi negara ini selari dengan hasrat yang diimpikan oleh kepimpinan kita terdahulu untuk menjadikan negara malaysia sebuah negara maju menjelang 2020. 
9. Saya juga ingin berkongsi mengenai beberapa fakta krisis ekonomi yang berlaku sejak 20 tahun yg lalu. Pada 1998 sewaktu berlaku Asian Financial Crisis , KDNK kita telah menguncup sebanyak negatif 7%, manakala pada tahun 2008 sewaktu Global Financial Crisis KDNK kita telah menguncup sebanyak negatif 1.5%. Pada 2015/2016 walaupun kita berdepan dengan krisis kejatuhan harga komoditi minyak yang begitu mendadak dan menyebabkan kerajaan kehilangan lebih dari RM30 billion pendapatan tetapi negara masih merekodkan pertumbuhan ekonomi yang positif iaitu 6% – 2014, 5% – 2015 dan 4.1% – 2016 (6 bulan).
10. Kadir juga berkata bahawa negara maju memang lebih banyak hutang sebab pemberi pinjaman – “percaya kepada mereka dan mereka mampu bayar balik”. Ini juga suatu kenyataan tidak tepat kerana ada juga negara maju yang kadar keberhutangannya tinggi yang akhirnya tidak dapat mengekalkan pembiayaan hutang negara mereka dan penyebabkan perkembangan negara mereka terbantut dan menjadi negatif. 
Sebagai contoh, negara-negera Eropah seperti Italy, Spain, Portugal dan Ireland merupakan negara maju yang mempunyai penarafan ekonomi yang tinggi (kategori A ke atas) tetapi mengalami pertumbuhan ekonomi yang terbantut sejak 2009 disebabkan kadar keberhutangan yang tinggi (90% hingga 130% daripada KDNK). Permasalahan ini juga antara sebab mengapa negara-negara tersebut tidak benar-benar pulih daripada European Debt Crisis sejak 2009. 
Maka itulah sebabnya Malaysia sentiasa mengambil langkah untuk cuba mengekalkan kadar hutang negara pada kadar tidak lebih 55% kerana kita tidak mahu berada dalam keadaan tidak boleh membayar hutang. Dengan komitmen kerajaan membina pasarana pengangkutan awam yang efisyen untuk generasi akan datang seperti LRT, MRT, Keretapi Laju KL – Singapura dan East Coast Rail Link sudah tentu bebanan hutang ini akan lebih kritikal untuk di uruskan dengan lebih berhati hati. 
11. Sememangnya saya amat komited untuk berkhidmat kepada Negara dan Kerajaan Barisan Nasional. Saya rasa tidak salah kalau kita cuba perbetulkan kesilapan yang ada, memperbaiki perkara yang boleh diperbaiki dan mengambil pengajaran terhadap sesuatu kegagalan. Ibu saya sentiasa berpesan kepada saya jika marah bagaimanapun kita kepada seseorang itu jangan lah sampai ketahap yg digambarkan oleh peribahasa melayu “marahkan nyamuk kelambu dibakar” dan janganlah kita bertelagah sesama kita sehingga “yang menang menjadi arang dan yang kalah menjadi abu”.
*Johari Abdul Ghani*  

*Ahli Parlimen Titiwangsa*

Teguran Zahid Buat Pengerusi BN Pulau Pinang Melatah !

in Berita Utama by

Teguran , canaran dan nasihat oleh Timbalan Presiden Umno Ds Ahmad Zahid kepada jentera BN harus diambil dengan hati yang terbuka.

Namun apa yang dapat kita lihat pengerusi BN negeri Teng Chang Yeow melatah dengan secara terbuka memberi kenyataan di media dengan menyalahkan Umno dan Ds Zahid menjadi punca kekalahan di PRK Permatang Pauh.

Sikap Teng memperlihatkan beliau seorang yang tidak boleh ditegur malah besar kepala. Apa masaalahnya dengan nasihat Ds Zahid agar jentera bangkit dan bekerja ?

Adakah selama ini jentera Gerakan dan MCA siang malam bekerja untuk BN? Kita semua tahu setiap kali pilihanraya jentera dari parti mana yang menonjol.


Pisau melihat Pemimpin Umno Pulau Pinang begitu konsisten malah di Pulau Pinang Umno kuat apabila menang 13 daripada 15 kerusi yang mereka bertanding. Gerakan? MCA? MIC?  berapa yang mereka menang?
Kerana sikap besar kepala Teng dan masih berlagak seolah mereka kuat menjadi punca sehingga sekarang ramai yang tidak menyokong Gerakan. 

Kita melihat betapa pemimpin Umno berjiwa besar walaupun di tempelak, Teng masih diraikan dan diberi tempat sebaris dengan pemimpin Umno ketika majlis perasmian Bahagaian Kepala Batas.


Yang amat dikesali dengan sikap Teng memberi ruang kepada DAP untuk menyerang Umno.

Adakah dengan menunjukkan sikap besar kepala Teng dan Gerakan akan mendapat sokongan pengundi? Apa yang kita lihat Teng dan Gerakan hanya mendapat sokongan dari DAP.


Walaupun isu ini dianggap selesai apabila Teng bertemu dengan Ds Zahid, Malah Timbalan Presiden Umno secara terbuka didepan perwakilan Umno memberikan komitmen untuk terus membantu BN Pulau Pinang.

Malah Ds Zahid menganggap teguran beliau adalah teguran adik beradik yang perlu diambil secara terbuka tanpa ada sebarang niat yang terselindung.

Ds Zahid cuma mengharapkan kesepakatan dan perpaduan jentera parti demi kemenangan BN. Malah Ds Zahid mengulangi Umno tetap mengamalkan konsep perkongsian kuasa di Pulau Pinang.

Teng perlu ubah sikap jangan terlalu cepat melatah dan perlu berjiwa besar !

Pisau kata ” Dap tepuk tangan”

Hot! Sumber Dedahkan Keadaan Sebenar Ekonomi Negara, Najib Harus Jawab!

in Berita Utama by

Semenjak beberapa hari lalu banyak berita kitar semula diviralkan di sosial media menyatakan ekonomi negara bakal merudum,ringgit jatuh , bank bank ditutup..

 

Berkokok sakan sana sini hingga ada yang hempuk meja marahkan pada Ds Najib. Malah mereka membandingkan prestasti Najib dengan Tun M.

 

Sebenarnya apa yang Ds Najib buat hingga berlaku lebihan dagangan? Perihal ini amat serius untuk dijawab agar mereka yang bebal dapat faham. Tahukah puak puak pemakan fitnah apa itu lebihan dagangan?

 

Pisau berharap sangat puak pembangkang serang Najib kenapa boleh berlaku lebihan dagangan.. sebab apa eksport  boleh naik jugak walau pun ekonomi dunia lembab?

M’sia catat lebihan dagangan RM1.91b pada Julai lepas

Sektor eksport Malaysia terus mencatatkan trend positif dengan bulan Julai mencatatkan lebihan dagangan sebanyak RM1.91 bilion.

Ini menjadikannya bulan ke-225 lebihan dagangan dicatatkan sejak November 1997, menurut Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam kenyataan hari ini.

Katanya eksport pada bulan tersebut merosot sebanyak 5.3 peratus atau RM3.37 bilion kepada RM59.85 bilion dari segi tahun ke tahun, manakala import susut sebanyak 4.8 peratus atau RM2.91 bilion kepada RM57.94 bilion.

“Secara keseluruhannya, perdagangan turun sebanyak 5.1 peratus kepada RM117.79 bilion,” katanya.

Pada Julai, eksport barangan perkilangan merosot sebanyak 3.9 peratus atau RM1.96 bilion kepada RM48.75 bilion dengan penurunan eksport produk elektrik dan elektronik, susut sebanyak RM1.39 bilion.

Peningkatan eksport, bagaimanapun, dicatatkan bagi barangan optik dan saintifik, produk getah, peralatan pengangkutan, makanan yang diproses, produk besi dan keluli serta produk kimia dan bahan kimia.

Eksport barangan pertanian mencatat nilai sebanyak RM5.59 bilion, merosot sebanyak 10 peratus, disebabkan eksport minyak sawit dan getah asli yang rendah, masing-masing pada 9.6 peratus dan 43.9 peratus.

“Eksport minyak sawit turun disebabkan jumlah dagangan yang rendah, manakala getah asli disebabkan nilai unit purata (AUV) dan jumlah dagangan yang rendah,” katanya.

Bagaimanapun, eksport minyak sawit mencatatkan pertumbuhan sebanyak 7.7 peratus pada Julai berbanding Jun 2016, disumbangkan oleh jumlah eksport minyak sawit yang lebih tinggi.

Eksport barangan perlombongan merosot sebanyak 14 peratus kepada RM5.07 bilion dengan eksport gas asli cecair (LNG) yang rendah, disebabkan AUV rendah.

Pada Julai, eksport ke ASEAN meningkat sebanyak 4.7 peratus kepada RM18.15 bilion, didorong oleh peningkatan eksport petroleum mentah, produk elektrik dan elektronik, produk petroleum dan pembuatan logam.

Import dari ASEAN susut 16.7 peratus kepada RM12.92 bilion dan perdagangan dengan ASEAN merosot sebanyak 5.4 peratus kepada RM31.08 bilion.

Sementara itu, dari Januari hingga Julai, lebihan dagangan sebanyak RM43.7 bilion dicatatkan, berbanding RM44.06 bilion dicatatkan pada tempoh sama pada 2015.

Perdagangan Malaysia dari Januari hingga Julai meningkat 0.3 peratus dengan nilai sebanyak RM821.8 bilion, berbanding RM819.04 bilion pada tempoh sama pada 2015.

Peningkatan perdagangan dilihat dengan Amerika Syarikat, Korea Selatan, ASEAN, Turki, Nigeria, Mexico dan Bangladesh.

“Sejajar dengan permintaan luaran yang lembap, eksport meningkat sebanyak 0.3 peratus atau RM1.2 bilion kepada RM432.75 bilion, manakala import naik sebanyak 0.4 peratus atau RM1.55 bilion kepada RM389.05 bilion,” katanya.

– Bernama

Pisau kata ” ni nak marah ka.. atau nak puji? haha.. negara di serang puak pembangkang.. ekonomi baik baik saja.. kena fitnah lagi ekonomi naik.. pelik? .. hebat sungguh Najibnomics”

Politic Animal Ajar Rakyat Apa Makna Jilat Ludah Sendiri!

in Berita Utama by

Apabila gambar pertemuan Tun M dan Anwar menjadi viral di media sosial,ramai yang memberi pelbagai sebab.ProTun bagaikan marah marah kepada yang pro kerajaan,kata mereka Tun M berjiwa besar sanggup bersama Anwar dalam proses injuksi RUU MKN.

 

Malah ada yang berkata ini satu titik tolak penyatuan pemimpin melayu.. lucu pun ada.. nak termuntah pun ada.. sebab mereka ini sebaris dengan DAP.. entah kenapa sentimen melayu pula menjadi mangsa..

 

Yang pro reformasi ,makin hamun kedua dua tokoh ini kerana berasa teramat tertipu malah mereka berasa terlalu malu kerana Tun M yang mereka nobatkan sebagai maha firaun dilihat bersama Ketum mereka.

 

Ada yang dihumban ke dalam penjara,di pukul FRU,terkena gas pemedih mata..malah ada yang bergolok bergadai hingga hilang mata pencarian ,Pengorbanan mereka apabila bertuhankan KETUM terbukti sia sia.

reform

Begitu juga mereka yang pernah menghentam KETUM , apabila bertuhankan Tun M ..mereka menjadi longlai.. terasa dibodohkan..malah istilah jilat kahak sendiri cukup popular sekarang ini..

 

Pisau juga tertanya tanya apa perasaan Wan Azizah apabila melihat Ketum kesayangan beliau bersalaman dan duduk bersama Tun M. Wan Azizah menjadi seorang isteri yang murung dan cukup tertekan apabila Ketum dihumban ke penjara,beliau hilang tempat bergantung..hilang kasih sayang..semua ini gara gara Tun M berprinsip pesalah laku seksual tidak boleh menjadi pemimpin negara.

Apabila bertuhankan politic animal,kalangan diluar sana boleh menghalalkan apa saja asalkan matlamat tercapai. Sekadar lari dari prinsip tak menjadi hal,sekadar menjilat kahak sendiri tak menjadi hal..sekadar dituduh pembohong juga tak menjadi hal.. asalkan matlamat mereka sama maka dihalalkan duduk bersama.

 

Tun M akan melakukan apa saja asalkan dapat menjatuhkan Najib.. realitinya politic animal seperti Tun M.. Anwar dan ramai lagi diluar sana .. apa mereka peduli orang kata..mereka tidak ada perasaan,jauh sekali beremosi..dengan anggapan  pengikut dan penyokong akan tetap mendokong kebajetan politik mereka..itu adalah asas utama..

 

Apa yang dipentaskan oleh politic animal seperti Tun M dan Anwar menambahkan lagi rasa muak rakyat kepada pembangkang.. sama sama kita lihat sejauh mana mereka ini akan beraksi..

Benarlah kata-kata Tun  “Tidak ada musuh dan kawan yang kekal dalam politik.” Penyokong-penyokong Anwar tentunya menerima realiti ini dengan melihat  hakikat bahawa Mahathir benar-benar political animal( Haiwan Politik).

 

Pisau kata ” Lim Guan Eng curi pun depa kata tak salah..”

Di Mana Kekuatan MCA? – Ridhuan Tee

in Berita Utama by

Teguran dan kritikan terhadap MCA oleh Ridhuan Tee memang cukup pahit,namun MCA harus sedar mereka terlalu banyak bercakap daripada membuat kerja. MCA juga harus mengelak daripada berkelakuan seperti ultrakiasu chauvanis DAP.

Kadang Pisau lihat gelagat MCA tak ubah seperti DAP,kononnya bersuara lantang dan menegur Umno untuk menjadi juara bangsa cina.Apabila berada didalam BN,MCA harus kekal seperti mana dahulu,parti yang progresif dan dinamik dan menjadi agen kepada keseimbangan kuasa politik berbilang kaum didalam BN.

Apa yang terjadi sekarang MCA seolah terpaksa mengikut rentak DAP menjadi chuavanis dan ultrakiasu untuk mendapatkan sokongan bangsa cina.

 

Di mana kekuatan MCA? (Sinar Harian 5.9.16)

 

 

Bulan kemerdekaan makin dirasai. Lebih seminggu sudah kita menyambut Hari Kemerdekaan ke-59 dan diikuti Hari Malaysia ke 53. Ultra kiasu yang merupakan Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) berkata “kita tidak boleh paksa patriotisme … Jika kamu sayang negara, kamu akan melakukannya (kibar bendera) tanpa paksaan”.

 

Setelah 59 tahun merdeka di bumi tercinta, apakah masih lagi tidak boleh dipaksa semangat patriotisme ini? Inilah dilema Malaysia. Kita lebih sayangkan bangsa daripada negara.

 

Jika berlaku sesuatu kepada negara ini, apakah kita rela berkorban jiwa raga? atau tinggalkan raga?

 

Patriotisme berasal daripada kata akar patriot bermakna pejuang. Semangat perjuangan itu disebut sebagai patriotisme, iaitu sanggup mati untuk negara. Semangat ini mesti ada dalam jiwa setiap rakyat.  

 

Mengibarkan jalur gemilang hanyalah satu cara. Patriotisme bukan setakat kibaran bendera. Ia melibatkan hati. Hati yang cintakan negara lebih daripada dirinya sendiri, bangsa atau parti.

 

Lihat pula, MCA, belum apa-apa lagi sudah memuktamadkan calonnya bagi PRU14. MCA mendesak Umno memulangkan semula tiga kerusi Parlimen milik mereka yang ‘dipinjamkan’ kepada Umno iaitu Kuantan, Gelang Patah dan Wangsa Maju. Sejak bila pula kerusi ini menjadi milik bapak MCA?

 

Apakah MCA mampu untuk merampas kerusi Kuantan (60% Melayu) daripada PKR. Calon MCA kalah dalam PRU 12. Pemimpin MCA berkata, majoriti yang mereka menangi lebih tinggi daripada Umno. Ketawa beruk saya. Masalahnya MCA tidak mengundi Umno ketika Umno bertanding. Sebaliknya, undi Umno solid kepada MCA. Siapa tipu siapa? Masih tidak kenal MCA? Perkara yang sama berlaku di Gelang Patah.

 

MCA tidak perlu bercakap banyaklah. Buat kerja, kurangkan cakap. Jangan sakiti Umno. Jika Umno tidak mengundi MCA, nanti hilang wang deposit. Ini akibatnya apabila Umno gagal untuk mentarbiah MCA supaya tahu dek untung. Terbaharu, MCA minta tambah kerusi di Sabah.

 

Apakah MCA tidak sedar bahawa kerusi mereka yang di kawasan majoriti Melayu selama ini semuanya dipinjamkan? Kerusi tetap MCA, termasuk Gerakan dan MIC adalah di kawasan majoriti Cina.

 

Bila masa pula kerusi majoriti Melayu mahu dikembalikan. Misalnya, Ayer Hitam, Alor Setar, Kapar, Alor Gajah, Simpang Renggam, Lumut, Tanjung Malim, Tebrau dan lain-lain lagi.

 

Saya tidak boleh terfikir bagaimana Parlimen Grik yang dihuni lebih 70 peratus Melayu boleh diberikan kepada Gerakan PRU 12, dikembalikan kepada Umno PRU 13. Apakah layak Gerakan meminta Umno kembali kerusinya pada PRU 14 nanti?

 

Sama juga di Kelantan, apakah parti nyamuk PAN layak diberikan kerusi. Memberikan kepada PKR itupun satu tolak ansur yang sudah tidak ada tolok bandingnya oleh PAS. Kasihan, setiap kali parti baru muncul, PAS  terpaksa berkorban.  

 

MCA boleh ambil kesemua kerusi di kawasan majoriti Cina. Tetapi jangan kacau kawasan majoriti Melayu. Setakat ini hanya Melayu sahaja terima MCA, Cina sudah lama tolak. Jangan perasan kuat.

 

Saya menulis sebegini seolah-olah saya talibarut atau dibayar Umno. Tidak. Tetapi sebagai rakyat marhaen dan penganalisis politik, saya mesti berkata benar, walau pahit.

 

Jika MCA sudah bersedia, lawanlah ultrakiasu di Bagan, Bukit Mertajam, Bukit Bendera, Tanjong, Jelutong, Bukit Gelugor, Ipoh Barat, Ipoh Timur, Batu Gajah, Seputeh, Kepong, Bukit Bintang, Cheras dan kawasan bandar. Biarlah Umno bergasak dengan Pas kawasan majoriti Melayu.

 

Jika MCA kacau, sudah tentu undi akan pergi kepada pembangkang. MCA, MIC dan Gerakan tidak perlu bimbang, jika kalah, jawatan senator, kemudian dilantik sebagai menteri dan timbalan pasti menanti.

 

Formula lapuk menjadi sesuatu kawasan bapak dia yang empunya perlu difikirkan semula, jika Umno mahu menang PRU 14. Biar MCA melalak. Perangai MCA sama seperti DAP, ultra kiasu. Saya cabar Cina DAP bertanding kawasan majoriti Melayu.

 

MCA, MIC, Gerakan dan termasuk PAN, tahu mereka ini tidak kuat, tetapi pandai daripada segi psywar dan psyop, seolah-olah mereka kuat.

 

Laman web ultra kiasu membesar-besar ucapan PM Singapura mengenai jaminan kepada etnik minoriti bahawa jawatan Presiden Singapura akan diberikan kepada mereka. Kenapa tidak PM?

 

Ada apa dengan jawatan Presiden berbanding Perdana Menteri? Singapura sepatutnya menyelesaikan masalah minoriti Melayu di buminya sendiri. Beri kepercayaan minoriti menjadi PM, Panglima tentera, Ketua Imigresen dan Ketua Polis. Selagi sikap sangsi dan sangka buruk ini wujud, selagi itulah masalah kaum tidak dapat diselesaikan. Ingat! Singapura tidak dapat dipisahkan daripada sejarah kenegaraan Melayu.

 

Sekurang-kurangnya keadaan kita jauh lebih baik. Etnik minoriti diberikan jawatan tinggi walaupun bilangan sedikit. Ramai yang dilantik menjadi Menteri, Duta, KSU, Ketua Polis Negeri dan sebagainya.

 

Sempena Kemerdekaan ke 59, marilah kita meletakkan kepentingan negara di hadapan, berbanding kepentingan bangsa, parti dan diri. Tangkaplah lagi perasuah dan pengkhianat, meskipun dia Melayu, kerana negara tidak memerlukan mereka yang tidak patriotik.

Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah,

Profesor, INSPIRE/FUPL, UniSZA

PAS Serang PKR! Haji Hadi bidas slogan PKR ‘suara rakyat suara keramat’…

in Berita Utama by

Tulisan terkini Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ini bakal memanaskan lagi hubungan antara PAS dengan parti pembangkang lain termasuk PKR.

 

Orang-orang PKR sudah tentu tidak boleh terima selepas secara terbuka mengatakan Islam menolak slogan “suara rakyat adalah suara keramat” yang merupakan slogan PKR sejak ditubuhkan lagi.

 

Menurut Haji Hadi, slogan tersebut yang bertentangan dengan prinsip tauhid (kesatuan Tuhan) dalam Islam menolak sistem pemerintahan sama ada “bertuhankan individu” seperti diktator mahupun “kelompok atau rakyat”.

 

“Maka Islam menolak diktator yang bertuhankan individu atau kelompok atau rakyat, termasuk yang bertopengkan demokrasi, kononnya suara rakyat adalah suara keramat seperti Tuhan atau Teokrasi yang bertuhankan agamawan yang bertopengkan agama,” katanya dalam satu penulisan terbaru yang diterbitkan organ PAS Harakah.

 

Tulisan bertajuk ‘Inilah penyelesaiannya’ itu antara lain menekankan soal Islam dan pemerintahan negara.

 

“Islam menolak diktator yang bertuhankan individu atau kelompok atau rakyat, termasuk yang bertopengkan demokrasi, kononnya suara rakyat adalah suara keramat seperti Tuhan atau teokrasi yang bertuhankan agamawan yang bertopengkan agama.

 

“Semuanya menjadikan dirinya seperti Tuhan, rakyatnya sebagai hamba. Termasuk menjadikan harta dan segala khazanah negara sebagai miliknya yang boleh diambil dengan apa-apa cara dan menggunakannya tanpa batas sempadan halal dan haram.”

 

“Suara rakyat, suara keramat” merupakan antara slogan yang kerap diucapkan pemimpin pembangkang terutama dari PKR pada ceramah dan perhimpunan aman.

 

Hadi berkata akidah Islam juga melarang undang-undang yang memberi kekebalan kepada mana-mana individu.

 

“Akidah Islam menjadikan tidak ada manusia yang mengatasi undang-undang termasuk raja atau ketua negara sehingga mengharamkannya berlagak Tuhan.”

 

Beliau menegaskan kepentingan mendalami maksud tauhid yang menjadi dasar akidah Islam, dengan berkata ia bukan setakat melarang umat Islam menyembah berhala.

 

“Akidah Tauhid dengan mengesakan Allah sahaja Tuhan yang diibadatkan kepadanya dengan jasad, roh dan akal. Ini menjadikan manusia itu tidak berlagak menjadi Tuhan apabila berkuasa memerintah negara, atau diberi nikmat kehidupan berpangkat atau berharta.

 

“Dengan tegas menolak syirik dengan maksud yang menyeluruh, bukan sahaja diharamkan menyembah berhala atau patung, termasuk juga makhluk yang lain, termasuk sesama manusia, dan juga tidak mengadakan undang-undang sendiri dalam perkara yang tidak diizin oleh Allah,” katanya lagi.

 

Tulisan tersebut berakhir dengan kalimah ‘Inilah penyelesaian kita’ dan disiarkan oleh Harakah pada 2 September lalu. – AgendaDaily

Akhirnya DAP Berjaya Singapurakan Pulau Pinang! Bangunan Warisan Di Jual Di Tangan Singapura.

in Berita Utama by

Sebelum ini Pisau banyak mendedahkan kaitan Lim Guan Eng dan Dap dengan Singapura,DAP berkiblatkan PAP parti pemerintah Singapura.

Kita semua tahu bagaimana regim kerajaan negeri Pulau Pinang menghantar kakitangan kerajaan dan exco PBT untuk belajar dari Singapura.

Begitu juga peluang perniagaan,kita tidak menolak kemasukan pelabur asing,namun cara Dap menarik masuk pelabur Singapura dengan mengadai harta warisan negeri memang langsung tidak boleh diterima.

Apatah lagi membabitkan kepentingan rakyat,hingga ada yang akan diusir dan kehilangan mata pencarian.Rakyat Pulau Pinang seharusnya sedar sejak dari dulu lagi,namun apa yang didedahkan sebelum ini dipandang remeh malah ada yang menuduh sebagai fitnah.

Hasilnya dividen daripada kepercayaan tak berbelah bahagi kepada DAP dibayar dengan harga yang cukup mahal.PRU14 rakyat Pulau Pinang harus bangkit dan jatuhkan regim DAP Pulau Pinang,selama BN memerintah Pulau Pinang kita tidak pernah mendengar rakyat di zalimi.

Inilah yang dikatakan kerajaan rakyat Pulau Pinang yang dilaungkan oleh DAP,hasilnya mereka dilayan seperti sampah!
GEORGETOWN –  Aktivis warisan dan penduduk tempatan melahirkan kebimbangan mereka berhubung tindakan sebuah firma hartanah Singapura yang membeli sebahagian besar bangunan warisan di George Town.

Daerah berkenaan adalah di Lorong Bertam dan Lebuh Noordin yang terletak di tapak Warisan Dunia George Town.

Seramai 26 penduduk telah diberikan notis pengusiran sejak 24 Ogos lalu, dan diarahkan supaya mengosongkan premis mereka sebelum 30 September ini.

Hock Seong Choon, pemilik kedai kopi Wang Teng Kok merayu lebih banyak masa diberikan supaya beliau boleh mencari tapak alternatif untuk menjalankan perniagaannya.

“Sekurang-kurangnya berikan kita kira-kira enam bulan untuk merancang kehidupan kita, kita hanya diberikan sebulan atau lebih untuk kosongkan kedai,” kata Wang, 65, ketika ditemui di Jalan Penang, di mana kedainya terletak.

“Saya berasa sangat sedih untuk meninggalkan kedai ini kerana lokasinya yang strategik bagi penduduk tempatan dan pelancong, kami juga terkenal kerana mempunyai antara gerai nasi ayam Hainan yang terbaik,” katanya.

“Dengan pengusiran ini, saya jangkakan kerugian sebanyak RM5,000 sebulan untuk diri sendiri manakala sembilan pekerja di sini akan kehilangan pekerjaan mereka,” katanya

Jurucakap Warisan George Town, Mark Lay berkata tanpa mengira penduduk asing atau tempatan, firma itu memaksa banyak keluarga untuk berpindah.

Bercakap pada sidang akhbar di kedai kopi Wang, Lay berkata, sebuah syarikat Singapura – World Class Land – telah membeli 20 buah rumah kedai di Jalan Bertam.

Menurutnya, syarikat yang sama juga membeli enam buah rumah kedai dengan perdagangan komersial di sepanjang Jalan Penang.

“26 unit ini telah dibeli oleh World Class Land di bawah dua syarikat.

“Model dan strategi firma itu adalah untuk membeli, mengusir penyewa, mengubahsuai, membina dan secara drastik meningkatkan kadar sewa di luar kemampuan kebanyakan rakyat tempatan Pulau Pinang,” kata Lay

 

Pisau kata ” DAP dah tahu mereka akan kalah PRU14,sekarang tempoh yang ada untuk kaut sebanyak mana yang sempat”

SPRM Di Tipu Lagi? Hasil Didikan Tokong DAP , Ketua Wanita DAP Pulau Pinang, Lim Siew Khim Sudah Pandai Berbohong Selindung Kegiatan Rasuah.

in Berita Utama by

Lim Guan Eng satu nama besar didalam DAP,hingga beliau dijadikan tokong sembahan oleh para pemimpin DAP.

Lim Guan Eng  sendiri begitu sukses dalam skandal banglo terlajak murah dan beliau jugak berjaya menjual tanah Taman Manggis hasil kawtim dengan Phang Ling Khon.

Video ini yang didedahkan oleh pihak parti Gerakan menjadi viral apabila bapa kepada ketua wanita DAP Pulau Pinang terlibat dalam skandal rasuah.

Mencontohi teladan dan mengikut jejak langkah tokong DAP menjadi impian setiap pemimpin mereka. Kita ambil contoh skandal DAP yang terkini,apabila Ketua Wanita DAP Pulau Pinang dan Adun Sg Pinnag, Lim Siew Khim  menafikan beliau langsung tidak tahu bapanya mengutip wang pelincir untuk mendapatkan rumah murah di kawasan Sungai Pinang.

Video dibawah menjadi bukti kejayaan ketua wanita DAP Pulau Pinang mengikut jejak langkah Lim Guan Eng bercakap bohong dan putar belit.

Selepas video ini didedahkan barulah beliau mengaku beliau tahu mengenai kegiatan bapanya..

GEORGETOWN: Sungai Pinang assemblyman Lim Siew Khim (pic) admits that she confronted her father a year ago after hearing rumours about a “cash for housing units” scam.

http://fw.to/gAe0h5R

 

Bayangkan selepas Setiausaha Agung DAP dan Ketua Wanita DAP pun boleh menyeleweng dan,bagaimana yang lain pula?

Pisau kata ” PKR dan PAN diam saja ka?”

BANK-BANK DARI SELURUH DUNIA SEDANG DITUTUP!

in Berita Nasional by

Di Malaysia, CIMB membuat keputusan untuk menutup 23 cawangannya di Malaysia.
Bank of America di Amerika pula telah menutup sehingga 23% dari keseluruhan 6,100 cawangannya di seluruh Amerika, sejak 2009 lagi, menjadikan bilangan cawangan mereka kini berjumlah hanya 4689 sahaja hari ini.
Di United Kingdom pula, 600 bank telah ditutup sejak setahun lalu sebenarnya.
Sebenarnya ini adalah kesan ‘Letusan Digital’. Penutupan bank semata-mata tidak menggambarkan krisis ekonomi bagi sesebuah negara. Ia jauh sekali menyimpulkan bahawa sesebuah negara, Malaysia dalam kes ini hampir bangkrap dan mengalami kejatuhan ekonomi.
CIMB misalnya mencatatkan keuntungan saban tahun, petanda transaksi dan urusniaga perbankan rancak dan bisnes mereka bertambah baik.
Tetapi tidak dinafikan, dalam ‘Letusan Digital’ banyak kerjaya akan menjadi pupus dan jawatan tersebut tidak lagi diperlukan.
Urusan di kaunter bank, berdepan dengan Kerani Bank misalnya, sudah digantikan dengan perbankan internet. Duit tunai pula, digantikan dengan urusniaga menggunakan kad debit dan kredit.
Kurang pekerja, maka kos operasi cawangan fizikal meningkat, menjadikan mereka tidak lagi praktikal untuk wujud sebagai ‘brick and mortar’ seperti yang kita tahu.
Malah, ‘Letusan Digital’ bukan setakat memberi kesan kepada urusan dan kewujudan bank secara fizikal semata.
Uber dan Grabcar misalnya adalah ‘Letusan Digital’ yang mengesankan pemandu teksi, dan pendapatan mereka.
Begitu juga AirBnB, mengisi ruang kosong penyediaan perkhidmatan hospitaliti dan perhotelan. Syarikat hotel terbesar dunia ini tidak perlukan sebarang bangunan hotelpun untuk beroperasi. Trivago pula misalnya memudahkan pencarian hotel yang kita mahu dan mampu. Hotel dengan rating teruk dan harga tidak kompetitif, tidak akan bertahan lama.
Berapa ramai pula antara kita telah semakin bergantung kepada perniagaan melalui internet. Perniagaan tudung, sambal hitam, biskut dan kek raya, pakaian, mainan anak-anak, semua di internet sahaja. Ia serba sedikit mengambil peranan premis-premis perniagaan dan kedai-kedai. Surirumah kini lebih arif serba serbi tentang berniaga.
Khidmat mengambil gambar tak perlu lagi studio dan kedai gambar seperti dahulu. Tiada lagi keperluan untuk cucian gambar-gambar amatur. Tangkap dan cetak sendiri di rumah.
Penggunaan emel, socmed pula sedikit sebanyak mengambil alih tugas dan fungsi pejabat pos dan tenaga kerja berkaitannya. Tiada lagi Q panjang di Pejabat Pos, dan petugas kaunter pos pun lebih manis dan ayu senyumannya, kerana kurang tekanan kerja.
Bahkan, penerbitan akhbar pun, jika tidak mengikut arus ‘Letusan Digital’, banyak penerbitan pasti gulung tikar.
Hey, siapa tahu, jangankan pekerjaan di bank, pekerjaan kau dan aku pun mungkin boleh pupus kerana ‘Letusan Digital’, tau.
-KAM-

Jawapan Dato Johari Ghani, MK2 terhadap fitnah terkini berhubung ekonomi Malaysia

in Berita Utama by

Fakta ekonomi negara pada 31 Julai 2016: Jangan kita diperbodohkan oleh pembangkang;
1. Rizab Bank Negara adalah kira-kira RM400 bilion.

2. Pertumbuhan KDNK kita antara yang terbaik di Asean. Walaupun ekonomi global lambat meningkat, ekonomi kita masih meningkat sebanyak 4.1% pada separuh pertama tahun ini. Singapura hanya meningkat sebanyak 2%.

3. Hutang kita kepada KDNK hanya 54.5% berbanding dengan Singapura, iaitu 89% daripada KDNK.

4. Lebihan akaun kita untuk tahun 2015 adalah kira-kira RM95 bilion dan RM45 bilion untuk 6 bulan pertama tahun 2016.

5. Kedudukan negara kita mengikut Fitch, Moody dan Standard & Poor kekal sebagai A- berbanding dengan semua negara Asean kecuali Singapura, kita adalah jauh lebih baik.

6. Pasaran Modal kita sangat kuat dengan nilai RM2.8 trilion. Pasaran ekuiti bernilai RM 1.7 trilion dan Sukuk/Bon bernilai RM1.1 trilion. Sistem kewangan kita sangat berdaya tahan. Sektor perbankan juga dipermodalkan dengan baik.

7. Ekonomi kita terdiri daripada pelbagai sektor. Sektor perkhidmatan adalah 54% daripada KDNK kita, diikuti dengan 23% pembuatan, 9% perlombongan, 8% pertanian dan 4% pembinaan.
Salam.
Dato’ Johari Ghani

Menteri Kewangan 2

Industri Wang Pelincir Menjadi Pemacu Ekonomi Pulau Pinang, Bapa Ketua Wanita DAP Pulau Pinang Ikut Jejak Langkah Lim Guan Eng !

in Berita Utama by

Baru baru ini satu video mendedahkan bapa kepada  Ketua Wanita DAP Pulau Pinang, Lim Siew Khim dan seorang pembeli untuk mendapatkan sebuah rumah kos rendah menjadi satu lagi skandal panas..

Namun Khim menafikan beliau terlibat tetapi beliau mengaku individu didalam video tersebut adalah bapanya.

bapa

Kemudian DAP terus membuat pengumuman tidak akan menyiasat kononnya Khim tidak terlibat.Belum pun disiasat Khim sudah didapati tidak bersalah.

 

Sebenarnya DAP menghantar mesej kepada masyarakat betapa rasuah adalah amalan biasa buat mereka.Sebenarnya tidak ada perkataan “rasuah ” didalam kamus DAP. Bagi mereka itu semua adalah ” wang kawtim” atau lebih mesra dikenali sebagai wang pelincir..

Tidak ada apa yang pelik .. memandangkan Lim Guan Eng sendiri terlibat rasuah yang lebih berskala besar dianggap tidak bersalah.. inikan pula duit pelincir yang berapa sen sangat..

 

Rakyat Pulau Pinang harus faham,dasar kerajaan negeri sekarang ini adalah menghalalkan rasuah,dalam erti kata lain industri wang pelincir menjadi semakin rancak apabila dipelopori oleh ketua menteri sendiri.

 

Pisau kata ” kawtim wang kopi saja meh?”


Hit Counter provided by Curio cabinets
Pergi ke Atas